Syabab Musafir Kasih

... "Ini ada sajak dari Damsyik. Jiha e-mel pada Kak Zah semalam. Kak Zah teringin nak jadikannya lirik nasyid,” Kak Zah menyuarakan impian sambil menyerahkan kertas itu kepada Syabab.

Syabab menatapnya.

Lelaki...

Dulu,

Bila disebut lelaki,

Wanitanya mendongak megah,

Lelaki kami Asadullah, Saifullah,

Tokoh ramai tak terkira,

Kini,

Bila disebut lelaki,

Wanitanya menunduk lemah,

Tokoh kami sedikit sekali,

Ramainya boneka Yahudi.

Dulu,

Bila disebut lelaki,

Wanitanya tenang di hati,

Lelaki kami menjaga, melindungi,

Kini,

Bila disebut lelaki,

Wanitanya mahu cabut lari,

Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,

Bila seorang wanita teraniaya,

Sepasukan kuda putih membela,

Al-Mu’tasim kebanggaan wanita,

Kini,

Ribuan wanita suci dipenjara,

Fatimah diperkosa minta dibela,

Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,

Bila wanita dibawah jagaannya,

Lelaki memagari sehabis daya,

Tiada siapa berani menggoda,

Kini,

Bila wanita dibawah jagaannya,

Lelaki tak kisah auratnya terbuka,

Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,

Lelaki menggadai harta dan nyawa,

Untuk mengangkat kemuliaan agama,

Kini,

Lelaki menggadai ketinggian agama,

Demi nafsu dunia dan seisinya.

Dulu,

Lelaki bermatian mencipta sejarah,

Kental berjihad, tekun berdakwah,

Kini,

Lelaki hanya menyanjungi sejarah,

Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,

Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,

Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,

Kini,

Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,

Hingga sanggup membunuh.

Dulu,

Lelaki bersatu menghadapi musuh,

Angkatannya kuat dan teguh,

Kini,

Lelakinya berpuak dan berpecah,

Sesama sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah lelakiku,

Pada kelakiamu,

Kami rindukan lelaki dulu,

Acuan Madrasah Rasul.


Srikandi,

Damsyik, Syiria.

*dipetik dari novel Syabab Musafir Kasih karya Fatimah Syarha, m/s 202, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.


Adam & Hawa

Wahai lelaki...

Kenapa kau cuba menegakkan benang yang

basah. Bila ditanya kenapa kau

bercouple, kau mengatakan untuk

berkahwin dengannya. Tetapi sudah berapa

ramai wanita yang kau pegang,

bergambar... adakah kau nak mengahwini

semuanya itu.

Apakah perasaan kau jika kau melihat

anak kau atau ibu kau bergambar dengan

lelaki yang bukannya kau kenal atau

bukan ayah kau... marah bukan? Begitu

juga ayah atau abang kepada perempuan

yang kau main-mainkan.

Adakah kau menganggap wanita itu

permainan, boleh dipegang- pegang,

ditangkap gambarnya dan bila sudah bosan

ditinggalkan...adakah kau menganggap ibu

kau permainan?... Jika tidak, kenapa kau

mengganggap wanita lain permainan

sedangkan wanita lain juga seorang ibu

dan bakal menjadi ibu kepada anaknya.

Renungkan kembali wahai lelaki.

Lindungilah wanita itu sebagaimana kau

melindung ibu kau sendiri kerana mereka

itulah yang bakal menjadi ibu kepada

anak-anakmu. Janganlah kau melihat pada

rupa paras dan betuk badan. Lihatlah

wanita itu pada akhlak dan agamanya.


Wahai wanita...

Adakah kau menganggap diri kau itu hanya

permainan lelaki... dipegang, ditangkap

gambarmu dan ditinggalkan setelah bosan

denganmu?

Apakah kau sanggup menjawab soalan anak-

anakmu bila mereka melihat kau bergambar

dengan lelaki yang bukan bapa

mereka...apakah suamimu dapat menerima

seorang wanita yang bergambar dan

berpegang tangan dengan lelaki lain yang

tidak dikenalinya?!

Wahai wanita...peliharalah tubuhmu itu

dengan pakaian yang baik, dengan akhlak

yang mulia dan pandanglah lelaki itu

dengan akhlak dan sikap mereka, bukannya

rupa dan bentuk badan..


Copyright © muhammad syafiq
Designed by Templates Next | Converted into Blogger Templates by Theme Craft