Majalah Solusi #17


Berada di pasaran ISNIN ni, 1 Mac insyaAllah....

Salam Maulidur Rasul 1431H


Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

Lagu : Putra Aiman
Hijjaz Records Sdn.Bhd
Lirik : Ito Lara
Gurindam Entertainment



faaz photography











Camera: Nikon D50
Lens: Tokina 11-16mm
Time: 7pm

Peperiksaan Akhir yang Terakhir




Occupational English,

17 Feb, 9 a.m.


Nizam Al- Qada’ Al- Islami,

20 Feb, 2.30 p.m.

(Selamat Berangkat)


Al-Lughah Al-Arabiah,

25 Feb, 2.30 p.m.


Fiqh Al-Mirath,

03 Mar, 2.30 p.m


Islamic Law of Criminal Administration

05 Mar, 2.30 p.m





Sebagai seorang pelajar yang lumrahnya, setiap proses pembelajaran akan diakhiri dengan peperiksaan. Terkenang pesanan Ustaz Lutfi, Pensyarah Jab. Tahfiz wa Al-Qiraat, pelajar harus ingat akan matlamat sebenar menuntut ilmu dan siapa yang menyampaikan ilmu, dan perkara yang paling penting soal keberkatan. Beliau menegur amalan dan tradisi mohon maaf hanya berlegar-legar sekitar musim peperiksaan. Budaya restu ilmu seakan-akan tidak wujud lagi. Menjadi kesedaran pelajar sendiri akan kepentingan keberkatan sesuatu ilmu, kerana ilmu itu Nuur (Cahaya). Tambah beliau lagi, lihat semasa peperiksaan nanti kita semakin jauh atau hampir dengan Allah.

Kita diharuskan untuk menghormati atau mencontohi mana-mana individu yang dirasakan baik kerana ilmu dan maklumat yang telah disampaikan. Hal ini dipraktikkan sendiri oleh Imam Abu Hanifah yang meminta tukang gunting berhenti seketika kerana beliau ingin memberi hormat kepada seorang Yahudi. Tindakan Imam Abu Hanifah mencurigakan si tukang gunting dan bertanya kepada beliau. "Kenapa tuan hamba memberi hormat kepadanya sedangkan dia seorang Yahudi?" Jawab Abu Hanifah "Sebab dia telah mengajar aku satu ilmu berkenaan anjing. Jika dilihat anjing yang kencing sambil mengangkat sebelah kakinya, itu adalah anjing yang matang dan begitulah sebaliknya." Di sini beliau tidak memilih kepada sesiapa untuk dihormati sekalipun insan tersebut berbangsa Yahudi dan bukan memiliki PhD.


"Semoga Berjaya Diucapkan Kepada Teman-Teman Seperjuangan"


Aku Ingin Terbang Lebih Jauh..




Depa kechik-kechik dah terbang jauh.. huhu






Minggu Belajar

Sukmaku bisu lantas lidahku kaku juga hatiku malu untuk mengaku akan mekarnya sekuntum rindu..

kulihat bintang yang selalu satu.
mana dirimu?
Sunyinya malam menemani heningnya kamar
Air kerinduan pun mengalir seiring fajar datang menghampiri

kupandang awan nan biru,jelas bayang wajahmu..
tidakkah engkau tahu akan makna kata-kataku?


ku kirimkan salam rindu
pada angin malam yang merdu
agar mereka tahu
setiap kerdipan bintang itu adalah cinta kasih dariku
anakanda yang jauh di shah alam...

kini tinggallh insan yg comel ini
menghitung hari dalam rindu yang membukit
menunggu tika kan pulang
melepas rindu ini
yang terperuk dalam sangkar hati..

nak balik3...

sungguh bonda tiada tahu kalau tidak dikhabarkan selalu..maka kita janganlah malu untuk ucapkan selalu bait-bait rindu:)

Aku rindu pd segala kasih yg tercurah
yg terlipat rapi di lembaran sejarahku
bersama iman yang tersimpul rapi
menghitung waktu kembali ke desa
menanti saat bersua dgnmu...
(ma n ayah.. sabarlah menantiku pulang)

ok,balik sh alam belikn akak kepok sire yer..nant akak bg duit..nk byk3!

I.A. i bungkus 10 hinggit.. mahu?hehe

giler mahal! giant pon jual rm2 jer tau!

mestila mahal.. ank raja yg beli.. igt senang ke beta nk mencemar duli ni..

nak braper guni? klau kepok tu satu lori pon bulih.. tp kalu budu ke tempoyak ker.. sori x dlayan...hehe

seandai darjat di dunia yang menjadi ukuran,biarlah hamba kempunan asal saja maruah tidak dipermainkan;)

oloh..sejak bila ayu sensitif ni..hehe..


dalam minggu-minggu terakhir sebelum peperiksaan akhir..

Doakan segalanya berjalan lancar..

Ohh.. penyelia latihan ilmiah aku..

Mengenali-Mu Ya Allah

Mengenali-Mu, ya Allah
Rasa-rasanya makin merindu
Yakin-itu sudah tidak pernah
Aku tanyakan pada diriku
Kepada kalbuku
Kerana sejak aku tahu
Mengenal kehidupan
Ketika masih belum mengaji
Mukadam dan al-Quran
Aku sudah diberi kenal
Ada bintang
Ada bulan
Ada matahari
Dan awan
Ada yang menjadikan;
Begitu aku terasa
Tanpa bertanya
Aku ingin makin mendalam
Sudah kuterima kenyataan
Bahawa alam jagat dan
Seluruh mahluk ini
Ada yang menjadikan
Ciptaan-Mu, Tuhan
Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Berulang-ulang
Dalam hidupku diberi nafas
Berterusan menghayati nikmat
Makan minum dan tidur berehat
Maka dadaku penuh mengingati
Nama-Mu sentiasa
Di bibir
Dan degup jantungku
Sentiasa mengigati-Mu
Adalah tandaku
Dalam ikatan-Mu
Maka apabila aku diberi hayat
Di alam jagat-Mu
Bergerak, berkerja
Mencari makan dan
Bergaul dengan insan
Insan dan umat-Mu
Nama-Mu terasa terus
Menjadi sebutan
Degup hatiku;
Dan apa
Dan bagaimana
Dan di mana
Aku berada
Aku sentiasa dikurniai
Inayah-Mu, ya Allah
Maka aku sentiasa mengigati-Mu
Maka dalam bersorak
Bergerak dan berteriak
Untuk apa
Untuk bagaimana
Aku tiba-tiba saja
Seperti digerak
Oleh satu kuasa
Menyentuh dalam kalbuku:
Maka aku menjadi terkelu
Mati teriak sorakku
Kerana nafasku
Terasa tinggal satu, satu.
Maka tahu aku, ya Allah
Lonjak dan sorak
Gelak dan teriak
Bisa sekali lenyap
Dalam satu helaan nafas:
Ketika dalam kealpaan
Menghayati dalam kefanaan.

Oleh: Masuri S.N

Gelombang 91.5

"Kalau engkau kaya, senangkanlah hatimu!
Kerana di hadapanmu terbentang kesempatan
untuk mengerjakan segala yang sulit-sulit.
Segala perbuatanmu dihargai orang,
engkau beroleh pujian di mana-mana.
Engkau menjadi mulia, tegakmu teguh.
Di hdapan engkau terhampar prmaidani kepujian,
sebab itu engkau beroleh kebebasan dan kemerdekaan.

Jika engkau fakir miskin,
senangkan pulalah hatimu!
Kerana engkau telah terlepas dari suatu penyakit jiwa,
peyakit kesombongan yang selalu menimpa orang kaya.
Kefakiran dan kemiskinan adalah nikmat,
yang tidak ada jalan bagi orang lain buat kecil hati,
dan tidak ada pintu bagi kebencian".



Oleh: Al-Anisah Mai



Copyright © muhammad syafiq
Designed by Templates Next | Converted into Blogger Templates by Theme Craft