Batu Bersurat



Berkata Mu'adz Bin Jabal R.a; Pelajarilah ilmu, sesungguhnya mempelajarinya adalah lambang ketakutan (kpd Allah), dan menuntutnya adalah ibadah, & mengajarkannya adalah tasbeeh, dan mencarinya adalah jihad, mengajarkan kepada yang tidak mengetahuinya adalah sedekah, dan menyebukkan diri untuk menjadi ahli tentangnya adalah qurbah (mendekatkan diri kpd Allah) dan ia adalah teman karibmu ketika keseorangan, dan sahabat ketika kesunyian, dan petunjuk tentang agama, dan jalan2 kesabaran ketika mudah & susah, dan menterimu ketika ramai, dan sahabat karibmu ketika asing, dan sebagai lampu (yang menyuluhi) jalan2 ke syurga.

Perpustakaan Bergerak

Salah seorang ulama yang sezaman dengan Imam Ahmad pernah ditanya orang;

"Jika seseorang sudah dapat menghafal seratus ribu hadith, dapatkah ia dikatakan sebagai faqih...?
"Tidak...!", jawabnya.
"Dua ratus ribu hadith..?"
"Tidak..!.. katanya.
"Tiga ratus ribu hadith..?" "Tidak..! Jawabnya.
"Empat ratus ribu hadith..? "Juga tidak..!,
tetapi begini (iaitu lima ratus ribu) katanya sambil mengisyaratkan dengan sebelah telapak tangannya.



mungkin begini agaknya 500 000 ribu hadith ??


Tatkala melihat gambar yang kawan aku bagi ni, teringat akan kisah diatas. Seorang imam ditanya, apakah keperluan atau kelayakan seseorang untuk mengeluarkan fatwa atau memberi pandangan tentang sesuatu perkara terutamanya berkaitan dengan hukum syarak. Dapatlah difahami, kefaqihan dan kepakaran yang diperlukan amat-amatlah tinggi, iaitu menghafal 500 000 ribu hadith. Setengah pendapat mentafsirkan kisah diatas, keperluan seseorang untuk mengeluarkan fatwa adalah kefahaman yang mendalam akan sesuatu ilmu atau perkara.

Tujuan entry ini ditulis untuk sama-sama kita koreksi diri. Apa khabar Hadith 4o kita?

Mengemis Kaseh

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaKu

Artist: Raihan
Album: Gema Alam


Copyright © muhammad syafiq
Designed by Templates Next | Converted into Blogger Templates by Theme Craft