Jujur Kata

Jika kita berkata 'ya' tanpa ragu atau letih
Kita tingkat inti daya tanpa lesu juga sedih
Diri kita akan jaya

Jika kita kata 'tidak' sebab malu atau bongkak
Kita tambah daya palsu pada diri tidak boleh
Pasti saja kita kalah

Kita perlu berkata 'ya' memang jika ingin berjaya
Berkata 'tak' jika memang rasa akan kalah
Untuk teguh perlu kukuh

Kita wajar jadi insan penuh sabar dan berkesan
Tiap kata penuh makna dan suara bermaruah
Baru langkah penuh gagah

A. Samad Said

pulang dari solat jumaat ditemani bait-bait indah ini...


Salam Eidul Fitri al Mubarak 1431H.

Maaf 3ahir dan Batin.

Kullu ‘am, wa antum bi khair.

Menghitung Hari

Bila hati mula berbicara, tangan mula menerpa, pena menari-nari atas warkah cinta, untuk menggamit rasa dan suasana.

Hati ini mula berbicara, tautan sayup membarisi hening yang beratur silih ganti, kelibat angin meniup helaian rambut, teringatkan sang cinta yang menanti, penuh sayu dan tidak sangsi, kerana cintaku ini, tak mungkin berbelah bagi, hanya utknya ia tercipta, naluri sejahtera, sisipan angin Malaysia bertamu fatamorgana Syam nan indah di sana.

Kalam ini ku kirimkan buat Ibunda yg bakal ku tinggalkan dek kerana perjuangan panjang, perjuangan jihad tertumpu dalam diri, meredahi lautan dan sahara dunia, melintasi gunung dan tanah lapang segala, tenangnya aku tatkala menatap keindahan ciptaanNya, tenang juga bila berada di samping insan tercinta, wahai ibu yg ku cinta, doakan anak mu berjaya diluar sana, melepasi halangan duniawi semata, demi mengejar lautan ilmu nan nyata, buat pendinding diri nan alpa, tanah anbia' ku jejaki jua, menyingkap rahsia ulama' pujangga, berbicara dgn hadith dan dalilNya, buat perisai segenap jiwa, dgn cintanya aku menerpa, tawakal diberi penguat nafsi, agar tegar melalui liku di medan jihad ini.

Zhafri Amali,
TTDI, KL

Copyright © muhammad syafiq
Designed by Templates Next | Converted into Blogger Templates by Theme Craft