Terima Kaseh


Yang Terindah, 2011

Buah Tangan dari BKASJ






24hb Dec 2011, ada 3 program.

- Majlis Ramah Mesra Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan (BKASJ), tujuan pergi nak jumpa teman2 anak Selangor dari mantiqah lain, tengok muka2 baru pimpinan, dan paling utama mendengar kalam2 hikmah dari pensyarah KUIS dahulu, Ustaz Farid Ravi Abdullah. Lazimnya, program sebegini dihadiri adik2 tahun 1, tapi suka pergi jugak, dapat secebis semangat untuk melangkah hari esok dengan lebih kuat!

- Into the Crowd, Malacca Student Society of Jordan, (MSSJ). Tujuan pergi semata2 nak makan masak asam pedas, bukan ahli rasmi dan bukan juga ahli bersekutu (punyalah muka tak malu). Dapat serba sedikit ilmu nahu berkaitan Mesir yang apabila di 'Irab; Mim-Mushkilah, Shod- Sobar, dan Rho- Redha. Ada pegawai HEP anak Melaka di Mesir hadir untuk mendengar masalah dan aduan anak Melaka di Jordan. Tapi yang paling penting belajar erti Syukur!

- Tamat program, berusaha pulang cepat nak hadir Makan Malam Amal, (Mu'tah Charity Dinner), entah macam mana, pak cik bawa bus tu boleh je selamba rock letak kami di City Mall hingga jam 8 malam dan pastinya dengan yakin tanpa sebarang syak wa sangka tak dapat hadir program di Mu'tah. Tak dapat tengok Short Film!

- 31hb ni, mula peperiksaan akhir bagi semester kali ini dengan subjek Sohihain (hadith dari Arbaeen Nawawiyyah). Mohon didoakan! Jzkk.

- 1hb Jan 2012. Selamat berangkat kepada yang akan pulang ke Malaysia. Semoga selamat sampai. Gembirakan hati kedua ibubapa ya!


:)

1001 Motivasi Subuh di Masjid

Dibawah ini dihimpunkan 1001 (w'pun tak cukup 1000) dalil, nas, hujjah, berbentuk hadith yang menawarkan ganjaran, hadith yang hadir dengan ancaman, kata-kata motivasi, dan yang seumpama dengannya agar yang membaca dan yang menulis diberi kekuatan untuk Solat Subuh di masjid secara berjemaah.

Malu rasanya, sebagai pelajar Pengajian Islam, Subuhnya dikala matahari terbit. Lagi bertambah malu besar apabila Masjid hanya berada depan rumah.

Bertitik tolak dari hadith ini, perlu analisa kembali dimana kita:

“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi mereka yang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh, kalaulah mereka tahu kelebihan kedua-duanya nescaya mereka akan datang melaksanakannya meskipun dalam keadaan merangkak”

(HR Bukhari dan Muslim)

Berkata seorang Yahudi, Moshe Dayan;

“Jangan bermimpi untuk Islam menang selagi bilangan mereka yang solat subuh berjemaah di masjid tidak seramai mereka yang datang untuk solat jumaat..”

Walaupun Moshe Dayan seorang Yahudi, kata-katanya menunjukkan seolah-olah dia faham syarat datangnya pertolongan Allah dan sunnah kebangkitan. Jika kita tidak solat Subuh berjemaah, seperti kita melambatkan kebangkitan Islam. Selagi umat tak mengamalkan Islam sepenuhnya, selagi itu pertolongan Allah takkan datang. Jangan menyesal jika Allah menolak dan menggantikan kita dengan kaum yang lebih baik untuk membangkitkan Islam.

Seterunya;

Dari ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anha dari nabi sallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Dua rakaat solat sunat fajar lebih baik daripada dunia dan isinya”

(HR Muslim)

Jika solat sunat pun dah begitu besar ganjarannya, bagaimana pula dengan Subuh yang wajib?


Mungkin kita boleh renung-renugkan & reflect tahap keimanan kita. Susunan di bawah mungkin boleh reflect iman kita.

Number 1 yang paling lemah, dan number 8 yang paling kuat.

Mungkin betul mungkin tidak, tiada apa-apa hadis tentang tahap iman yang dikaitkan dengan subuh. Tetapi secara amnya, bolehlah diguna-pakai untuk merefleksi diri;

1. Tidak solat subuh
2. Solat subuh ‘gajah’
3. Solat subuh di rumah
4. Solat subuh di rumah berjemaah
5. Solat subuh berjemaah di Masjid
6. Solat subuh berjemaah di Masjid tepat pada waktunya (dapat takbir pertama)
7. Solat subuh berjemaah di Masjid & tiba awal (sempat solat sunat qabla)
8. Solat subuh berjemaah di Masjid, tiba awal dalam keadaan segar (tanda bersedia & mungkin qiamullail sebelum ke masjid).

Lihatlah & fikirkanlah senarai diatas. Bertapa besarnya perbezaan antara number 1 dan number 8 di atas. Maka tarbiyyahlah diri kita supaya sentiasa perbaiki diri dari number 1 naik ke number 2 lalu istiqamah. Kemudian tingkatkan lagi dari number 2 ke 3 pula, lalu istiqamah.

Kemudian tingkatkan lagi.

Dari Umarah bin Ruwainah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka seseorang yang mengerjakan solat sebelum terbit dan sebelum terbenamnya matahari - iaitu solat subuh dan solat asar"

(HR Muslim)

“Sesiapa bersuci di rumahnya, kemudian berjalan menuju ke salah sebuah rumah Allah swt bagi melaksanakan salah satu kefardhuan yang ditetapkan oleh Allah swt, maka salah satu daripada dua langkahnya akan menggugurkan kesalahan yang dilakukannya dan langkahnya yang satu lagi akan meninggikan darjatnya."

(HR Muslim)

Solat berjemaah lebih utama dari solat sendirian sebanyak 25 kali ganda. Malaikat penjaga malam dan siang berkumpul pada solat subuh”

(HR Bukhari)

Nabi Muhammad SAW bersabda : Ya Allah! Berkatilah ummatku diwaktu paginya.

(HR Ahmad)

Antara yang menghalang kita dari bangun Solat Subuh berjemaah (dan menghalang kita mendapat syurga ialah:

Maksiat: Ia adalah halangan paling besar dan paling memusnahkan. Kerana Allah swt hanya memilih di kalangan para hambaNya yang sentiasa memelihara sembahyang subuhnya. Bagaimana mungkin Allah memilih orang yang berbuat maksiat terhadapNya sepanjang siang.

Abu Sulaiman al-Darani berkata:

“Tidak terlepas seseorang daripada sesuatu sembahyang jamaah melainkan kerana satu dosa yang telah dilakukannya.”

“Barangsiapa yang solat subuh maka dia berada dalam jaminan Allah”

(Riwayat Imam Muslim Dalam Kitab Sahihnya)

Imam Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim meletakkan hadis ini dalam bab ‘kelebihan Solat Subuh dan Isyak secara berjemaah. Beliau menulis dalam Syarah Sahih Muslim mengatakan jaminan di sini adalah berupa keamanan dan keselamatan. Walau dalam hadis ini tidak dinyatakan berjemaah, namun inilah pendapat ulama hadis. Mereka mengambil kira amalan yang paling sempurna, yang dilakukan pada zaman Nabi, yang paling berketepatan dan dikehendaki oleh Nabi saw, iaitu Subuh secara berjemaah. Siapakah yang lebih layak untuk menjamin keamanan kita selain daripada Allah? Ganjaran ini diberi kerana solat subuh merupakan perkara yang amat berat, lebih-lebih lagi secara berjemaah. Ini memerlukan keikhlasan hati, semata-mata mengharapkan redha dan balasan Allah di pagi hari, dikala manusia lain nyenyak dilamun mimpi.

Teringat kisah sahabat nabi, ketika azan berkumandang di bumi, dihentikan kerjanya walaupun hanya tinggal sebata lagi. Lalu ditanya oleh sahabatnya, kenapa tidak dihabiskan saja, masih sempat untuk kita jemaah bersama. Senyum jawabnya, aku bimbang andai aku siapkannya, aku telah membesarkan bata ini lebih dari Tuhanku!


Abu Hurairah stated that Muhammad had said;

"There are angels who take turns in visiting you by night and by day, and they all assemble at the dawn (Fajr) and the afternoon (`Asr) prayers. Those who have spent the night with you, ascend to the heaven and their Rabb (Lord), Who Knows better about them, Asks: 'In what condition did you leave My slaves?' They reply: 'We left them while they were performing Salat and we went to them while they were performing Salat.'

(From Al-Bukhari and Muslim)

Aku hairan terhadap manusia, bagaimanakah mereka mencintai baginda dengan penuh kecintaan kemudian mereka tidak meneliti kehidupannya untuk dijadikan ikutan dan tauladan sebagaimana yang dijelaskan oleh Tuhan mereka di dalam Al-Quran.

- Qabasat minarrasul

Mereka tahu solat di masjid itu sunnah arrasul dan aku lebih hairan, jika mereka tahu tetapi mereka tidak beramal.

Disertakan juga artikel2 berkaitan untuk tatapan:

- Solat Subuh Berjemaah,
- Subuh Penanda Kekuatan,
- Jangan tidur lepas Subuh.


Cukup sekadar itu dulu, untuk akhirnya mari kita renung petikan dari ayat 11, Surah Ar-R'ad;

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu yang mengubah nasib diri mereka sendiri ”

dan;

"Daripada Abu Amr berkata,

'Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku suatu perkataan tentang Islam, yang tidak mungkin aku tanyakan kepada siapa pun selain kepadamu.'

Rasulullah SAW bersabda, 'Katakan aku beriman kepada Allah', lalu istiqamahlah."

(HR. Muslim)

Darul Ifta',Darul Hadith & Fiqh Medic




Allahumma Faqihna Fi Deen Ya ALLAH

Analisa, Analisa dimana Kita

Majoriti pelajar Malaysia ke Jordan adalah SYARIAH. Tetapi majoriti 'ustaz terkenal' di Malaysia yang graduan Jordan adalah graduan BAHASA ARAB. Pelajar Bahasa Arab biasanya tiada masalah memahami subjek SYARIAH. Pelajar SYARIAH ramai yang susah nak faham subjek-subjek BAHASA ARAB. Pelajar SYARIAH yang cemerlang pula, biasanya ramai yang markah baik dalam subjek BAHASA ARAB mereka. Pelajar SYARIAH biasa-biasa, markah subjek BAHASA ARABnya sekadar cukup makan.

- Saya tidak rasa ia isu 'penguasaan bahasa' supaya fasih dan boleh belajar dengan lebih baik. Isu yang lebih besar ialah 'nature' subjek dan bidang tu sendiri. Dan ia mempengaruhi pattern berfikir pelajar berkenaan. Kalau subjek-subjek Bahasa Arab, nature subjek itu sangat 'saintifik'. Ia menampakkan pattern-pattern tertentu, sistematik, dan menyebabkan orang yang menguasai subjek-subjek Bahasa Arab seperti Nahu, Saraf, Balaghah, topik2 Fiqh Lughah dll, pemikiran mereka akan jadi sistematik. Tetapi yang belajar Syariah, nak tengok mereka berfikiran sistematik atau tidak, tengok subjek Usul Fiqh, Qawaid Fiqhiyyah, dan subjek-subjek bersifat teknikal. Termasuk Fiqh Mawarith.

- Kesannya ustaz graduan Bahasa Arab lebih dinamik. Syarahannya ada pattern, praktikal, logik dan akibatnya ialah syarahan dia diterima lalu dia jadi femes. Graduan syariah, kalau dia graduan biasa-biasa, ceramahnya general, tengok satu ayat quran tak nampak skeleton ayat tu, tak nampak pattern, jadi satu ayat kelihatan segedabak, dan dia huraikan pun nanti akhirnya jadi segedabak. Akibatnya, ceramah dia kurang praktikal, tidak sistematik, boleh jadi kurang logik, dan kurang penerimaan lalu mungkin susah nak 'femes'. Nak ambil course Bahasa dan Kesusasteraan Arab, pelajar kena 'cerdik'. Nak ambil course Syariah, pelajar sederhana pun boleh survive.

- Pengajian bahasa dan kesusasteraan Arab sebenarnya adalah pengajian saintifik. Latihannya adalah seperti latihan subjek sains. Manakala pengajian Syariah pula merupakan bidang yang konklusif. Kombinasi kedua-duanya adalah apa yang diperlukan. Mengaji Bahasa tanpa Syariah, menghasilkan orang seperti Taha Hussein. Mengaji Syariah tanpa latihan saintifik menghasilkan ustaz-ustaz yang tidak kritis lalu pengajarannya lebih berbentuk dogmatik.


-- AbuSaif

Copyright © muhammad syafiq
Designed by Templates Next | Converted into Blogger Templates by Theme Craft