10 Disember lalu, bersama kawan ke Amman semata-mata untuk hadir pembentangan kertas kerja Maqasid: Disiplin & Faedah oleh Ustz Rozaimi, tapi tak sangka dapat 'hadiah' istimewa, peluang hadir ke Kuliah Tafseer Dr. Solah al Khalidi, Surah al Baqarah: 52-57.

21 Disember, dapat hadiah lagi. Dr. Solah datang sendiri ke Mu'tah. Beliau mensyarahkan tajuk:

Prioriti Pemuda pada Masa Kini

''Syeikh Solah Al-Khalidi menekankan tentang prioriti terhadap 3 perkara iaitu, kepada diri, masyarakat dan musuh Allah. Tidak layak kepada mahasiswa untuk hanya hidup bermatlamatkan kesenangan diri tanpa memikirkan cara untuk memberi manfaat kepada masyarakat seterusnya menjadi agen memerangi musuh Islam.

Syeikh juga menasihati supaya setiap mahasiswa meletakkan seorang ikon sebagai ikutan bagi memudahkan kita mencapai cita-cita. Syeikh turut menasihati agar mahasiswa mengambil peranan dan pendirian dalam isu-isu dunia, pemerintahan, politik, terutamanya isu penindasan dan kemanusiaan di Palestin.''


Aku mencintai orang-orang soleh, malangnya aku bukanlah dari kalangan mereka.
 

(c) hasanhusaini.com