Iblis Asalnya Malaikat?
Kalau ditanya Iblis asalnya siapa kepada orang Islam?
Kadang-kadang kita akan dengar ada segelintir orang islam kata MALAIKAT , benar
ke kepercayaan ini? Kekeliruan ini bermula daripada mana? Ia bermula berdasarkan
kefahaman mereka terhadap kenyataan Surah al-Baqarah ayat 34 yang berbunyi:
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat:
"Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya
tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia
dari golongan yang kafir.
Berdasarkan ungkapan yang bermaksud: “Mereka
sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis” maka mereka ingat Iblis
berasal dari kalangan malaikat.
Jawapan:
1) Quran ada 4 jenis Tafsir yang utama iaitu:
1) Quran tafsir
Quran
2) Sunnah tafsir Quran
3) Para Sahabat tafsir Quran
4) Ulama tafsir Quran
,
dan kalau kita lihat dalam Surah al-Kahf ayat 50 berbunyi:
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman
kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud
melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka
terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan
keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain
daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi
orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.
Kenyataan Al Qur’an di atas dengan jelas menunjukkan
Iblis berasal dari golongan jin bukan malaikat.
2) Perbezaan kejadian Iblis serta malaikat. (Surah Ar
Rahman ayat 15) Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang
tetapi Menurut Imam Ibn Kathir dalam tafsir terkenalnya “Tafsir Ibn Kathir”,
Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam menjelaskan bahawa iblis diciptakan
daripada api manakala malaikat daripada Nur (cahaya). Ini berdasarkan hadith
Sahih Muslim (no. 2996) yang diriwayatkan daripada Aisyah radiyallahu ‘anha
yang berbunyi:
Malaikat diciptakan daripada unsur cahaya, sedang iblis
diciptakan dari unsur api yang meluap (kepanasannya).
Berdasarkan sabdaan Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa
sallam, nyatalah perbezaan kejadian iblis serta malaikat.
3) Di antara sifat Iblis ialah melakukan maksiat serta
menderhakai Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Namun sifat malaikat ialah ketaatan
mutlak terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ini sebagaimana kenyataan surah
al-Tahrim ayat 6 yang berbunyi:
Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu
dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu
(berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras
kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang
diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang
diperintahkan.
Jelasnya, para Malaikat mereka tidak menderhaka kepada
Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap
melakukan segala yang diperintahkan.
Ada sebahagian athar tidak sahih yang diriwayatkan
sebahagian kecil ulama salaf bahawa Iblis merupakan pemimpin para malaikat dan
termasuk salah seorang penjaga syurga. Sehubungan ini, Imam Ibn Kathir memberi
komentar terhadap kenyataan ini dengan berkata:
Dalam masaalah ini, terdapat beberapa athar yang
diriwayatkan daripada ulama salaf, tetapi kebanyakkannya bersumber daripada
Israilliyyat. Sebahagian daripadanya memerlukan kajian lebih lanjut, namun
sebahagian lainnya boleh dipastikan pendustaannya. Ini disebabkan ia bercanggah
dengan kebenaran yang menjadi panduan kita. Dalam konteks ini Al-Qur’an
dipenuhi dengan pelbagai penceritaan zaman dahulu sehingga tidak diperlukan
lagi cerita-cerita yang meragukan.
Kisah-kisah Israilliyyat tidak seperti Al-Qur’an serta
hadith. Ini kerana ia tidak terlepas dari menerima perubahan, penambahan serta
pengurangan dan bercampur dengan pelbagai anasir yang meragukan. Tukang cerita
kisah Israilliyyat tidak memiliki ilmu serta kaedah yang dimiliki umat Muhammad
sallallahu ‘alayhi wa sallam yang berupaya menolak penyelewengan serta
pembohongan golongan yang melakukan kebatilan. Mereka berjaya membukukan
hadith, mengkritiknya serta memperjelaskan antara hadith yang sahih dengan
hadith yang doif, munkar, maudhu, matruk dan makzub. Sehubungan ini mereka
mampu mengenal pasti tukang pembuat hadith palsu (maudhu), pendusta, individu
yang tidak dikenali serta kedudukan perawi lainnya. Kesemua ini bertujuan
memelihara kemuliaan Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wa sallam sebagai penutup
rasul-rasul serta pemimpin umat manusia. Ini supaya tidak wujud sebarang
pendustaan yang disandarkan kepada baginda.
Iblis asalnya malaikat yang
memberontak sebenarnya adalah ajaran dalam Bible bukan ajaran Quran.
1) Menurut Bible, pada peringkat permulaan Tuhan
menciptakan makhluk ghaib yang dinamakan malaikat. Begitu banyak jumlah
malaikat sehinggakan kitab Revelation 5:11 menyatakan begini:
Then I looked and heard the voice of many angels,
numbering thousands upon thousands, and ten thousand times ten thousand. (NIV)
Maka aku melihat dan mendengar suara banyak malaikat
sekeliling takhta, makhluk-makhluk dan tua-tua itu; jumlah mereka
berlaksa-laksa dan beribu-ribu laksa. (LAI)
2) Namun agak malang di mana “satu pertiga dari
keseluruhan malaikat” yang diciptakan ini menderhaka lalu melancarkan
pemberontakan terhadap Tuhan. Ia diketuai malaikat bernama Lucifer (Satan).
Kitab Isaiah 14:12 menceritakan perkara ini seperti berikut:
O shining star, son of the morning!... For you said to
yourself, I will ascend to heaven and set my throne above God’s stars…I will
climb to the highest and be like the Most High. (NLT)
Wah, engkau sudah jatuh dari langit, hai Bintang Timur,
putera Fajar. Engkau yang tadinya berkata dalam hatimu: Aku hendak naik ke
langit, aku hendak mendirikan takhtaku mengatasi bintang-bintang Allah. Aku
hendak naik mengatasi ketinggian awan-awan, hendak menyamai Yang Maha Tinggi.
(LAI)
Kitab Revelation 12:4 menyatakan jumlah malaikat yang
menyertai Lucifer:
His tail dragged down one-third of the stars, which he
threw to the earth. (NLT)
Dan ekornya menyeret sepertiga dari bintang-bintang di
langit lalu melemparkannya ke atas bumi. (LAI)
3) Kesan dari penderhakaan ini, berlaku peperangan
besar di langit. Ia antara golongan malaikat yang masih taat yang diketuai
Michael (Mikail) dengan golongan malaikat penderhaka yang dipimpin Lucifer
(Satan). Namun Lucifer dan pasukannya mengalami kekalahan lantas dihalau dari
mendiami langit. Kitab Revelation 12:7-9 menyatakan:
And there was war in heaven. Michael and his angels
fought against the dragon, and the dragon and his angels fought back. But he
was not strong enough, and they lost their place in heaven. The great dragon
was hurled down—that ancient serpent called the devil, or Satan, who leads the
whole world astray. He was hurled to the earth, and his angels with him (NIV).
Maka timbullah peperangan di sorga. Mikhael dan
malaikat-malaikatnya berperang melawan naga itu, dan naga itu dibantu oleh
malaikat-malaikatnya, tetapi mereka tidak dapat bertahan; mereka tidak mendapat
tempat lagi di sorga. Dan naga besar itu, si ular tua, yang disebut Iblis atau
Satan, yang menyesatkan seluruh dunia dilemparkan ke bawah; ia dilemparkan ke
bumi, bersama-sama dengan malaikat-malaikatnya. (LAI)
Wallahua'lam.
Sumber: Kamaliah Abbas (Kim)