Menuju Malaysia Baru dan Sejahtera,
Jaga Hubungan
Kata seorang guru:
- Ihsan Fadhli
د. صلاح الخالدي
Syeikh juga menasihati supaya setiap mahasiswa meletakkan seorang ikon sebagai ikutan bagi memudahkan kita mencapai cita-cita. Syeikh turut menasihati agar mahasiswa mengambil peranan dan pendirian dalam isu-isu dunia, pemerintahan, politik, terutamanya isu penindasan dan kemanusiaan di Palestin.''
Zahid & Adibah
15 Sept 2012, tarikh bahagia buat mereka. Kami dulu, tingkatan 3 kelas bersama. Lepas PMR bawa haluan masing-masing. At the end, Zahid grad UTP. Adibah tahun akhir MS UiTM.
Tiada kata seindah doa,
BaarakAllahu lakuma wa baraka alaykuma wa jamaa baynakuma fee kheir!
Fetih 1453 - Resensi dari Cairo
Merdeka 55
Ikutkan tak pernah cerita pun tentang Merdeka.
Tambahan pula kempen Merdeka tahun ini yang banyak 'pencemaran'.
Entah macam mana jatuh hati pada gambar hasil lensa jurugambar jalanan ini.
1001 tafsiran, anda tentukan!
Hakikat Merdeka sebenar;
Dari (membebaskan) hamba (manusia) dari menyembah sesama hamba, kepada menyembah kepada Tuhan hamba (Allah).
Selamat menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke- 55.
Fiqh Al-Tufūlah
Kongsi cerita Kak Ha, Lihatlah...
Macam-macam cara orang dewasa melayan kanak-kanak, future leaders, di masjid.
Terutamanya sempena Ramadhan ini.
Pilu melihat anak kecil dijerkah oleh orang yang 'sedang' solat. Sehabis solat ibu si kecil itu pula dimarahi.
"Budak tu pakai 'pampers'. Bawa najis. Kalau sentuh, boleh batal wuduk."
Fiqah siapakah ini? Bukankah ia jelas sangat berat?
Membuak-buak rasa ingin melihat sendiri bagaimana cucu perempuan Nabi
bernama Umamah, berada di atas kepala Nabi tatkala Nabi mengimamkan
solat jemaah.
Sedih mendengar cerita suami. Ada anak lelaki yang masih kecil disebat
oleh ayahnya sampai menggelupur di lantai kerana masuk ke saf dewasa.
Kehadirannya dianggap boleh memutuskan saf.
Sukarnya fiqah sebegini...
"Kalau tak sunat lagi, duduk belakang."
Indahnya fiqh yang mudah lagi memudahkan.
Nikmatilah fikrah pertengahan ini dalam hukum-hakam berkaitan kanak-kanak.
Link (click): Hukum Berkaitan Kanak-kanak.
Kenang-Kenangan Hidup
"Cinta ialah airtirta kehidupan. Benci adalah racun yang membawa maut."
"Kata orang, cinta adalah perangai yang utama. Kataku, cinta adalah kemestian."
"Cinta lebih diperlukan daripada nasi dan air. Lebih perlu daripada cahaya dan udara."
"Cinta tidak perlu diangkat-angkat kerana ia sudah tinggi dengan sendirinya."
"Kerana cinta, kita tidak perlu meminta upah. Sebab cinta sendiri sudahlah upah."
"Bercinta tidak meminta perhitungan. Sebab cinta tidak menghitung, selain dari dirinya sendiri."
"Cinta tidak berhutang dan tidak berpiutang. Cinta tidak dapat dibeli dan tidak dapat dijual."
"Kalau ia (cinta) memberi ia memberikan segala-galanya. Kalau ia mengambil, ia mengambil kesemuanya."
"Ia (cinta) selalu cukup seperti mana adanya, tidak pernah lebih dan tidak pula kurang. Begitu dahulu, begitu kini dan begitu untuk selama-lamanya"
"Cinta mencari dan mendorong, bukan menunggu dan menyerah."
"Cinta menghimpunkan dan benci memecahkan."
"Cinta bukan buta. Cinta mempunyai suatu penglihatan yang dapat menembus segala hijab."
"Langsungkanlah cinta itu kepada Zat. Adapun Zat yang hakiki, Zat yang mutlak, ialah Zat Allah. Itulah wujud yang sempurna, yang tidak berbelah lagi"
"Janganlah cinta diletakkan pada SIFAT, sebab sifat boleh berubah, kerana perubahan tempat dan zaman."
" ... cinta yang sejati itulah Allah. Sebab Allah cinta akan dirinya."