Institut Kajian Hadis Selangor, atau INHAD mula beroperasi sebagai sebuah Institusi milik kerajaan negeri Selangor yang di letakkan dibawah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dengan tujuan memelihara dan memartabatkan hadis sebagai sumber hukum kedua selepas kitab suci Al-Quran.

Penubuhan INHAD adalah sejajar dengan hasrat kerajaan negeri bagi menyedarkan masyarakat tentang pentingnya hadis bukan sahaja dengan memeliharanya tetapi mengamalkan ajaranya di dalam kehidupan seharian sebagai umat Rasulullah S.A.W.

Idea penubuhan Institut Kajian Hadis Selangor adalah dicetuskan oleh Menteri Besar Selangor yang mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah KUIS pada 26hb Mac 2007, meminta supaya satu pusat kajian Al-Hadis Negeri Selangor ditubuhkan. Pada 4hb Julai 2007, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang ke-21 telah meluluskan penubuhan sebuah pusat kajian Al-Hadis, yang dinamakan sebagai Institut Kajian Hadis Selangor (INHAD).

Sehubungan dengan itu, bagi memulakan operasinya, ia ditempatkan di bawah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dengan perlantikan rasmi bagi Pengarah INHAD, iaitu pada 1hb April 2008.

Aktiviti Semasa

  • Penyediaan modal dan kurikulum untuk program pengajian hadis di masjid-masjid.
  • Projek penghafalan Hadis 40 al-Nawawiyyah;
  • Pengedaran broucher bagi memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan hadis sebagai sumber rujukan kedua selepas al-Quran;
  • Pengedaran broucher bagi menyedarkan masyarakat terhadap pengintegrasian ajaran hadis di dalam kehidupan seharian umat Islam;
  • Menjalinkan hubungan dengan ulama-ulama hadis tempatan dan luar di peringkat institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

Aktiviti Masa Akan Datang

  • Menyediakan sistem yang memenuhi hajat dan keperluan proses kajian dan penyelidikan hadis untuk di akseskan oleh pencarian hadis-hadis Rasulullah S.A.W.;
  • Menyediakan modul dan kurikulum bagi kursus-kursus jangka panjang dan pendek (short courses);
  • Menjadi penasihat dan pemantau kepada mana-mana badan yang ingin mengadakan kerjasama selaras dengan misi dan objektif penubuhan;
  • Mewujudkan suatu institut atau tempat kajian hadis yang unggul di bawah naungan KUIS yang mempunyai seni bina berintegriti Islam dan kemodenan, di dalam usaha memupuk minat golongan muda terhadap penghayatan dan pengamalan hadis.


p/s: Salam sume..didapati di Malaysia sudah terlalu banyak Institusi-institusi Tahfiz. Jika dibandingkan di India, Pakistan, amalan menghafaz al-Quran merupakan perkara biasa, oleh itu marilah bersama-sama kita mengangkat martabat Hadith Nabawiyah sebagai sumber Perundangan yang Kedua selapas al-Quran Kareem.Untuk permulaan, bolehlah mulakan dengan menghafaz "Arbain Nawawiyah'..(Hadith 40).Seminggu satu hadith pun amat-amatlah memadai. Usaha ini juga sebagai bukti Cinta dan Kaseh kita kepada junjungan mulia Baginda Muhammad (s.a.w), dalam usaha menentang golongan anti-Hadith.