Ringkas tapi Signifikan


Ustaz, saya suka mmbaca buku2 agama dan buku2 untuk perbaiki diri sy tp sy masih tinggalkan solat wajib,bagaimana nak atasi masalah ini?


Baca buku mengenai “azab meninggalkan solat fardu”


Guest, ustaz..rasa da nk gila dah cari jodoh, tp sume gagal..tlg carikan utk sy..sy girl..


Saya biasa bertemu dengan perempuan yang menyesali perkahwinannya, katanya pada saya : “kalau macam ni, baik tak payah ada suami”, Jadi, lambat dapat jodoh ada hikmah yang Allah sahaja tahu. Sabar dan teruskan usaha



src: dipetik dari Jawapan Pada Persoalan 89

Manis


" mimpi umpama contengan illusi,
tiba-tiba datang menyergah tatkala hati khali "

Salam Maal Hijrah

case #1

msg received (well-known): Salam..Doakan sy skali utk tahun baru hijrah

case #2

msg received (unknown): Salam maal hijrah.. Maaf kalau ada salah silap

msg replied: Salam maal hijrah juga.. Boleh tahu spe ni?

msg received (unknown): Ni kwn skola mngh.. Huhu

msg replied: Hm, bgtaw la nme? Number pn plek je ni..

msg received (unknown): Ngaa.. mmg ah plek.. Num dr ***** kot. Haha

msg replied: '****** ****** ?

msg received (unknown): :) yup. power gle teka.haha. k la mau dgr ceramah.. Salam!

msg replied: Waargh. Excited2 sgt2 la.. Okes2 ;)

Kau Mencipta Dosaku

Andai kau menjadi pelangi
Biar ku jadi awannya
Agar kita selalu bersama

Andai kau menjadi sang duyung
Biar ku jadi karangnya
Agar kita sentiasa bersua

Andai kau menjadi merpati
Biar ku menjadi sang bayu
Agar kita sering bertemu

Andai kau menjadi puisi
Biar ku jadi melodi
Bersama kita menyanyi

Andai ku menjadi rembulan
Sudikah kau menjadi kejora
Hingga pagi nanti

Andai esok aku menjadi tanah
Sudikah engkau menjadi bunga
Menghiasi dadaku

Waqf Papers Island

Sama seperti Indonesia, Malaysia juga memerlukan wakaf yang produktif. Masalah wakaf cukup lama dan kronik. Sudah banyak konvensyen dan seminar diadakan. Cukup banyak kertas kerja mengenai wakaf dibentangkan. Kalau dikumpul-kumpulkan kertas kerja tersebut dan dicampakkan ke dalam laut sebelah tepi Jambatan Pulau Pinang dekat dengan Kompleks Polis Marin, ia (kertas kerja itu) boleh menjadi sebuah pulau baru.

Bolehlah kita namakan pulau itu dengan nama "Waqf Papers Island". Pulau ini bolehlah nanti digandingkan dengan Pulau Jerejak untuk dijadikan Projek Pembangunan Koridor Pulau-Pulau. Sekurang-kurangnya adalah manfaat daripada kertas kerja ini. Apapun wakaf tetap tak produktif jugak. Sebabnya begitu banyak resolusi dibuat dan rumusan diadakan, kertas kerja tinggal kertas sahaja kerana tak "bekerja".

Semua idea yang dikemukakan tinggal begitu sahaja, hilang dipuput angin kerana tiada pihak berkuasa yang berminat dan mempunyai iltizam untuk menjayakan idea tersebut. Kalaupun sudah ada usaha sedikit dan permulaan untuk membaiki pengurusan wakaf, usaha tersebut digagalkan. Yang menggagalkannya bukan orang lain. Orang Islam jugak. Serupa darah dan sama-sama mengucapkan kalimah syahadah. Sampai bilakah stigma ini akan berakhir.

Akhirnya yang rugi, mendapat malu dan mendapat dosa ialah orang Islam jugak. Bukan orang lain, sahabat kita jugak. Pengikut Rasulullah SAW jugak. Cuba renungkan !

Transformasi Wakaf

Apa yang diperlukan sekarang bukan banyak.
Satu peluang sahaja.
Berilah peluang itu kepada orang-orang yang betul ingin merealismekan wakaf.
Yang hidup-matinya untuk wakaf.
Berilah peluang kepada wakaf.
Zakat tak apa.
Dia sudah hidup semula.
Membesar dan berkembang.
Bagi wakaf ia adalah jihad. Fisabilillah.
Keperluan untuk hidup.
Dalam sunyi terdengar detak hati wakaf.

Kembalikan semula nyawaku.

Sebuah Jawaban



Suatu hari, Seorang raja bertitah kepada menteri-menterinya yang bijak..

"buatkan aku sesuatu

yang dapat mengingatkan aku kepada kesedihan

apabila aku gembira

dan mengingatkan aku pada kegembiraan

apabila aku dalam kesedihan"

- Sebentuk cincin yang terukir..

Semuanya akan berlalu !

Hassan Basri r.a ;

"apabila susah dan ditimpa kesusahan, maka kita akan ingat akan Allah lebih berbanding ketika kita menerima nikmat. Jadi bagiku adalah lebih baik kita selalu menerima kesusahan dan kepayahan kerana lebih banyak kita mengingati Allah".

Mimpiku dalam Mimpimu

Kerna aku angin malam yang berhembus dari utara

Melalui setiap sela masa kulihat wajah tidurmu damai sekali

Pada kelopak yang sesekali berdenyut dan nafasmu mengalir resah

Maaf aku tak mampu singgah lebih lama kerna malam memanggilku kesana

Membuai lena jiwa yang gelisah dan aku takkan pernah sempat buatnya akan mimpimu

Dalam mimpimu

20.09.2009








Johan nasyeed terbuka KUIS - Daa'wah Groove 09'










Wasiat Ruba’iyyat Imam al-Bukhari


Kisah benar Abu al-‘Abbas al-Walid bin Ibrahim bin Zaud al- Hamdani meriwayatkan peristiwa beliau bersemuka dengan Imam al-Bukhari untuk menuntut ilimu Hadith dengannya, Namun, Imam al-Bukhari memberi panduan kepadanya untuk mengejar sesuatu impian. Imam al-Bukhari juga memberikannya Wasiat Ruba’iyyat, satu panduan untuk menjadi seorang ahli Hadith yang sempurna pada pandangannya berdasarkan pengalamannya sendiri.


قال البخاري : " اعلم أن الرجل لا يصير محدثا كاملا في حديثه إلا بعد أن يكتب أربعا مع أربع كأربع مثل أربع في أربع ثم أربع بأربع على أربع عن أربع لأربع وكل هذه الرباعيات لا تتم إلا بأربع مع أربع فإذا تمت له كلها هانت عليه أربع وابتلي بأربع فإذا صبر على ذلك أكرمه الله تعالى في الدنيا بأربع وأثا به في الآخرة بأربع".


Maksudnya: Ketahuilah sesungguhnya seseorang itu tidak akan menjadi ahli Hadith yang sempurna dalam bidangnya kecuali setelah menulis empat dengan empat seperti empat umpama empat pada empat kemudian empat dengan empat atas empat dari empat untuk empat dan semua empat perkara ini tidak akan sempurna kecuali dengan empat bersama empat, maka jikalau seseorang boleh berjaya menyempurnakan semua itu, senang baginya empat perkara, dan akan teruji pada empat pekara, jika dia bersabar menghadapinya, Allah S.W.T akan memuliakannya di dunia dengan empat perkara dan mengurniakannya empat perkara di akhirat.

*Dipetik dari Kertas Kerja, Imam Al-Bukhari : Suatu Biografi Ringkas, Seminar Tokoh Imam al-Bukhari yang dibentangkan oleh Ustaz Farid Ravi Abdullah ( INHAD) , 16 Mei 2009, di Masjid Negeri, Shah Alam. Huraian lanjut mengenai semua empat perkara yang dinyatakan akan diterangkan jika ada kesempatan. Agak sibuk dengan Latihan Ilmiah.

Emansipasi

Pertamanya, berkaitan dengan tajuk entry ni, penulis sendiri pun tak tahu maksud asal nye. Tak tahu kenapa, perkataan ini amat digemari. Minta kepada Sayap Janna'im dan Syima tolong definisikan perkaataan ni okeyh. Trimas!! Isi blog kali ini berlegar-legar di dalam kotak fikiran apabila pensyarah yang di tunggu-tunggu untuk bagi Kullyah tidak hadir. Ditambah pula jadual tutor yang laaaambat siap. Biasalah, semester baru, semangat baru. Mari selusuri Dunia Realiti Akademik.

Perlu difahami bahawa setiap individu mempunyai gaya tersendiri dalam merencana kehidupan peribadi mahupun kerjaya. Kalau diperhati dalam dunia akademik khasnya, di kalangan para pensyarah sendiri. Isu memfokuskan kepakaran tidak sangat diberi perhatian melainkan sasaran mengejar pangkat. Kalau sekarang boleh melihat ulama’ di Timur Tengah seperti Yusof Qaradhawi, Wahbah Zuhaili, Mustafa Zarqa dan sebagainya, namun berapa sangat ustaz di Malaysia yang ingin mengikuti jejak langkah mereka. Dalam bidang perundangan, nama Ahmad Ibrahim amat terkenal tetapi perintis generasi seterusnya bagaikan tiada.

Perhatikan sikap kebanyakan pensyarah universiti, secara kasarnya bersikap individualistik, tidak mesra alam, kurang mengambil berat hal-hal di luar apatah lagi ingin bergaul rapat dengan pelajar. Cuba risik tengok suasana di Institut Pengajian Tinggi. Bahkan pada suatu ketika dulu di Institut Pengajian Tinggi, pernah berlaku gejala rasuah seks oleh pelajar semata-mata ingin mendapat A dalam subjek. Lebih malang lagi pensyarah yang umpama usia atuk menyambut baik 'pelawaan' itu.

Ada sesetengah individu menganggap dunia akademik hanya untuk mengajar dan makan gaji. Bahkan nature kerjanya agak menarik kerana tidak terikat dengan office hours. Sebab itu boleh tengok nota yang diajarnya tidak pernah dikemaskinikan sekalipun sudah terpakai sejak 10 tahun lepas. Apatah lagi jika nak diubahsuai kandungan silibus sebab disangkanya segala topik yang sedia ada sudah memadai. Sedangkan dalam sesetengah jurusan, khasnya law perlu sentiasa update kerana pindaan legal provisions and procedures kerap berlaku. Apabila pelajar bergraduan dan mencari kerja, timbul masalah kesukaran untuk adaptasi segala teori pembelajaran sebab silibus yang diajar sudah expired dengan realiti kehendak industri.

Pada pandangan penulis, terdapat dua jawatan utama yang perlu dikawal dalam konteks sekarang untuk kita menegakkan Islam. Pertamanya, pensyarah. Golongan ini jika bersungguh-sungguh, mereka mampu membentuk gaya pemikiran kepada para pelajarnya yang akan bertebaran di muka bumi dengan pelbagai peranan dan jawatan. Sama ada pelajarnya bakal doktor, usahawan, businessmen, bankers, kontraktor, pegawai kastam, setiausaha politik, ejen insurans, pengusaha butik, tentera dan apa jua jawatan dan kerjaya. Jika fikrahnya Islamic insha-Allah gerak kerja, operasi dan matlamat organisasinya juga Islamic.

Kedua jawatan hakim. Jika diperhati, kini betapa banyak kes murtad, rasuah, salah guna kuasa, rampasan kuasa dan lain-lain yang amat berhajat kepada keputusan yang membela kedudukan Islam. Walaupun para peguamnya boleh mempertikaikan dengan pelbagai hujah, kuasa membuat keputusan tetap berada di tangan hakim. Kita sedia maklum dengan konsep stare decisis yang diamalkan di Malaysia apabila hakim bertindak dalam res judicata. Even obiter dictum hakim pun sudah agak berpengaruh.

Konklusinya, di mana perlu bermula... jawapannya bermula dengan diri kita. Kita perlu 'set target' bagaimana untuk menjalani kehidupan peribadi sehingga perkara yang melibatkan masa depan Islam.

Indahnya Malu di Malam Pertama

Usai solat sunat pengantin baru bersama-sama, aku menyelaminya. Bergetar hebat seluruh jiwa saat pertama kali dahiku dikucup suami. Indahnya! Pastinya takkan kunikmati getaran seindah ini andai telah terbiasa bersentuhan sebelum bernikah lagi. Indahnya syariat Tuhan mengatur kehidupan.

"SubahanAllah! Masya-Allah! Ini amanah Abang!” Ungkap suamiku memberi reaksi yang membiaskan sikap sangat bertanggungjawabnya terhadap amanah yang kini digalas, sekaligus mengingatkanku kepada pesanan Rasulullah SAW kepada kaum suami dalam haji Baginda yang terakhir bermaksud:

“Bertakwalah kalian kepada Allah dalam mengurus dua orang yang lemah, wanita dan khadam”

(Riwayat al-Baihaqi)

Perkataan ‘amanah’ yang diungkapkan membuatkan aku berasa selamat dalam perlindungannya.

Berada dihadapannya, insan asing yang kini bernama suami, aku berasa malu dan amat janggal sekali. Segala gerak-geri yang perlu kulakukan semuanya terasa kekok dan serba tak kena. Nak membuka tudung kepala pun jadi teragak-agak namun kukuatkan hati untuk tampil secantiknya. Mungkin menyedari kegusaran diri ini dia menghemburkan hatiku dengan panggilan ‘Sayang’ dan kata-kata manis.

“SubahanAllah, cantik isteri Abang, Abang Cuma harapakan yang beragama. Tak sangka Allah beri kedua-duanya, cantik dan beragama.”

Memang isteri mudah terhibur dengan pujian suami. Aku bersyukur dia menerimaku seadanya. Lantaran malu, aku berlalu ke dapur untuk membancuh segelas susu, Dicampuri madu. Kubawakan minuman itu kepadanya sedang perasaan maluku masih tetap menebal juga.

“Abang, jemput minum. Err, sebelum tu, Sayang ad permintaan,” ujarku yang agak kekok mewakilkan diri dengan ganti nama diri yang baru ini.

“Apa dia Sayang?”

“Boleh Sayang tutup lampu? Minum dalam gelap lebih romantis,” pintaku. Suamiku tesenyum dan mengizinkan. Sangkaannya, aku akan menutup lampu utama dan membuka lampu tidur, namun tak begitu. Kami minum dalam suasana gelap-gelita. Lampu tidur pun tidak kubuka. Tahulah suamiku aku masih sangat malu. Bijak dia membaca bicara hatiku. Dia mencurahkan kasih-sayangnya agar kemesraan dan keserasian pantas tercipta. Aku benar-benar jadi jatuh cinta.

Dating Cinta

Hari kedua bermula ceria. Aku terasa bagaikan sudah lama mengenalinya walaupun perasaan malu masih bersisa. Banyak cerita yang ingin dikongsi bersama. Maklumlah, sebelum khawin tak pernah saling berbicara. Berkatnya sangat terasa. Bila sudah berkahwin, banyak perkara yang ingin diceritakan untuk dikongsi bersama. Saling mengenali hati budi setiap kali bertukar tutur bicara. Agaknya, seandai aku sudah biasa berbual-bual dengannya sebelum berkahwin lagi, sudah tentu aku tak dapat merasai nikmat sebegini, berbual-bual mesra dengan si dia yang halal untuk kucintai.

Ibu bapaku membawa kami berkunjung ke rumah sanak saudara bagi memperkenalkan ‘orang baru’ dalam keluarga. Kami kemudiannya singgah di sebuah pantai peranginan yang dilatari pemandangan indah ciptaan yang Maha Pencipta. Indahnya menikmati ‘dating’ cinta di sana. Mm, kalaulah sudah biasa dating sebelum khawin, pasti tiada perasaan luar biasa yang sebegini rupa. Begini berkatnya jika batasan syariat sama-sama dijaga, besar sekali peranannya dalam membuahkan cinta dalam rumah tangga.

*dipetik dari novel Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul, karya Fatimah Syarha, m/s 26, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

Copyright © muhammad syafiq
Designed by Templates Next | Converted into Blogger Templates by Theme Craft