... "Ini ada sajak dari Damsyik. Jiha e-mel pada Kak Zah semalam. Kak Zah teringin nak jadikannya lirik nasyid,” Kak Zah menyuarakan impian sambil menyerahkan kertas itu kepada Syabab.
Syabab menatapnya.
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya boneka Yahudi.
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu dunia dan seisinya.
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.
*dipetik dari novel Syabab Musafir Kasih karya Fatimah Syarha, m/s 202, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.
April 30, 2009 at 10:09 AM
saya pernah membaca buku tulisan karya Fatimah Syarha Mohd Noordin ni..SYABAB Musafir Kasih memang sangat menarik dan sesuai sebagai bahan bacaan utk seisi umat..
Kini sukar mencari lelaki yang diwar-warkan sebagai pelindung wanita~
April 30, 2009 at 1:40 PM
cantik template baru..
coklat juga=)
May 1, 2009 at 7:12 AM
MasyaALLAH..Ini btul2 menusuk tmbh menikam hati..
May 3, 2009 at 1:46 AM
salam sahabat.lame x b'hubung.maaf kalo ade x bls ym.mgkn tyme tu sibuk ckit.papepun ad cdgn ckit.ltk la shoutbox.sng nk msj kat blog ni.papepun jmpt la link ke blog kamek..
May 4, 2009 at 11:18 PM
ShiM@_SMiLeY :: a pious man respects a lady and keeps his desires in control.. thx
aD :: yeah..inspirasi dr syima jge.. thx
Amr :: yeah :) thx
MUKHLISIN AMINI :: yaeh, baek tokey ikan..acp, ak bela ikan, tp cpt je mati..mkn byk sgt pn bole mati ke.. :p thx