Pertamanya, berkaitan dengan tajuk entry ni, penulis sendiri pun tak tahu maksud asal nye. Tak tahu kenapa, perkataan ini amat digemari. Minta kepada Sayap Janna'im dan Syima tolong definisikan perkaataan ni okeyh. Trimas!! Isi blog kali ini berlegar-legar di dalam kotak fikiran apabila pensyarah yang di tunggu-tunggu untuk bagi Kullyah tidak hadir. Ditambah pula jadual tutor yang laaaambat siap. Biasalah, semester baru, semangat baru. Mari selusuri Dunia Realiti Akademik.
Perlu difahami bahawa setiap individu mempunyai gaya tersendiri dalam merencana kehidupan peribadi mahupun kerjaya. Kalau diperhati dalam dunia akademik khasnya, di kalangan para pensyarah sendiri. Isu memfokuskan kepakaran tidak sangat diberi perhatian melainkan sasaran mengejar pangkat. Kalau sekarang boleh melihat ulama’ di Timur Tengah seperti Yusof Qaradhawi, Wahbah Zuhaili, Mustafa Zarqa dan sebagainya, namun berapa sangat ustaz di Malaysia yang ingin mengikuti jejak langkah mereka. Dalam bidang perundangan, nama Ahmad Ibrahim amat terkenal tetapi perintis generasi seterusnya bagaikan tiada.
Perhatikan sikap kebanyakan pensyarah universiti, secara kasarnya bersikap individualistik, tidak mesra alam, kurang mengambil berat hal-hal di luar apatah lagi ingin bergaul rapat dengan pelajar. Cuba risik tengok suasana di Institut Pengajian Tinggi. Bahkan pada suatu ketika dulu di Institut Pengajian Tinggi, pernah berlaku gejala rasuah seks oleh pelajar semata-mata ingin mendapat A dalam subjek. Lebih malang lagi pensyarah yang umpama usia atuk menyambut baik 'pelawaan' itu.
Ada sesetengah individu menganggap dunia akademik hanya untuk mengajar dan makan gaji. Bahkan nature kerjanya agak menarik kerana tidak terikat dengan office hours. Sebab itu boleh tengok nota yang diajarnya tidak pernah dikemaskinikan sekalipun sudah terpakai sejak 10 tahun lepas. Apatah lagi jika nak diubahsuai kandungan silibus sebab disangkanya segala topik yang sedia ada sudah memadai. Sedangkan dalam sesetengah jurusan, khasnya law perlu sentiasa update kerana pindaan legal provisions and procedures kerap berlaku. Apabila pelajar bergraduan dan mencari kerja, timbul masalah kesukaran untuk adaptasi segala teori pembelajaran sebab silibus yang diajar sudah expired dengan realiti kehendak industri.
Pada pandangan penulis, terdapat dua jawatan utama yang perlu dikawal dalam konteks sekarang untuk kita menegakkan Islam. Pertamanya, pensyarah. Golongan ini jika bersungguh-sungguh, mereka mampu membentuk gaya pemikiran kepada para pelajarnya yang akan bertebaran di muka bumi dengan pelbagai peranan dan jawatan. Sama ada pelajarnya bakal doktor, usahawan, businessmen, bankers, kontraktor, pegawai kastam, setiausaha politik, ejen insurans, pengusaha butik, tentera dan apa jua jawatan dan kerjaya. Jika fikrahnya Islamic insha-Allah gerak kerja, operasi dan matlamat organisasinya juga Islamic.
Kedua jawatan hakim. Jika diperhati, kini betapa banyak kes murtad, rasuah, salah guna kuasa, rampasan kuasa dan lain-lain yang amat berhajat kepada keputusan yang membela kedudukan Islam. Walaupun para peguamnya boleh mempertikaikan dengan pelbagai hujah, kuasa membuat keputusan tetap berada di tangan hakim. Kita sedia maklum dengan konsep stare decisis yang diamalkan di Malaysia apabila hakim bertindak dalam res judicata. Even obiter dictum hakim pun sudah agak berpengaruh.
Konklusinya, di mana perlu bermula... jawapannya bermula dengan diri kita. Kita perlu 'set target' bagaimana untuk menjalani kehidupan peribadi sehingga perkara yang melibatkan masa depan Islam.