Khamis, 30hb April 2009
selepas sahaja tamat kullyah kitab Hakikat Hikam di Masjid Biru, perjalanan ke Pantai Timur dimulakan bersama sahabat, Farid, dengan berbekalkan camera 1.3 megapix je, W380i, kembara diteruskan dengan menaiki SUV X5, ditemani saluran pilihan utama, slot mata pena yang menemu bual Pn. Fatimah Syarha mengenai novel terbaru beliau, Tautan hati. Nama itu telah sinonim dengan karyanya terdahulu, Syabab Musafir Kaseh. Terdetik di hati ini, barangkali perjalanan kali ini mirip-mirip perjuangn Syabab, watak dalam novel beliau. Perjalanan lancar.. Alhamdulillah.
dalam jam 4.30 petang, sampai ke destinasi. Kembara kali ini bertujuan untuk mengadakan forum, bual bicara Hal Ehwal Islam di Kampung Batu Balai, Pahang.
tajuk:
" Mencari Jalan Pulang"
ahli panel:
Ustz Ahmad Dasuki Abd Rani
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ustz Kamal Ashaari
" Mencari Jalan Pulang"
ahli panel:
Ustz Ahmad Dasuki Abd Rani
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ustz Kamal Ashaari
setibanya di lokasi, kerja-kerja menyiapkan stage giat dijalankan, untuk pengetahuan, Forum ini tidak lah sehebat forum atau program-program bual bicara yang ditayangkan di tv. Niat mulia seorang anak muda yang inginkan perubahan, pulang ke desa tercinta menabur bakti. Forum diadakan bagi mengumpul dana untuk menaiktaraf Masjid Kampung Batu Balai yang semakin hari semakin ramai pengunjungnya. Alhamdulillah
persiapan utk malam forum giat dijalankan..
masjid dlm proses pembinaan..
kubah and X5..making the best of both worlds
muslimin dan muslimat yang dirahmati..
siapnya satu medan dakwah..
Alhamdulillah.. forum berjalan lancar hingga ke penghujungnya..
masjid dlm proses pembinaan..
kubah and X5..making the best of both worlds
muslimin dan muslimat yang dirahmati..
siapnya satu medan dakwah..
Alhamdulillah.. forum berjalan lancar hingga ke penghujungnya..
Pelbagai ujian hadir sebelum bermulanya forum, tiada elektrik, hujan lebat, tapi Allah itu maha Pemurah. Antara intipati forum yang dapat dicoretkan, sedar atau tidak sedar, masyrakat kampung-kampung masih lagi terdedah dengan amalan-amalan jahiliah. Judi, minum arak, melakukan perbuatan syirik, telah menjadi sebati dengan kehidupan seharian mereka. Tajuk "Mencari Jalan Pulang" atau dalam erti kata lain, bertaubat.. sememangnya teramat-amat sesuai untuk membuka mata masyrakat kerna hidayah itu milik Allah.
Firman Allah Taala bermaksud:
Firman Allah Taala bermaksud:
Wahai orang-orang beriman bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha (yang semurni-murninya). (Surah at-Tahrim: ayat 8).
diakhir forum, diadakan majlis penyampaian sumbangan kepada Masjid. Jangan terkejut jika diberitahu antara penyumbang dalam pembinaan masjid tersebut ialah Mr. Balasubramaniam.
semoga hidayah Allah akan hadir kesenap hati beliau.
May 5, 2009 at 11:14 AM
Tima kasih ya atas komen saudara=) Sangatlah kawe bersetuju..serta sangatlah kawe gembira kerana baru sahaja memperoleh seorang sahabat lagi untuk kita kongsi-kongsikan pndapat.. Makanya wajiblah untuk kita menguburkan terus ideologi sekular dan kapitalis ini dari corak hidup dan gaya pemerintahan di Malaysia.. Dan caranya haruslah tepat serta lurus pada jalan yang dianjur oleh Rasul Junjungan.. inilah apa yang dipanggil sbagai manhanj nabawiyyah..
May 5, 2009 at 6:12 PM
terima kasih..
'dia asyima'
May 5, 2009 at 10:50 PM
sapa punya x5?murah rezeki dia
May 5, 2009 at 10:52 PM
test
May 5, 2009 at 10:53 PM
dah tengok dah..sapa punya x5?murah betoi rezeki dia
May 5, 2009 at 11:18 PM
muhammad mu'adz :: npe berminat ngn x5.. hehe :)
October 23, 2009 at 9:10 AM
salam ziarah kembali...
ye, title blog sama pulak dgn entri ni...
sy suka ayat 'mencari jalan pulang' ..masa baca buku travelog dakwah