Tahap pertama isu penggunaan kalimah Allah lega apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata:

“Pewartaan itu dibuat oleh saya. Oleh itu saya akan membatalkan pewartaan tersebut”.

Mengenai tindakan seterusnya, beliau berkata, kementerian akan membetulkan kesilapan tersebut dan seterusnya menunggu keputusan mahkamah.

Tahap kedua ialah memastikan Majlis Agama Islam berjaya menjadi pihak mencelah di dalam perbicaran ini. Pihak Gereja Katholik cuba sedayanya menghalang Majlis Agama Islam menjadi pihak. Ini kerana, jika Majlis Agama Islam berjaya menjadi pihak yang mencelah, maka pandangan dan hujjah mereka boleh di dengar di dalam perbicaraan ini. Sebutan kes semakan kehakiman (undang-undang) terhadap larangan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly dibuat di hadapan Hakim Lau Bee Lan.

Bolehkah kita mengharapkan Hakim Lau Bee Lan membela Islam? Saya tidak tahu jawapan itu. Yang pasti, siapa pun kita, kita kena pertahankan isu penggunaan kalimah Allah ini.



Baca juga:
-Perang Kastila
-Isu Kalimah Allah: Satu Penilaian