Occupational English,
17 Feb, 9 a.m.
Nizam Al- Qada’ Al- Islami,
20 Feb, 2.30 p.m.
(Selamat Berangkat)
Al-Lughah Al-Arabiah,
25 Feb, 2.30 p.m.
Fiqh Al-Mirath,
03 Mar, 2.30 p.m
Islamic Law of Criminal Administration
05 Mar, 2.30 p.m
Sebagai seorang pelajar yang lumrahnya, setiap proses pembelajaran akan diakhiri dengan peperiksaan. Terkenang pesanan Ustaz Lutfi, Pensyarah Jab. Tahfiz wa Al-Qiraat, pelajar harus ingat akan matlamat sebenar menuntut ilmu dan siapa yang menyampaikan ilmu, dan perkara yang paling penting soal keberkatan. Beliau menegur amalan dan tradisi mohon maaf hanya berlegar-legar sekitar musim peperiksaan. Budaya restu ilmu seakan-akan tidak wujud lagi. Menjadi kesedaran pelajar sendiri akan kepentingan keberkatan sesuatu ilmu, kerana ilmu itu Nuur (Cahaya). Tambah beliau lagi, lihat semasa peperiksaan nanti kita semakin jauh atau hampir dengan Allah.
Kita diharuskan untuk menghormati atau mencontohi mana-mana individu yang dirasakan baik kerana ilmu dan maklumat yang telah disampaikan. Hal ini dipraktikkan sendiri oleh Imam Abu Hanifah yang meminta tukang gunting berhenti seketika kerana beliau ingin memberi hormat kepada seorang Yahudi. Tindakan Imam Abu Hanifah mencurigakan si tukang gunting dan bertanya kepada beliau. "Kenapa tuan hamba memberi hormat kepadanya sedangkan dia seorang Yahudi?" Jawab Abu Hanifah "Sebab dia telah mengajar aku satu ilmu berkenaan anjing. Jika dilihat anjing yang kencing sambil mengangkat sebelah kakinya, itu adalah anjing yang matang dan begitulah sebaliknya." Di sini beliau tidak memilih kepada sesiapa untuk dihormati sekalipun insan tersebut berbangsa Yahudi dan bukan memiliki PhD.
"Semoga Berjaya Diucapkan Kepada Teman-Teman Seperjuangan"
Aku Ingin Terbang Lebih Jauh..
Depa kechik-kechik dah terbang jauh.. huhu
February 16, 2010 at 2:53 PM
salam ziarah. :) selamat berjuang, :)
February 18, 2010 at 1:43 AM
all d best
February 19, 2010 at 11:57 AM
terima kesih Daffodil D and Qist :)