Secerah Pawana

Seindah sedamai pantai melambai gemalai
Begitulah hati merindu kasih yang padu
Bagaikan pepasir basah disimbah lautan
Begitulah perjuangan ini
biar basah dengan iman dan ukhwah

Kita ingin segalanya indah
Sebersih pasir pantai memutih
Seindah dan secerah pawana
Berseri ukhwah dipupuk kasih

Kita ingin segala terlerai
Dengki dan dendam kesumat musnah
Biar keikhlasan berbicara
Di dada hati luas saujana

Album : Nasyid Nostalgia The Zikr (klik sini)
Munsyid : Nazrey Johani



Dia bukan Milikku


Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam, kerna diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya, kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..


Kerna diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu, menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu..


Kerna diammu bukti kesetiaanmu padanya, karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu..


Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali ? Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan, tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah..


Kerna dalam diammu tersimpan kekuatan, kekuatan harapan, hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata. Bukankah Allah tidak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?


Dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam..


Jika dia memang bukan milikmu, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat..


Biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu..

Kata Luhur Pak Samad

Sastera dan seni rupa mengizinkan kita berhenti sejenak menyelami gelora api diri dan membuat refleksi agar lebih berpaksi dengan yang batin, lebih dari yang zahir.

Cahaya atas cahaya, demikian ungkapan Al-Ghazali yang mungkin boleh kita hayati bersama.







Hasnul J Saidon

Fenomena DSLR






Pedoman


لن تنال العلم إلا بستة سأنبيك عن تفصيلها ببيان...
ذكاء وحرص واجتهــــاد وبلغة وصحبة استاذ وطول زمان.


Tidak akan tercapai ilmu kecuali dengan enam perkara: aku akan terangkan kepadamu..
Cerdik, bersungguh-sungguh, rajin, cukup keperluan, bersahabat dengan guru dan panjang masanya..

-Imam As Syafie


Kawanku Cikgu

Suasana dalam bilik darjah sebuah sekolah rendah di utara..
Suatu ketika dulu..


Cikgu : Murid-murid, ini apa murid-murid?
Murid² : Geeelaaaas cikgu..
Cikgu : Murid-murid semua nampak tak gelas niii?
Murid² : Nampaaaak cikgu..
Cikgu : Bagus ye murid-murid sume.. tersenyum lebar (:

sejurus selepas itu, si cikgu yang pintar ini menyembunyikan gelas dibelakang badannye, dan bertanya lagi kepada murid-muridnya yang mungkin lebih pintar darinya..

Cikgu : Murid-murid, nampak tak gelas tadi..?
Murid² : Tak nampaaaaak cikgu !!!
Cikgu : Bagus ye murid-murid semua, jadi hari ini cikgu nak ajar kamu semua bahawa sesuatu yang tak nampak itu tidak ada ye murid-murid..
Murid² : Baiiiik cikgu...

lalu, bangun dan berdiri seorang anak kecil yang sangat berani dan kental jiwanya, dan bertanyakan beberapa soalan kepada rakan-rakan kelasnya..

Murid Berani: Kawan-kawan, cikgu ad otak taaak ??
Kawan²: Adaaaaa...
Murid Berani: Hmm, kawan-kawan nampak tak otak cikgu ??
Kawan²: Tak nampaaaak !!
Murid Berani: Kawan-kawan, cikgu ada otak taaak ??
Kawan²: Tak adaaaa !!

Merah padam muka cikgu tersebut, dan dikisahkan kerana dendam cikgu tersebut terhadap murid pintar ini, sampai ke sudah pengajian di peringkat sekolah rendah murid tersebut digagalkan dalam subjek matematik.

Jelas dalam kisah diatas, si cikgu cuba untuk menyemai benih-benih athism sejak awal peringkat kanak-kanak lagi. Dimana, sesuatu yang tidak nampak, itu tidak ada.

Kisah diatas ditujukan khas buat kawan aku yang baru sahaja diterima sebagai cikgu matematik di S.K St. Thomas, Sarawak. Mengajar di sebuah sekolah kristian tidaklah dianggap pelik dan menggerunkan bagi seorang muslim, bahkan ambillah ia sebagai satu peluang keemasan untuk menonjolkan kemurnian Islam yang mana hadirnya Islam bukan sebagai agama semata2, tetapi sebagai cara hidup untuk sekalian ummat manusia. Kekuatan iman dan aqidah yang kukuh merupakan aset penting dalam menepis segala pancaroba, terutama dari aspek aqidah.

Ohh, terkini tentang murid pintar tersebut ialah Pegawai Perubatan di Hospital Kangar, Perlis. Murid yang dimaksudkan ialah Dr. Jamnul Azhar Mulkan. Lama tak dengar suara ustaz dalam slot Suara Mimbar.

Sabagai renungan,

Daripada Abu Said Al Hadari r.a berkata: Bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk kelubang biawak pun, kamu akan mengikut mereka". Sahabat bertanya, ya rasulullah !, apakah yahudi dan nasrani yang kamu maksudkan?. Nabi s.a.w menjawab,"siapa lagi kalau bukan mereka".



Selamat Mendidik Anak Bangsa !!


Copyright © muhammad syafiq
Designed by Templates Next | Converted into Blogger Templates by Theme Craft