Suasana dalam bilik darjah sebuah sekolah rendah di utara..
Suatu ketika dulu..


Cikgu : Murid-murid, ini apa murid-murid?
Murid² : Geeelaaaas cikgu..
Cikgu : Murid-murid semua nampak tak gelas niii?
Murid² : Nampaaaak cikgu..
Cikgu : Bagus ye murid-murid sume.. tersenyum lebar (:

sejurus selepas itu, si cikgu yang pintar ini menyembunyikan gelas dibelakang badannye, dan bertanya lagi kepada murid-muridnya yang mungkin lebih pintar darinya..

Cikgu : Murid-murid, nampak tak gelas tadi..?
Murid² : Tak nampaaaaak cikgu !!!
Cikgu : Bagus ye murid-murid semua, jadi hari ini cikgu nak ajar kamu semua bahawa sesuatu yang tak nampak itu tidak ada ye murid-murid..
Murid² : Baiiiik cikgu...

lalu, bangun dan berdiri seorang anak kecil yang sangat berani dan kental jiwanya, dan bertanyakan beberapa soalan kepada rakan-rakan kelasnya..

Murid Berani: Kawan-kawan, cikgu ad otak taaak ??
Kawan²: Adaaaaa...
Murid Berani: Hmm, kawan-kawan nampak tak otak cikgu ??
Kawan²: Tak nampaaaak !!
Murid Berani: Kawan-kawan, cikgu ada otak taaak ??
Kawan²: Tak adaaaa !!

Merah padam muka cikgu tersebut, dan dikisahkan kerana dendam cikgu tersebut terhadap murid pintar ini, sampai ke sudah pengajian di peringkat sekolah rendah murid tersebut digagalkan dalam subjek matematik.

Jelas dalam kisah diatas, si cikgu cuba untuk menyemai benih-benih athism sejak awal peringkat kanak-kanak lagi. Dimana, sesuatu yang tidak nampak, itu tidak ada.

Kisah diatas ditujukan khas buat kawan aku yang baru sahaja diterima sebagai cikgu matematik di S.K St. Thomas, Sarawak. Mengajar di sebuah sekolah kristian tidaklah dianggap pelik dan menggerunkan bagi seorang muslim, bahkan ambillah ia sebagai satu peluang keemasan untuk menonjolkan kemurnian Islam yang mana hadirnya Islam bukan sebagai agama semata2, tetapi sebagai cara hidup untuk sekalian ummat manusia. Kekuatan iman dan aqidah yang kukuh merupakan aset penting dalam menepis segala pancaroba, terutama dari aspek aqidah.

Ohh, terkini tentang murid pintar tersebut ialah Pegawai Perubatan di Hospital Kangar, Perlis. Murid yang dimaksudkan ialah Dr. Jamnul Azhar Mulkan. Lama tak dengar suara ustaz dalam slot Suara Mimbar.

Sabagai renungan,

Daripada Abu Said Al Hadari r.a berkata: Bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk kelubang biawak pun, kamu akan mengikut mereka". Sahabat bertanya, ya rasulullah !, apakah yahudi dan nasrani yang kamu maksudkan?. Nabi s.a.w menjawab,"siapa lagi kalau bukan mereka".



Selamat Mendidik Anak Bangsa !!