Syukur kehadrat illahi dengan limpah kurnianya, program ini berjalan lancar.
Setakat perbincangan hari ini, Alhamdulillah.. Hasilnya;
1. PENDAHULUAN
1.0 Mahasiswa Malaysia di Jordan dianggarkan berjumlah lebih kurang 1800 orang mengikuti pelbagai kursus seperti Perubatan, Bahasa Arab dan Syariah. Mahasiswa Syariah pula terbahagi kepada beberapa kategori yang mana hanya mahasiswa Fiqh wa Usuluhu sahaja yang layak diiktiraf sebagai orang berkelayakan untuk diterima masuk sebagai Peguam Syarie.
1.1 Rata-rata peluang pelajar Fiqh wa Usuluhu ini agak rendah untuk beramal sebagai Peguam Syarie kerana mereka tidak didedahkan dari awal tentang sistem perundangan negara berbanding dengan mahasiswa syariah lulusan university tempatan.
1.2 Natijah daripada ini ramai mahasiswa lepasan Jordan memilih profesion lain setelah tamat ijazah seperti guru JQAF, bekerja sendiri dan lain-lain lagi.
1.3 Memandangkan mahasiswa Jordan adalah dari kalangan yang terpilih adalah menjadi suatu pembaziran dari sudut guna tenaga jika mahasiswa ini tidak dialirkan ke jurusan yang bersesuaian dengan latarbelakang pendidikan mereka.
2. PROGRAM
2.1 Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada mahasiswa Fiqh wa Usuluhu dari Jordan untuk beramal sebagai Peguam Syarie di Malaysia.
2.2 Kerjasama dengan bakal bakal majikan akan dibuat bagi memastikan mahasiswa-mahasiswa ini akan diserap ke dalam sektor perundangan Syariah oleh majikan-majikan dan mereka dilengkapi dengan kelayakan serta ilmu-ilmu perundangan Syariah di Malaysia.
2.3 Mahasiswa dan majikan akan bekerjasama menegakkan serta memartabatkan perundangan Syariah dari masa ke semasa.
2.4 Calon tidak akan dibayar sebarang elaun semasa calon menyempurnakan ijazah pertama.
2.5 Calon akan dibayar elaun semasa mula bekerja sebagai pelatih dalam kamar oleh majikan mengikut persetujuan bersama.
2.6 Calon akan dibayar gaji yang ditetapkan oleh majikan setelah calon diterima masuk sebagai Peguam Syarie dan mengendalikan kes kes Syariah.
2.7 Calon perlu mematuhi peraturan semasa firma majikan.
3. PARTISIPASI FIRMA GUAMAN
3.1 Setakat ini beberapa firma guaman telahpun menyatakan secara lisan persetujuan untuk menyertai program ini. Dijangkakan beberapa firma lain juga akan menyertai program ini selepas ini. Firma-Firma tersebut ialah:
a) Tetuan Azra & Associates, Kelana Jaya
b) Tetuan Nai Ramli & Co, Wangsa Maju
c) Tetuan Hazirah & Co, Kuala Lumpur
d) Tetuan Radzuan Ibrahim & Co, Ampang
e) Tetuan Ram Reza & Co, Kuala Lumpur
f) Tetuan Amli & Co, Kuala Lumpur
g) Tetuan Muhamad & Co, Taman Desa
h) Tetuan Mohd Isa & Associates, Kajang
i) Tetuan Razak Muhidin & Associates, Bangi
j) Tetuan Zainul Rijal Talha & Amir, Subang Jaya
4. CARTA ALIRAN
1. MAHASISWA MENGISI BORANG PERMOHONAN
2. MAJIKAN MENGISI BORANG PENYERTAAN DAN MENYATAKAN CIRI-CIRI CALON YANG DIKEHENDAKI
3. SESI PENYESUAIAN DAN SENARAIPENDEK DILAKUKAN
4. CALON YANG DISENARAIPENDEK DITEMUDUGA
5. PEMAKLUMAN KEPUTUSAN TEMUDUGA OLEH MAJIKAN
6. CALON DAN MAJIKAN MENANDATANGANI PERJANJIAN
7. CALON MENYEMPURNAKAN PENGAJIAN DI JORDAN DAN PULANG KE MALAYSIA
8. CALON MENDAFTAR DIRI DENGAN MAJIKAN.
9. CALON MENDAFTAR DIRI PENGAJIAN DIPLOMA LANJUTAN SYARIAH DAN AMALAN.
10. MAJIKAN MENANGGUNG ATAU MEMBERI PENDAHULUAN AL QARDU AL HASSAN KEPADA CALON FI (yuran) PENGAJIAN.
11. CALON MENAMATKAN PENGAJIAN DIPLOMA LANJUTAN.
12. CALON MEMOHON DAN DITERIMA MASUK SEBAGAI PEGUAM SYARIE.
13. CALON BEKERJA UNTUK TEMPOH TERTENTU SEBAGAI PEGUAM SYARIE DI FIRMA MAJIKAN.
5. SYARAT-SYARAT
5.1 Mahasiswa di Universiti yang diiktiraf yang sedang dalam pengajian Fiqh wa Usuluhu atau kursus lain yang layak diterima masuk sebagai Peguam Syarie
5.2 Tidak terikat dengan bon pekerjaan dengan mana-mana agensi setelah tamat pengajian.
5.3 Berminat menjadi Peguam Syarie.
5.4 Berkemahiran berbahasa Melayu dan Arab.
5.5 Berkemahiran membaca kitab-kitab thurath dan muasarah.
5.6 Mempunyai kemahiran yang tinggi di dalam Jurisprudens (perundangan) Islam, Ahwal al Syahksiah, Usul Murafaah dan cabang-cabang perundangan Islam lain seperti Muamalat dan Jinayat.
Alhamdulillah, semalam (12 Rabiul Awwal 1432H) dalam mesyuarat peringkat Biro Akademik, secara rasminya saya telah mengusulkan untuk mengadakan satu taklimat khas berhubung Prog. PGD. Insha Allah akan berlangsung dalam Karnival Ilmu Mu'tah (KARIM) yang dahulunya dikenali sebagai FISCO. 18-26 Mac 11' (tertakluk kpd pindaan smsa). Dalam taklimat tersebut borang penyertaan akan diedarkan dan bolehlah teman2 mendapat penerangan terperinci tentang prorgam tersebut.
Semoga usaha ini mendapat redha Illahi dan diberkati.
February 9, 2011 at 11:50 PM
salam.. saya nak tahu hasal perbincangan dari mana yer :) sekadar hendak tahu :) bagus sngt en3 ini utk generasi masa depan :)
February 9, 2011 at 11:59 PM
wslm, perbicangan dgn pengamal undang2 dari Malaysia.
ustz ket tak nk join ke prog ni.. hehe..
February 10, 2011 at 3:34 AM
wah.. bagus sangt.. saya mntk share yer.. mcm berminat.. heee.. :)
February 10, 2011 at 4:02 AM
camne nak isi borang?
February 10, 2011 at 12:15 PM
sangat2 dialu2kan utk share dan sebar luaskan ustz ket, kami memerlukn blogger hebat mcm nta utk tujuan publisiti kerna rmai yg tidak tahu akan peluang keemasan ini, tambahan pula ustz ket, bilangan peguam syarie laki sangat2 la sedikit..
anony; insha Allah akan ada 1 taklimat ringkas ataupun penerangan khas dlm FISCO yg akan berlangsung sekitar bulan 3 ini.
terima kasih :)
February 12, 2011 at 4:55 AM
taklimat ringkas tu akn berlangsung di mana?dan siapa yg akan mngendalikan taklimt tu..syukran
February 12, 2011 at 6:53 AM
insha Allah, utk mantiqah Mu'tah, taklimat telah diusulkan utk dimasukkn ke dalam tentatif program KARIM yg dahulunya dikenali sbg FISCO, sekitar 18-26 Mac 2011..
insha Allah saya yang akan bentangkan pengenalan program ni..
February 12, 2011 at 3:39 PM
okeyylaw mntiqah lain??
February 12, 2011 at 11:12 PM
Amin..
February 13, 2011 at 3:20 AM
anda matiqah mana?
Irbid- Iz'aan Azalan
emial/ym: (zack_mtid@yahoo.com)
Mafraq- Khairy Jaafar
email/ym: (qairy_mujahid@yahoo.com)
Terima kasih Siti Bum2..
February 14, 2011 at 3:35 AM
9ooo.kire kne contct wkil mntqah ea???pastu tklimt oleh siapa?
February 14, 2011 at 11:31 PM
ya..
taklimat juga oleh wakil mantiqah..