13hb-24hb Mac merupakan fatrah imtihan bagi kami disini. Sedia maklum bukan, setiap subjek mempunyai 3 fasa, pertama, kedua dan akhir. Contoh jika, ambil 6 subject, kiranya 18 kali lah masuk dewan peperiksaan.

Sekadar perkongsian, dalam perbicangan kumpulan (study group) untuk subject Fiqh Qodo' (Disiplin ilmu Kehakiman), dalam membincangkan isi kandungan Risalah Ibn Umar kepada Abu Musa 'Ashaari, terselit satu soalan yang agak menarik yang ditimbulkan oleh Faiz Tanzizi:

"Bagaimana untuk seorang hakim menghukum kes lafaz talaq bagi suami yang acapkali melafazkan talaq, 1, 2, .. 10.. dan pada masa yang sama masih meniduri si isteri pada malam hari...?"


Makanya aku rujuk kepada ahlinya.. dan ini respon beliau,

Ada beberapa perkara yang perlu dilihat pada fakta kes:


1. Lafaz talaq itu satu talaq setiap kali atau banyak talaq dan dibuat sekali,

atau banyak talaq dibuat banyak kali.


2. Tidur bersama tu setelah lafaz rujuk atau tidak?


3. Kesaksian.


Jika lafaz itu satu talaq dan banyak kali dilakukan maka mungkin jatuh tiga talaq jika diithbatkan kesemua talaq. Jika dibuat lafaz seperti aku talaqkan engkau sebanyak bintang di langit, maka jatuh satu talaq sahaja. Jika banyak talaq dan banyak kali mungkin jatuh 3.


Tidur bersama tanpa rujuk disifatkan rujuk bagi mazhab selain Shafie. Mazhab Shafie memerlukan rujuk dibuat dalam perkataan. Tapi jika Bain Kubra tidak boleh rujuk melainkan dengan cina buta (muhallal).


Kesaksian. Saksi bukanlah bayyinah yang paling baik. Iqrar adalah keterangan yang paling baik. Sekiranya suami mengaku maka iqrar tersebut boleh thabit. Dalam kes rumahtangga memang sukar hendak mencari saksi kerana pergolakan rumah tangga biasanya adalah perkara domestik, dalam bilik tidur biasanya.


Jadi jika suami mengaku iqrarnya boleh diterima, sekiranya suami tak mengaku bolehlah menggunakan Al Yamin (sumpah). Beban pembuktian adalah pada pendakwa (isteri yang mendakwa suami telah diceraikan berkali kali) tetapi bagi orang yang didakwa adalah Al Yamin. Rujuk bab Al Yamin ni, panjang perinciannya dan banyak kaedahnya. Terdapat Al Yamin Mutammimah, Yamin Mardudah, Nukul anil Yamin, Yamin Hashimah dan banyak lagi yang boleh menthabitkan talaq itu.


Sekiranya suami tidak gentar bersumpah dengan nama Allah dan bersumpah menafikan perkara tersebut maka tunggulah laknat daripada Allah. Si isteri akan mendapat keadilan di akhirat kelak dan mungkin di dunia juga.


Satu kes di pertengahan 90-an. Si suami mendakwa si isteri berzina dengan lelaki lain di sebuah pondok di belakang rumah mereka dan menceraikan isteri tersebut. Isteri menafikan dakwaan suami itu dan memaklumkan bahawa tiada pondok pun belakang rumah itu. Perintah dimohon agar si suami bersumpah syarie dan mahkamah membenarkan, si suami dengan bangganya bersumpah dengan nama Allah bahawa isterinya itu berzina dengan lelaki lain di belakang rumah mereka dalam pondok. Mahkamah tetapkan tarikh lain untuk keputusan. Sejurus selepas itu bila pulang dari mahkamah semasa menuruni cerun jalan mahkamah , si suami yang menaiki kereta terus dirempuh oleh sebuh lori dan meninggal di tempat kejadian.


Itulah laknak Allah jika mempermainkan sumpah dengan menggunakan namaNYA.