Ini adalah senaskah kesedihan yang aku kirimkan melalui jiwaku yang dipenuhi dukacita kepada sebuah jiwa yang lain.

Sesungguhnya kau telah berhasil menghancurkan belengguku dan meraih kemerdekaan. Sudah bertahun aku mengikat tali cintaku tanpa makna.

Sudah bertahun malamku berlalu dengan mengagumi Maha Pencinta di dalam persembunyianku yang ditemani oleh keangkuhan dunia.

Kau juga adalah penyembuh bagi semua yang salah pada diriku. Namun saat ini kau juga adalah penyakitku.

Kau seperti mahkota yang dibuat untukku, tetapi menghiasi insan lain. Kau adalah syurga, aku yakini itu.

Namun aku tidak menemukan kunci untuk membuka gerbangnya. Kau ibarat seperti seorang pencuri yang sedang bergembira atas apa yang dicurinya.

Kau mencuri segala jiwa dan cinta yang ada. Jalan cinta sejati hanya dapat ditempuhi oleh mereka yang siap untuk melupakan diri mereka demi cinta, kesetiaan harus dibayar dengan darah dari jantung kita.

Dan ketenangan jiwa kita jikalau tidak, cinta kita tidak beerti apa-apa. Maka biarkanlah cinta kita menjadi pelindung rahsia-rahsia kita.

Biarkan kesengsaraan yang dibawa oleh cinta membelah jiwa.

Marilah kita berjalan menuju kepadaNya mengadap dan bersujud memalingkan wajah kepadaNya.

Memberikan segala jiwa kepadaNya dengan membawa cinta sejati yang tidak akan pernah mati

Kerana cinta buatnyaNya akan kekal abadi.


-- Semoga berjaya buat kontinjen PALAPES UM sempena Istiadat Pentauliahan Di Raja PALAPES IPTA ke-30 di UTHM. 09/07