Filem Fetih 1453, dari sudut videografi, ia sungguh dramatik
dan mampu menembusi pasaran komersial. Ia mampu menempah nama seperti Troy.
Krew produksi dan lakonan sangat berwibawa.
Namun, jika anda ingin secara serius mengambil filem ini
sebagai bahan bantu kefahama berkenaan pembukaan Kota Konstantinopel, sila buat
ulangaan tonton, bagi memahami beberapa kekurangannya.
Ada sedikit misleading berkenaan hadis Pembukaan
Konstantinopel; "Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah
sebaik-baik tentera - Riwayat Ahmad"
Kehebatan yang dimaksudkan, adalah kehebatan Iman. Bukanlah
semata-mata ketenteraan Erdine (Sultan Mehmet).
Kalaupun nak kata Erdine miliki kekuatan tentera yang hebat,
ia tetap tidak dipamerkan dengan baik.
1) Kehebatan Erdine mengalahkan Mora dan menundukkan Orhan,
adalah sebuah pencapaian kecil di mata musuh, yang tidak menandingi kehebatan
pemerintah sebelumnya.
2) Dalam filem, Meriam Basilica diceritakan bukanlah dari
ciptaan Turki, tetapi hasil seorang jurutera Kristian Orthodox dari
Konstantinopel. Ini bermakna tentera Erdine kuat dan berkeyakinan setelah
berjaya menyeludup teknologi tersebut.
3) Tentera Erdine gagal menembusi mana-mana bahagian kukuh
kubu, melainkan di Golden Horn yang menjadi titik lemah kubu (yang dimaklumi kedua2
pihak). Meriam Basilica hanya dapat meruntuhkan dinding yang paling lemah. Ia
juga merupakan last resort dalam perangkaan Sultan Mehmet.
Maka, secara deduksi, Konstantinopel masih lagi memiliki
kubu terbaik ketika itu. Sekalipun, Erdine berjaya menembusi Konstaninopel, ia
bukanlah penembusan yang membanggakan dari sudut kehebatan ketenteraan.
Berkenaan jika hadis itu dirujuk sebagai kehebatan IMAN,
filem ini juga gagal mempamerkan ia sebagai kekuatan, melainkan sedikit laungan
Allahuakbar dan satu shot solat.
Sila rujuk beberapa kesilapan berkenaan IMAN
1) Hasan sebagai salah seorang warlord untuk front terakhir,
diceritakan selalu berdua-dua dengan Era. Hasan juga telah berzina dengan Era.
Era mengandungkan anak Hasan.
2) Budaya mewah Isteri Sultan Mehmet, yang dipamerkan tiada
bezanya dengan mana-mana Emperor lain, sehingga boleh menaikkan martabat Sultan
Mehmet sebagai yang terbaik dari sudut IMAN.
3) Tidak digambarkan dengan bagus obsesi Sultan Mehmet ingin
menawan Konstantinopel itu dikaitkan dengan Iman. Ia hanya disebut ringkas di
awal filem, tanpa penegasan di mana-mana bahagian war campaign, melainkan di
akhirnya ketika White Sheikh datang. Jika Sultan Mehmet dikira istimewa
berbanding dengan sultan-sultan lain, seharusnya dengan penuh galak ia
diceritakan.
Berbeza dengan filem legendari Lion Of The Desert, ia
disusun kemas dengan pendetailan keistimewaan Omar Mokhtar yang menjadikan
beliau sebagai tokoh Islam secara khusus dan tokoh perjuangan dunia umumnya.
Maka, saya secara peribadi, mengambil filem ini sebagai
sebuah filem aksi dan epik, yang diLATARkan secara langsung kepada sejarah
Islam, namun bersifat fiksyen.
Ia bukanlah filem sejarah yang mendukung nota-nota sejarah
menurut kaca mata muslim.
Tahniah sekali lagi untuk kejayaan Fetih 1453, ia sebuah
filem hebat yang berjaya menandingi Hollywood.
Sekian.
Cairo.
January 4, 2021 at 7:18 PM
Single ke? Ciannn.... contact i okay. Love u.
017-4502767
LinkedIn:
https://my.linkedin.com/in/mohamad-zuhairi-c-a-m-4a5744107
FB : https://www.facebook.com/mohamadzuhairi.mohamadzuhairi
Insta :
https://instagram.com/zuhairizani
Twitter :
https://twitter.com/zuhairizani