Salah seorang ulama yang sezaman dengan Imam Ahmad pernah ditanya orang;
"Jika seseorang sudah dapat menghafal seratus ribu hadith, dapatkah ia dikatakan sebagai faqih...?
"Tidak...!", jawabnya.
"Dua ratus ribu hadith..?"
"Tidak..!.. katanya.
"Tiga ratus ribu hadith..?" "Tidak..! Jawabnya.
"Empat ratus ribu hadith..? "Juga tidak..!,
tetapi begini (iaitu lima ratus ribu) katanya sambil mengisyaratkan dengan sebelah telapak tangannya.
mungkin begini agaknya 500 000 ribu hadith ??
Tatkala melihat gambar yang kawan aku bagi ni, teringat akan kisah diatas. Seorang imam ditanya, apakah keperluan atau kelayakan seseorang untuk mengeluarkan fatwa atau memberi pandangan tentang sesuatu perkara terutamanya berkaitan dengan hukum syarak. Dapatlah difahami, kefaqihan dan kepakaran yang diperlukan amat-amatlah tinggi, iaitu menghafal 500 000 ribu hadith. Setengah pendapat mentafsirkan kisah diatas, keperluan seseorang untuk mengeluarkan fatwa adalah kefahaman yang mendalam akan sesuatu ilmu atau perkara.
Tujuan entry ini ditulis untuk sama-sama kita koreksi diri. Apa khabar Hadith 4o kita?
Tujuan entry ini ditulis untuk sama-sama kita koreksi diri. Apa khabar Hadith 4o kita?
0 Comments for "Perpustakaan Bergerak"
Post a Comment