Usai solat sunat pengantin baru bersama-sama, aku menyelaminya. Bergetar hebat seluruh jiwa saat pertama kali dahiku dikucup suami. Indahnya! Pastinya takkan kunikmati getaran seindah ini andai telah terbiasa bersentuhan sebelum bernikah lagi. Indahnya syariat Tuhan mengatur kehidupan.
"SubahanAllah! Masya-Allah! Ini amanah Abang!” Ungkap suamiku memberi reaksi yang membiaskan sikap sangat bertanggungjawabnya terhadap amanah yang kini digalas, sekaligus mengingatkanku kepada pesanan Rasulullah SAW kepada kaum suami dalam haji Baginda yang terakhir bermaksud:
“Bertakwalah kalian kepada Allah dalam mengurus dua orang yang lemah, wanita dan khadam”
(Riwayat al-Baihaqi)
Perkataan ‘amanah’ yang diungkapkan membuatkan aku berasa selamat dalam perlindungannya.
Berada dihadapannya, insan asing yang kini bernama suami, aku berasa malu dan amat janggal sekali. Segala gerak-geri yang perlu kulakukan semuanya terasa kekok dan serba tak kena. Nak membuka tudung kepala pun jadi teragak-agak namun kukuatkan hati untuk tampil secantiknya. Mungkin menyedari kegusaran diri ini dia menghemburkan hatiku dengan panggilan ‘Sayang’ dan kata-kata manis.
“SubahanAllah, cantik isteri Abang, Abang Cuma harapakan yang beragama. Tak sangka Allah beri kedua-duanya, cantik dan beragama.”
Memang isteri mudah terhibur dengan pujian suami. Aku bersyukur dia menerimaku seadanya. Lantaran malu, aku berlalu ke dapur untuk membancuh segelas susu, Dicampuri madu. Kubawakan minuman itu kepadanya sedang perasaan maluku masih tetap menebal juga.
“Abang, jemput minum. Err, sebelum tu, Sayang ad permintaan,” ujarku yang agak kekok mewakilkan diri dengan ganti nama diri yang baru ini.
“Apa dia Sayang?”
“Boleh Sayang tutup lampu? Minum dalam gelap lebih romantis,” pintaku. Suamiku tesenyum dan mengizinkan. Sangkaannya, aku akan menutup lampu utama dan membuka lampu tidur, namun tak begitu. Kami minum dalam suasana gelap-gelita. Lampu tidur pun tidak kubuka. Tahulah suamiku aku masih sangat malu. Bijak dia membaca bicara hatiku. Dia mencurahkan kasih-sayangnya agar kemesraan dan keserasian pantas tercipta. Aku benar-benar jadi jatuh cinta.
Dating Cinta
Hari kedua bermula ceria. Aku terasa bagaikan sudah lama mengenalinya walaupun perasaan malu masih bersisa. Banyak cerita yang ingin dikongsi bersama. Maklumlah, sebelum khawin tak pernah saling berbicara. Berkatnya sangat terasa. Bila sudah berkahwin, banyak perkara yang ingin diceritakan untuk dikongsi bersama. Saling mengenali hati budi setiap kali bertukar tutur bicara. Agaknya, seandai aku sudah biasa berbual-bual dengannya sebelum berkahwin lagi, sudah tentu aku tak dapat merasai nikmat sebegini, berbual-bual mesra dengan si dia yang halal untuk kucintai.
Ibu bapaku membawa kami berkunjung ke rumah sanak saudara bagi memperkenalkan ‘orang baru’ dalam keluarga. Kami kemudiannya singgah di sebuah pantai peranginan yang dilatari pemandangan indah ciptaan yang Maha Pencipta. Indahnya menikmati ‘dating’ cinta di sana. Mm, kalaulah sudah biasa dating sebelum khawin, pasti tiada perasaan luar biasa yang sebegini rupa. Begini berkatnya jika batasan syariat sama-sama dijaga, besar sekali peranannya dalam membuahkan cinta dalam rumah tangga.
*dipetik dari novel Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul, karya Fatimah Syarha, m/s 26, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.
May 9, 2009 at 2:26 PM
indahnya jika waktu kejahilan dpt diputar semula..
May 9, 2009 at 3:41 PM
ShiM@_SMiLeY :: selepas tawbat, tiada istilah jahil, malah suci dr dosa.. org2 yg bertawbat merupakan kekasih Allah.
May 13, 2009 at 10:55 AM
salam ,
alhamdulillah, ana telah diberi Allah kesempatan utk mengkhatamkan buku ni.
banyak sgt manfaat yg diperoleh.
bagi yg belum memiliki buku tersebut,
cubalah utk memiliki,
tak kan terasa rugi, insyAllah
(:
May 15, 2009 at 8:20 PM
salam ziarah.
cantik blog ;)
May 15, 2009 at 8:22 PM
eh mcm mne nak buat yg bile org pg blog, ade kotak yg ckp '...Bacalah dengan nama allah...' something like that laa...
mcm mne ea ?
May 18, 2009 at 1:00 AM
May 18, 2009 at 1:01 AM
Alamak segannya..
+_+
haha..
June 15, 2009 at 4:51 PM
bgs buku nie..
sy dah bca..
bykkn membaca buku2 islami, mg peroleh manfaatnya. insyaAllah..
August 20, 2009 at 8:37 AM
salam...
alhamdulilah ana pun dah bace buku nie...alhamdulilah banyak benda yang ana belajar dari buku tu...
insyaAllah...
tautan hati?
dah bace..?
alhamdulilah sangat banyak ilmu di dalamnya...