Salam 2 all,


mode: Facebooking-wall Daurah 'ARABIAH 2010


melihat kepada topik diskusi di atas, tanpa berfikr panjang, terus aku lontarkan kata-kata yang seringkali aku dengar dan;

khilaf antara umatku rahmat

selitkan kata-kata bekas pensyarah aku dulu;

Jangan mudah berasa takjub dengan sesuatu hujah kerana di sana mgkn ada hujahan lain yang lebih mantap dan mengambil kira faktor pelbagai. Tambahan pula ulasan hujah tersebut tidak semestinya tepat dan betul sepanjang masa, bahkan ianya seolah-olah mempunyai jangka hayat selama mana tempoh relevansinya.

selang beberapa minit, Sheikh Muhammad Fakhrullah rakan sekursus Bahasa Arab aku menambah;

kepada muhammad syafiq : Al bani menghukumkan hadis di atas daif dan beliau telah meletakkan hadis itu di dalam kitab beliau iaitu Silisilah al-Ahadits adh-Dha'ifah wal maudhu'ah..

selang beberapa detik, Uwais Al-qarni menambah;

ada syarahnya shiekh, rujuk dulu.ayah ana pnah cter dulu ~ mint mayb ingat lg .. cter cket mint..

Sheikh berusaha mencari syarah hadith ini. Setelah beberapa hari (ok!! tipu!) beberapa jam, petikan dari kitab Silisilah al-Ahadits adh-Dha'ifah wal maudhu'ah diutarakan;

al bani megatakan : hadis ini tidak ada sumbernya. para pakar hadis telah berusaha mendapatkan sumbernya dengan teliti dan menesuluri sanadnya, tetapi tidak jumpa. As subuki mengatakan . "hadis tersebut tidak dikenal di kalangan para pakar hadi...s dan saya pun tidak menjumpai sanadnya yang shahih, dhai'f, ataupun maudhu'. pernyataan ini ditegaskan dan disepakati oleh Sheikh Zakaria al Anshari dalam mengomentari tafsir al Baidhawi. Di situ dia mengatakan , Dari segi maknanya terasa sangat aneh dan menyalahi apa yang diketahui para ulama' peneliti.. Ibnu Hazem dalam kitab al Ahkaam fi Ushulil Ahkam menyatakan, Ini bukan hadis. Barangkali ini termasuk dengan ucapoan yang paling merosak dan membawa bencana. bila perselisihan dan pertentangan itu merupakan rahmat, pastilah kesepakatan dan kerukunan itu merupakan kutukan. ini tidak mungkin akan diucapkan apalagi diyakini oleh kaum muslim yang berfikir tenang dan teliti. masalahnya , hanya dua alternatif yakni bersepakat atau berselisih yang bererti pula rahmat atau kutukan.

Urghhh !! Masih tidak berpuas hati. Segera kekusutan dilanjutkan kepada yang lebih ariff, Muhammad Yasir, pelajar Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Qasim Riau, Indonesia yang membawa kepada blog Dari Anjung Al Atrak. Penulis merupakan pelajar Tahun 3 Usuluddin, Jurusan Tafsir, Universiti Al Azhar As Syarif. FELLOW MANHAL Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Dalam tulisannya, jelas memperincikan bicara berkenaan hadith Khilaf antara umatku rahmat (baca disini)


Tidak kusangkan, lontaran kata-kata yang aku anggap hanya sekadar mengisi ruang komen, mempunyai rankaian huraian yang amat luas. Sungguh diri ini kerdil dalam menimba ilmu mu ya Allah.

Akhir kalam, sabagai renungan bersama;

“Kalau sekiranya air di lautan dijadikan tinta untuk
menuliskan kalimah-kalimah Allah, nescaya akan
kering seluruh lautan sebelum habis kalimahkalimah
Allah itu dituliskan sekalipun di tambah lagi
tinta sebagai air seluruh lautan itu pula.”

Surah al-Kahfi : ayat 109