PUSAT KONVENSYEN KUIS | SABTU | 7 OGOS 2010
Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar. Perarakan masuk graduan diiringi dengan Selawat dendangan Maher Zain. Pastinya semua graduan berasa teruja sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam dewan yang serba indah dengan dipenuhi tetamu khasnya ibu bapa, kerna hanya ibu bapa sahaja yang dibenarkan masuk.
Ada kisah disebalik Hari Konvokesyen aku sebenarnya. Pada mulanya, aku telah tetapkan dalam hati, mungkin hari yang bersejarah bagi semua pelajar ini, bukan milik aku kerna ada ura-ura yang mengatakan Kem Biro Tata Negara (BTN) akan diadakan pada 5hb-9hb Ogos. Alhamdulillah, entah macam mana, Allah itu Maha Bijaksana, Kem BTN ditangguhkan. Mungkin semasa Ramadhan atau selepas kembalinya aku ke tanah air nanti. Apa-apa pun aku syukur dan pasrah.
Konvo! Ada apa dengan konvo? Bagi aku, ia hanya-lah moment-moment indah untuk bergambar bersama teman-teman, ahli keluarga, dan kekasih halal mungkin. Agak terkilan juga, tidak dapat bergambar bersama teman-teman kerna sejurus diumumkan perarakan keluar, semuanya bertaburan dan ada yang pulang awal. Huh..
Gambar? Aku tidak punyai kamera mahal dan skill hebat. Justeru, aku lampirkan foto-foto yang mungkin boleh menjadi simbolik kepada hari bahagia, Hari Graduasi.
crdt to Chottouch Street Tour
crdt to Chottouch Street Tour
Secara lazimnya, Hari Graduasi sinonim kepada kejayaan seseorang pelajar menamatkan kursusnya dengan cemerlang tidak kira apa-apa bidang pun. Jauh dari sudut itu, mari-lah bersama-sama kita koreksi diri dengan melihat kembali apa yang dimaksudakan dengan kejayaan.
Kejayaan yang hakiki boleh-lah ditakrifkan sebagai, sejauh manakah segulung diploma, ijazah sarjana muda, ataupun ijazah sarjana itu boleh diterjemahkan kepada sesuatu eset, contoh yang paling dekat tidak lain dan tidak bukan wang, duit, fulus. Segulung ijazah yang dijadikan tiket untuk memasuki pasaran kerja dan memperoleh hasilnya. Jika kita sampai ke tahap itu, baru-lah boleh dikatakan seorang yang berjaya.
Namun begitu, memetik kata-kata dari ucapan Rektor KUIS, Prof. Dato' Dr. Aziuddin Ahmad, Misi utama KUIS adalah untuk melahirkan graduan yang berjaya dari segi akademiknya, akhlaknya, dan adabnya. Bagi aku sendiri, kejayaan yang sebenar adalah, sejauh manakah sekeping ijazah itu boleh dijanakan kembali sebagai asset bernilai dalam memperbaiki dan menyumbang sesuatu kepada Ummah.

Teruskan jihad yang mulia ini,
Moga menjadi pemangkin kepada generasi ummah sejagat
dan menjadi insan soleh yang sentiasa diteladani.
Ilmu penyuluh hidup.
Pemangkin tradisi ilmu.
0 Comments for "Istiadat Konvokesyen KUIS Kali ke 13"
Post a Comment