Isnin, 24 Januari 2011,
10.35 pagi,
Kota Irbid.

Sekitar Jordan telah aku jelajahi, cuti semester tinggal 2 minggu lagi . Baki cuti dihabiskan dengan menziarahi kawan-kawan sekursus bahasa dahulu di mantiqah-mantiqah (daerah) lain. Hari ini Irbid, esok lusa Mafraq.

Seakan-akan menjadi life-style disini tidur lepas subuh (hari cuti je kot). Huh! Aku pun tidak terkecuali, tapi pagi ni rasa macam tak nak tidur pula. Mungkin sudah terlalu banyak tidur. Haih.

Bukak laptop. Blog-walking. Tengok sisi kanan, teman yang update post baru. Yes! Ada post baru dari Tuan Zainul Rijal.

Label; Aku di dada Akhbar - Bersalam dengan bukan mahram - Malaysiakini 23 Jan 11'

Baca. Timbul persoalan, adakah Malaysia sebuah negara Islam?

Kalau orang tanya apa nak jawab. Apa hujjah? Apa dalil? dari sudut Perlembagaan Persekutuan pula bagaimana?

Terus aku layarkan e-mail kepada pensyarah subjek Perlembagaan Persekutuan aku dulu. Ini antara sikap aku yang hodoh. Bertanya tanpa membuat sebarang persiapan dari aspek pembacaan, analisis, kajian, dan fikir. Ini respon beliau;

Assalamualaikum wrt. wbt. Syafiq...

Dalam mencari ilmu ini kena banyak berfikir dan mengkaji. Ana tak menafikan kesungguhan, keikhlasan, komitmen yang jitu telah enta tonjolkan. Cuma memandangkan enta dah ada asas dan sedikit latar belakang ilmu syariat dan perundangan, adalah lebih wajar sekiranya enta mencari sendiri dulu berbanding terus bertanya. Logically speaking, because you are not illiterate. Berbeza sekiranya terbukti bahawa enta benar-benar seorang yang buta huruf. Pada ketika itu tersangat munasabah untuk enta asyik bertanya kerana ketidakmampuan enta untuk mencari sendiri khazanah ilmu.

Bunyinya agak menyindir, tapi natijahnya enta akan sukar untuk mengembangkan sesuatu ilmu kerana inisiatif mencari secara bersendiri (independent) amat terhad dipraktikkan oleh enta sendiri. Logically, sebelum ni orang biasa pakai disket, namun disebabkan peredaran zaman dan kecanggihan teknologi, pen-drive mula mengambil alih. Dengan tidak menafikan jasa disket, cuma berikutan fungsi pen-drive yang lebih flexible, disket terpaksa akur bahawa zamannya sudah berlalu.


Nasib yang sama akan menimpa kepada pen-drive apabila sedikit masa nanti akan terhasil peralatan baru yang lebih praktikal penggunaannya. Begitu juga dengan pandangan ana, mungkin relevan dan sesuai pada suatu ketika. Cuma apabila berubahnya suasana dan keadaan, mungkin pendapat ana tu hanya layak dibakul sampahkan. That's why you need to consistently sustain yourself with reading and research.


Cuma berkenaan soalan enta, ada satu artikel lama yang pernah ana tulis suatu ketika dulu semasa berkhidmat di KUIS. Semoga bermanfaat.

Sekian, wassalam.

___________________


Aku dapat jangkakan sebahagian dari isi responnya yang berbaur teguran pedas memandangkan sikap aku yang asyik bertanya sejak zaman menulis latihan ilmiah lagi. Tapi dalam keghairahan mencari jawapan untuk persoalan diatas, terselit satu nilai kemanusiaan yang tinggi harganya yang perlu aku teladani. Begitulah orang yang berilmu. Sungguh aku kagum dan terpesona dengan anologi disket dan pen-drive itu.


Artikel Malaysia Negara Islam: Antara Teori dan Realiti setebal 30 muka surat boleh diperolehi dengan menghubungi e-mail;


dnijad@gmail.com


Kita lihat berapa kerat yang berminat.