Mencari Azam Baru 2011?
Apa? Kenapa? Boleh ke? Tak cukup dgn Hijrah 1432H?
Kenapa tidak kita berazam untk memulakan kehidupan yang berdisiplin di setiap awal hari?
1-Bangun awal sebelum subuh.
Anda akan mendapati bahawa :
- Hati kecil akan merasai ketenangan dengan tenang & damainya alam sekeliling.
- Betapa diri kita akan memiliki kekuatan dek dekatnya hubungan dengan pemilik kehidupan.
- Memiliki kekuatan diri bagi menyusun kehidupan yang berdisiplin.
2-Kejutkan ahli keluarga atau rakan serumah anda agar berbuat demikian.
3-Subuh di masjid (lelaki) & di awal waktu (perempuan).
4-Selepas subuh:
- Biasakan dengan al quran, doa & dzikir. Kita akan miliki kekuatan luar biasa untuk hari tersebut.
- Membaca di kala ini adalah masa yang paling tajam buat otak anda menggarap bahan-bahan pengajian anda.
- Berfikir & bermuhasabah untuk merancang tugasan harian anda.
- Elakkan untuk tidur selepas subuh kerana ianya bukanlah amalan yang sihat.
Kalau telah dilaksanakan alhamdulillah, anda boleh pergi jauh dengan izinNya. Kalau belum,
Selamat Berusaha & Selamat Berjaya !
Ehsan; Zainur Rashid Zainuddin
January 3, 2011 at 5:47 PM
salam tahun baru :)
January 4, 2011 at 5:19 AM
salam tahun baru juga..
terima kasih sudi mencemar duli wahai ShakirShafiee.. hihi ::