Eid Mubarak 1433H


Happy Eid to everyone! Next year in a free Palestine, from the river to the sea!

Fiqh Al-Tufūlah

Kongsi cerita Kak Ha, Lihatlah...

Macam-macam cara orang dewasa melayan kanak-kanak, future leaders, di masjid.

Terutamanya sempena Ramadhan ini.

Pilu melihat anak kecil dijerkah oleh orang yang 'sedang' solat. Sehabis solat ibu si kecil itu pula dimarahi.

"Budak tu pakai 'pampers'. Bawa najis. Kalau sentuh, boleh batal wuduk."

Fiqah siapakah ini? Bukankah ia jelas sangat berat?

Membuak-buak rasa ingin melihat sendiri bagaimana cucu perempuan Nabi bernama Umamah, berada di atas kepala Nabi tatkala Nabi mengimamkan solat jemaah.

Sedih mendengar cerita suami. Ada anak lelaki yang masih kecil disebat oleh ayahnya sampai menggelupur di lantai kerana masuk ke saf dewasa. Kehadirannya dianggap boleh memutuskan saf.

Sukarnya fiqah sebegini...

Kata suami, inilah juga layanan orang dewasa kepadanya ketika kecil dulu. Tatkala dia ingin solat di tepi ayahnya, kerana budak-budak di belakang suka ajak bermain, pak-cik pak-cik di sebelah ayahnya akan 'halau'..

"Kalau tak sunat lagi, duduk belakang."

Indahnya fiqh yang mudah lagi memudahkan.

Nikmatilah fikrah pertengahan ini dalam hukum-hakam berkaitan kanak-kanak.

Link (click): Hukum Berkaitan Kanak-kanak.


Kenang-Kenangan Hidup

"Cinta adalah perdamaian dan benci adalah permakluman perang. Dan perang adalah maut, dan perang adalah neraka."

"Cinta ialah airtirta kehidupan. Benci adalah racun yang membawa maut."

"Kata orang, cinta adalah perangai yang utama. Kataku, cinta adalah kemestian."

"Cinta lebih diperlukan daripada nasi dan air. Lebih perlu daripada cahaya dan udara."

"Cinta tidak perlu diangkat-angkat kerana ia sudah tinggi dengan sendirinya."

"Kerana cinta, kita tidak perlu meminta upah. Sebab cinta sendiri sudahlah upah."

"Bercinta tidak meminta perhitungan. Sebab cinta tidak menghitung, selain dari dirinya sendiri."

"Cinta tidak berhutang dan tidak berpiutang. Cinta tidak dapat dibeli dan tidak dapat dijual."

"Kalau ia (cinta) memberi ia memberikan segala-galanya. Kalau ia mengambil, ia mengambil kesemuanya."

"Ia (cinta) selalu cukup seperti mana adanya, tidak pernah lebih dan tidak pula kurang. Begitu dahulu, begitu kini dan begitu untuk selama-lamanya"

"Cinta mencari dan mendorong, bukan menunggu dan menyerah."

"Cinta menghimpunkan dan benci memecahkan."

"Cinta bukan buta. Cinta mempunyai suatu penglihatan yang dapat menembus segala hijab."

"Langsungkanlah cinta itu kepada Zat. Adapun Zat yang hakiki, Zat yang mutlak, ialah Zat Allah. Itulah wujud yang sempurna, yang tidak berbelah lagi"

"Janganlah cinta diletakkan pada SIFAT, sebab sifat boleh berubah, kerana perubahan tempat dan zaman."

" ... cinta yang sejati itulah Allah. Sebab Allah cinta akan dirinya."



HAMKA, Kenang-Kenangan Hidup, m/s 224-230 via FSR.
 

Copyright © muhammad syafiq
Designed by Templates Next | Converted into Blogger Templates by Theme Craft