Kongsi cerita Kak Ha, Lihatlah...
Macam-macam cara orang dewasa melayan kanak-kanak, future leaders, di masjid.
Terutamanya sempena Ramadhan ini.
Pilu melihat anak kecil dijerkah oleh orang yang 'sedang' solat. Sehabis solat ibu si kecil itu pula dimarahi.
"Budak tu pakai 'pampers'. Bawa najis. Kalau sentuh, boleh batal wuduk."
Fiqah siapakah ini? Bukankah ia jelas sangat berat?
Membuak-buak rasa ingin melihat sendiri bagaimana cucu perempuan Nabi
bernama Umamah, berada di atas kepala Nabi tatkala Nabi mengimamkan
solat jemaah.
Sedih mendengar cerita suami. Ada anak lelaki yang masih kecil disebat
oleh ayahnya sampai menggelupur di lantai kerana masuk ke saf dewasa.
Kehadirannya dianggap boleh memutuskan saf.
Sukarnya fiqah sebegini...
"Kalau tak sunat lagi, duduk belakang."
Indahnya fiqh yang mudah lagi memudahkan.
Nikmatilah fikrah pertengahan ini dalam hukum-hakam berkaitan kanak-kanak.
Link (click): Hukum Berkaitan Kanak-kanak.
0 Comments for "Fiqh Al-Tufūlah"
Post a Comment