Terima Kaseh


Yang Terindah, 2011

Buah Tangan dari BKASJ






24hb Dec 2011, ada 3 program.

- Majlis Ramah Mesra Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan (BKASJ), tujuan pergi nak jumpa teman2 anak Selangor dari mantiqah lain, tengok muka2 baru pimpinan, dan paling utama mendengar kalam2 hikmah dari pensyarah KUIS dahulu, Ustaz Farid Ravi Abdullah. Lazimnya, program sebegini dihadiri adik2 tahun 1, tapi suka pergi jugak, dapat secebis semangat untuk melangkah hari esok dengan lebih kuat!

- Into the Crowd, Malacca Student Society of Jordan, (MSSJ). Tujuan pergi semata2 nak makan masak asam pedas, bukan ahli rasmi dan bukan juga ahli bersekutu (punyalah muka tak malu). Dapat serba sedikit ilmu nahu berkaitan Mesir yang apabila di 'Irab; Mim-Mushkilah, Shod- Sobar, dan Rho- Redha. Ada pegawai HEP anak Melaka di Mesir hadir untuk mendengar masalah dan aduan anak Melaka di Jordan. Tapi yang paling penting belajar erti Syukur!

- Tamat program, berusaha pulang cepat nak hadir Makan Malam Amal, (Mu'tah Charity Dinner), entah macam mana, pak cik bawa bus tu boleh je selamba rock letak kami di City Mall hingga jam 8 malam dan pastinya dengan yakin tanpa sebarang syak wa sangka tak dapat hadir program di Mu'tah. Tak dapat tengok Short Film!

- 31hb ni, mula peperiksaan akhir bagi semester kali ini dengan subjek Sohihain (hadith dari Arbaeen Nawawiyyah). Mohon didoakan! Jzkk.

- 1hb Jan 2012. Selamat berangkat kepada yang akan pulang ke Malaysia. Semoga selamat sampai. Gembirakan hati kedua ibubapa ya!


:)

1001 Motivasi Subuh di Masjid

Dibawah ini dihimpunkan 1001 (w'pun tak cukup 1000) dalil, nas, hujjah, berbentuk hadith yang menawarkan ganjaran, hadith yang hadir dengan ancaman, kata-kata motivasi, dan yang seumpama dengannya agar yang membaca dan yang menulis diberi kekuatan untuk Solat Subuh di masjid secara berjemaah.

Malu rasanya, sebagai pelajar Pengajian Islam, Subuhnya dikala matahari terbit. Lagi bertambah malu besar apabila Masjid hanya berada depan rumah.

Bertitik tolak dari hadith ini, perlu analisa kembali dimana kita:

“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi mereka yang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh, kalaulah mereka tahu kelebihan kedua-duanya nescaya mereka akan datang melaksanakannya meskipun dalam keadaan merangkak”

(HR Bukhari dan Muslim)

Berkata seorang Yahudi, Moshe Dayan;

“Jangan bermimpi untuk Islam menang selagi bilangan mereka yang solat subuh berjemaah di masjid tidak seramai mereka yang datang untuk solat jumaat..”

Walaupun Moshe Dayan seorang Yahudi, kata-katanya menunjukkan seolah-olah dia faham syarat datangnya pertolongan Allah dan sunnah kebangkitan. Jika kita tidak solat Subuh berjemaah, seperti kita melambatkan kebangkitan Islam. Selagi umat tak mengamalkan Islam sepenuhnya, selagi itu pertolongan Allah takkan datang. Jangan menyesal jika Allah menolak dan menggantikan kita dengan kaum yang lebih baik untuk membangkitkan Islam.

Seterunya;

Dari ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anha dari nabi sallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Dua rakaat solat sunat fajar lebih baik daripada dunia dan isinya”

(HR Muslim)

Jika solat sunat pun dah begitu besar ganjarannya, bagaimana pula dengan Subuh yang wajib?


Mungkin kita boleh renung-renugkan & reflect tahap keimanan kita. Susunan di bawah mungkin boleh reflect iman kita.

Number 1 yang paling lemah, dan number 8 yang paling kuat.

Mungkin betul mungkin tidak, tiada apa-apa hadis tentang tahap iman yang dikaitkan dengan subuh. Tetapi secara amnya, bolehlah diguna-pakai untuk merefleksi diri;

1. Tidak solat subuh
2. Solat subuh ‘gajah’
3. Solat subuh di rumah
4. Solat subuh di rumah berjemaah
5. Solat subuh berjemaah di Masjid
6. Solat subuh berjemaah di Masjid tepat pada waktunya (dapat takbir pertama)
7. Solat subuh berjemaah di Masjid & tiba awal (sempat solat sunat qabla)
8. Solat subuh berjemaah di Masjid, tiba awal dalam keadaan segar (tanda bersedia & mungkin qiamullail sebelum ke masjid).

Lihatlah & fikirkanlah senarai diatas. Bertapa besarnya perbezaan antara number 1 dan number 8 di atas. Maka tarbiyyahlah diri kita supaya sentiasa perbaiki diri dari number 1 naik ke number 2 lalu istiqamah. Kemudian tingkatkan lagi dari number 2 ke 3 pula, lalu istiqamah.

Kemudian tingkatkan lagi.

Dari Umarah bin Ruwainah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka seseorang yang mengerjakan solat sebelum terbit dan sebelum terbenamnya matahari - iaitu solat subuh dan solat asar"

(HR Muslim)

“Sesiapa bersuci di rumahnya, kemudian berjalan menuju ke salah sebuah rumah Allah swt bagi melaksanakan salah satu kefardhuan yang ditetapkan oleh Allah swt, maka salah satu daripada dua langkahnya akan menggugurkan kesalahan yang dilakukannya dan langkahnya yang satu lagi akan meninggikan darjatnya."

(HR Muslim)

Solat berjemaah lebih utama dari solat sendirian sebanyak 25 kali ganda. Malaikat penjaga malam dan siang berkumpul pada solat subuh”

(HR Bukhari)

Nabi Muhammad SAW bersabda : Ya Allah! Berkatilah ummatku diwaktu paginya.

(HR Ahmad)

Antara yang menghalang kita dari bangun Solat Subuh berjemaah (dan menghalang kita mendapat syurga ialah:

Maksiat: Ia adalah halangan paling besar dan paling memusnahkan. Kerana Allah swt hanya memilih di kalangan para hambaNya yang sentiasa memelihara sembahyang subuhnya. Bagaimana mungkin Allah memilih orang yang berbuat maksiat terhadapNya sepanjang siang.

Abu Sulaiman al-Darani berkata:

“Tidak terlepas seseorang daripada sesuatu sembahyang jamaah melainkan kerana satu dosa yang telah dilakukannya.”

“Barangsiapa yang solat subuh maka dia berada dalam jaminan Allah”

(Riwayat Imam Muslim Dalam Kitab Sahihnya)

Imam Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim meletakkan hadis ini dalam bab ‘kelebihan Solat Subuh dan Isyak secara berjemaah. Beliau menulis dalam Syarah Sahih Muslim mengatakan jaminan di sini adalah berupa keamanan dan keselamatan. Walau dalam hadis ini tidak dinyatakan berjemaah, namun inilah pendapat ulama hadis. Mereka mengambil kira amalan yang paling sempurna, yang dilakukan pada zaman Nabi, yang paling berketepatan dan dikehendaki oleh Nabi saw, iaitu Subuh secara berjemaah. Siapakah yang lebih layak untuk menjamin keamanan kita selain daripada Allah? Ganjaran ini diberi kerana solat subuh merupakan perkara yang amat berat, lebih-lebih lagi secara berjemaah. Ini memerlukan keikhlasan hati, semata-mata mengharapkan redha dan balasan Allah di pagi hari, dikala manusia lain nyenyak dilamun mimpi.

Teringat kisah sahabat nabi, ketika azan berkumandang di bumi, dihentikan kerjanya walaupun hanya tinggal sebata lagi. Lalu ditanya oleh sahabatnya, kenapa tidak dihabiskan saja, masih sempat untuk kita jemaah bersama. Senyum jawabnya, aku bimbang andai aku siapkannya, aku telah membesarkan bata ini lebih dari Tuhanku!


Abu Hurairah stated that Muhammad had said;

"There are angels who take turns in visiting you by night and by day, and they all assemble at the dawn (Fajr) and the afternoon (`Asr) prayers. Those who have spent the night with you, ascend to the heaven and their Rabb (Lord), Who Knows better about them, Asks: 'In what condition did you leave My slaves?' They reply: 'We left them while they were performing Salat and we went to them while they were performing Salat.'

(From Al-Bukhari and Muslim)

Aku hairan terhadap manusia, bagaimanakah mereka mencintai baginda dengan penuh kecintaan kemudian mereka tidak meneliti kehidupannya untuk dijadikan ikutan dan tauladan sebagaimana yang dijelaskan oleh Tuhan mereka di dalam Al-Quran.

- Qabasat minarrasul

Mereka tahu solat di masjid itu sunnah arrasul dan aku lebih hairan, jika mereka tahu tetapi mereka tidak beramal.

Disertakan juga artikel2 berkaitan untuk tatapan:

- Solat Subuh Berjemaah,
- Subuh Penanda Kekuatan,
- Jangan tidur lepas Subuh.


Cukup sekadar itu dulu, untuk akhirnya mari kita renung petikan dari ayat 11, Surah Ar-R'ad;

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu yang mengubah nasib diri mereka sendiri ”

dan;

"Daripada Abu Amr berkata,

'Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku suatu perkataan tentang Islam, yang tidak mungkin aku tanyakan kepada siapa pun selain kepadamu.'

Rasulullah SAW bersabda, 'Katakan aku beriman kepada Allah', lalu istiqamahlah."

(HR. Muslim)

Darul Ifta',Darul Hadith & Fiqh Medic




Allahumma Faqihna Fi Deen Ya ALLAH

Analisa, Analisa dimana Kita

Majoriti pelajar Malaysia ke Jordan adalah SYARIAH. Tetapi majoriti 'ustaz terkenal' di Malaysia yang graduan Jordan adalah graduan BAHASA ARAB. Pelajar Bahasa Arab biasanya tiada masalah memahami subjek SYARIAH. Pelajar SYARIAH ramai yang susah nak faham subjek-subjek BAHASA ARAB. Pelajar SYARIAH yang cemerlang pula, biasanya ramai yang markah baik dalam subjek BAHASA ARAB mereka. Pelajar SYARIAH biasa-biasa, markah subjek BAHASA ARABnya sekadar cukup makan.

- Saya tidak rasa ia isu 'penguasaan bahasa' supaya fasih dan boleh belajar dengan lebih baik. Isu yang lebih besar ialah 'nature' subjek dan bidang tu sendiri. Dan ia mempengaruhi pattern berfikir pelajar berkenaan. Kalau subjek-subjek Bahasa Arab, nature subjek itu sangat 'saintifik'. Ia menampakkan pattern-pattern tertentu, sistematik, dan menyebabkan orang yang menguasai subjek-subjek Bahasa Arab seperti Nahu, Saraf, Balaghah, topik2 Fiqh Lughah dll, pemikiran mereka akan jadi sistematik. Tetapi yang belajar Syariah, nak tengok mereka berfikiran sistematik atau tidak, tengok subjek Usul Fiqh, Qawaid Fiqhiyyah, dan subjek-subjek bersifat teknikal. Termasuk Fiqh Mawarith.

- Kesannya ustaz graduan Bahasa Arab lebih dinamik. Syarahannya ada pattern, praktikal, logik dan akibatnya ialah syarahan dia diterima lalu dia jadi femes. Graduan syariah, kalau dia graduan biasa-biasa, ceramahnya general, tengok satu ayat quran tak nampak skeleton ayat tu, tak nampak pattern, jadi satu ayat kelihatan segedabak, dan dia huraikan pun nanti akhirnya jadi segedabak. Akibatnya, ceramah dia kurang praktikal, tidak sistematik, boleh jadi kurang logik, dan kurang penerimaan lalu mungkin susah nak 'femes'. Nak ambil course Bahasa dan Kesusasteraan Arab, pelajar kena 'cerdik'. Nak ambil course Syariah, pelajar sederhana pun boleh survive.

- Pengajian bahasa dan kesusasteraan Arab sebenarnya adalah pengajian saintifik. Latihannya adalah seperti latihan subjek sains. Manakala pengajian Syariah pula merupakan bidang yang konklusif. Kombinasi kedua-duanya adalah apa yang diperlukan. Mengaji Bahasa tanpa Syariah, menghasilkan orang seperti Taha Hussein. Mengaji Syariah tanpa latihan saintifik menghasilkan ustaz-ustaz yang tidak kritis lalu pengajarannya lebih berbentuk dogmatik.


-- AbuSaif

Episode Akhir

Sembang-sembang antara dua sahabat.


Sahabat A: "Aku dengar, perempuan yang kau sangat cintai itu tak balas cinta engkau."
Sahabat B: "Ya."
Sahabat A: "Tapi kenapa aku tengok engkau tidak bersedih pun?"
Sahabat B: "Buat apa aku nak bersedih? Aku hanya kehilangan orang yang tidak cintakan aku. Tetapi dia kehilangan orang yang benar-benar mencintai dirinya."

Terima Kasih Hilal!...

Sampai Bila

Semalam katanya mahu berubah..

Lantas bersiap "menjahit" kupiah..

Malang.. benang "kehabisan"

Dipenghujung jahitan "bunga"..

Keluhannya menghembus deru nafas kecewa..

Lalu.. janji semalam, hari ini ditangguh..

Hari ini katanya sekali lagi mahu berubah..

Lantas tergesa bangun seawal fajar..

Aduhhh.. sekali lagi.. air paipnya tiada..

Keluhannya sekali lagi menghembus deru nafas kecewa..

Lalu.. janji hari ini tertangguh lagi..

Berbisik hati.. esok masih ada..

Maka biarlah jiwa benar-benar tenang berubah..

Lantas merelakan lena rehat seketika..

Katanya cuma seketika..

Sesungguhnya Allah Maha Pengasih..

Dia yang mahu berubah "lena" selamanya..

Allah Maha Pengampun..


-- Coretan dinding Faizul Hilmi, anak muda yang berkelana di bumi Loughborough, London. LinkMula kenal di Air Port Jeddah, semasa transit 17 jam sebelum ke Amman, 26 Sept 2011.

Kenang Kenangan


13; 28

ISMA & Melayu

Salam alaik Ustaz. Nak tanya pendapat. Apa pendapat Ustaz tentang slogan 'Melayu Sepakat Islam Berdaulat' yang diketengahkan oleh sebuah NGO di Malaysia ni?

Saya tak faham apa yang nak ditanya?

Pendapat Ustaz tentang slogan ISMA tu. Ada org kata Nasionalisme dan dah tak boleh pakai sekarang ni. Ada yang kata Asabiyyah. Ada yang kata "Melayu je ke yang nak Islam". Ada yang kata orang bukan Melayu terasa. Ada yang kata Islam dulu baru Melayu.

Ya, ramai yang terkeliru antara batasan bangsa dan agama. Kekeliruan ini timbul ketika kumpulan Islam berdepan dengan kumpulan Nasionalis yang memerintah, ringkasnya, Islam tidak membatalkan bangsa, sebagaimana Islam tidak menghalang sesuatu bangsa membina dan memajukan bangsanya menganggap sesuatu pertubuhan itu salah kerana diasaskan atas nama dan kepentingan bangsa adalah tidak tepat.

Kekeliruan ini juga mungkin timbul bila ada orang menterjemah Nasionalis sebagai Assabiyyah. Sebenarnya Nasionalis sama dengan Qaumiyyah. Asabiyyah maknanya taksub, dan taksub tidak terjadi pada bangsa saja, ianya mungkin terjadi pada parti, kumpulan, persatuan, kabilah atau daerah dan lain-lain. Sebab itulah ada umat Islam yang taksub mazhab sehingga mengkafirkan mazhab lain, ada yang taksub pemimpin sehingga tidak sanggup mengakui kesilapan seseorang pemimpin.

Zaman Rasulullah SAW, baginda adalah pemimpin tertinggi, sementara pemimpin kaum dan kabilah tetap wujud dan tidak dibatalkan oleh baginda. Setelah nabi berpindah ke Madinah pun orang-orang Muhajirin yang berasal dari Mekah tetap mempunyai pemimpin sendiri. Saya kira persoalan itu tidak wajar, seorang Cina boleh tetap jadi Cina untuk masuk islam, maka seorang Melayu boleh tetap jadi Melayu untuk jadi orang Islam.

Dari sudut pentadbiran pula, orang Melayulah yang akan lebih perihatin dengan nasib Orang Melayu, dan di Malaysia orang Melayu yang dominan, jika mereka bersatu sudah tentu Islam jadi kuat sebab Orang Melayu di Malaysia adalah Muslim.

Namun demikian di Amerika mereka telah mencapai tahap kematangan yang lebih tinggi, kontrak sosial negara mereka telah disepakati dan diterima semua orang, sebab itu mereka sudah tidak kira bangsa apa yang memerintah, yang penting pemimpin itu menjaga kepentingan rakyat Amerika, kematangan ini mungkin juga akan wujud di Malaysia tetapi pada tanggapan saya bukan dalam masa terdekat, ini kerana bangsa-bangsa di Malaysia masih prejudis antara satu sama lain,

Apa komen Ustaz kalau orang kata slogan ni tak Syumul dan akan menyebabkan orang makin jauh dari pertubuhan mahupun dakwah? Dan adakah slogan tersebut tepat dengn konteks Nasionalisme yang difahami Al Banna?

Sejak bila pula slogan kena syumul? Disebabkan menafikan Orang Melayu dari bercakap atas bangsa mereka telah dicanang sekian lama, maka ada orang yang tetap menganggapnya salah, Al-Banna menentang perkauman yang berbentuk menzalimi bangsa lain dan berpecah belah, beliau tidak menentang perkauman yang berupa menguat dan membina sesuatu bangsa.

Saya lihat -wallahua'alam- parti yang bersifat kaum di negara ini masih terkawal kerana mereka dalam masa yang sama bekerjasama dengan parti-parti berlainan bangsa dibawah payung yang lebih besar. Dengan itu setiap parti yang berlandaskan kaum akan disokong oleh kaum masing-masing dan kemudiannya bersatu membentuk kerajaan, untuk itu kepentingan setiap bangsa akan ada pejuangnya.

Namun begitu model begini tidak bersifat mesti berterusan selamanya, PKR membawa model semua bangsa dalam satu parti, apa yg diperjuangkan ialah nilai-nilai bersama, sementara PAS suatu ketika duhulu menganggap model BN sebagai salah tetapi kini telah menerimanya, saya rasa perkembangan yang berlaku sebagai biasa tapi janganlah mana-mana pihak menganggap hanya mereka yg mewakili Islam.

Ustaz, adapula yangg berkata mereka yang membina bangsa untuk perjuangan Islam sama seperti UMNO dan usaha seperti itu tidak berkesan sehingga harini seperti yang diusahakan UMNO. Mereka samakan perjuangan bangsa seperti UMNO. Adakah benar ia tidak relevan lagi?

Soal tidak relevan tu boleh dibincang, tapi yang biasa didengar ialah 'bertentangan dengan Islam', 'membawa kekufuran' dan lain-lain. Ada orang yang menolak hujah kumpulan yang menyaingi mereka dengan menggunakan hukum agama, seperti kufur, haram dan sebagainya. Tabiat sebegini kalau kita dapat atasi lebih baik, soal relevan atau tak, soal strategi, kebanyakannya bukan berbentuk halal haram secara mutlak.

Ada kisah zaman Rasulullah yg menekankan pentingnya bangsa dalam Islam Ustaz?

Firman Allah:

يا أيها الناس إنا خلقناكم من ذكر وأنثى وجعلناكم شعوبا وقبائل لتعارفوا إن أكرمكم عند الله اتقاكم

Maksud:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).

[Al Hujurat : 13]

Kuwujudan kaum adalah fenomena alam yang dicipta oleh Allah

Hadis: Sebaik kamu ialah orang yang melindungi kaumnya selagi mana mereka tidak bersalah.

Riwayat Abu Daud, Tabarani, Baihaqi

Perkauman yang tidak kira kebenaran, hak dan keadilan adalah salah, pemikiran sebegini tidak ada di negara kita, Orang Melayu hanya mahu mengekalkan hak mereka sebagai pemilik negara, bahkan banyak kelebihan yang diberikan kepada kaum pendatang.

Untuk akhirnya, suka saya naqalkan kata-kata HAMKA,

“Tidak akan hilang Melayu di dunia. Melayu tetap, berseri, berpalun dan berpilin dalam jiwa kita, kita pupuk dalam Indonesia yang merdeka, kita pupuk dalam Malaysia yang merdeka!”

Diskusi bersama:

Ustaz Rosli Mokhtar,

Pensyarah Jabatan Syariah,

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Eid Adha 1432H


foto: Fadzil Haris


7/11/2011 - Tolong tolong kerja lapah daging sambil sembang-sembang, seorang senior menyindir penama qurban yang datang lewat, ni nanti kambing-kambing je la yang masuk syurga, penama tengok saja. Kami ketawa besar...

*berdasarkan hadith yang mana binatang qurban akan jadi tunggangan di mahsyar/titian sirot...

8/11/2011 - Hari ini, jamuan untuk seluruh pelajar Malaysia yang hidup di Pekan Mu'tah. Makan sambil sembang-sembang, satu das soalan diajukan, Eh! yang binatang qurban jadi tunggangan di akhirat tu nas sohih ke?


Itu namanya homework lepas cuti.

Kisahku... Cewah!

‘Syafiq, ana ingat kita kena buat pembaharuan sikit dalam sesi kita tahun ini, apa pendapat anta? Ahli-ahli kita pun nampak sudah semakin komitmen,’

cadangan itu Syafiq perolehi daripada Presidennya dua hari lepas. Dalam kepalanya masih berfikir-fikir tentang itu. Sungguh banyak perkara yang dicadangkan oleh tuan Presiden. Semuanya memerlukan kerja sepenuh masa oleh Syafiq. Komitmen dan tanggungjawab. Kali ini, kepercayaan diberi terus sepenuhnya kepada Syafiq. Lalu, maksudnya dia bakal berhadapan dengan segala kerja berat.

‘Esok mesyuarat Ahli Majlis Eksekutif, anta dah maklum ke Syafiq? 2 paper work program terdekat yang ana minta tu anta dah siapkan?’

semalam juga baru Syafiq teringat mengenai kertas kerja yang masih tertangguh. Program Seminar Motivasi dan kursus Usahawan Berjaya. Jangankan tajuknya, Laptop pun masih tidak dinyalakan semenjak semalam. Baru hari ini dia menjejakkan kaki ke rumah selepas semalaman membuat kerja luar kampus, menguruskan teknikal dan persiapan program terdekat. Turun ke bandar mencari keperluan asas program. Tugas luar kampus semalam selesai walaupun terpaksa menahan kehendak tidur. 2 jam sudah memadai baginya. Jarinya terus menaip. Menyudahkan kertas kerja yang masih berbaki 60 peratus siap walaupun jam sudah ke angka 3 pagi.

‘Syaf, esok kau free ke? Temankan aku ke pekan. Ingat nak pergi bayar bil dan cari kitab-kitab, aku tak mahir sangat nak berurusan’ rakan sekuliahnya menyapanya ketika usai kuliah petang itu. Baru saja Syafiq mahu ke Kantin tapi sudah disapa dahulu.

‘Emm! Maaflah Azmi, aku ada meeting pagi esok. Kalau petang bolehlah kot,’ Sungguh berat saja Syafiq mahu menolak pelawaan kawannya tadi. Menolak beerti mengguris hati seseorang. Itu bukan sahabat biasanya, tetapi boleh dianggap karib. Rakan bersembang dan study group. Lantas, terus difikir-fikirkan masa lain untuk tidak menolak pelawaan tadi, selepas mesyuarat! Tidak kisahlah walau penat sedikit.

‘Petang pun petanglah, esok aku call semula. Thanks Syafiq!’ rakan tadi berlalu dengan hati yang seronok. Azmi tahu Syafiq jarang sekali menolak jika diminta menolong. Itu saja kelebihan yang Azmi nampak pada Syafiq. Kadangkala Azmi juga segan, tetapi mahu buat bagaimana, orang lain semuanya sibuk.

‘Ada apa senyum-senyum ni Yusuf? Ana tahu sangatlah kalau senyum kambing macam ni, maksudnya ada hajatlah tu. Ha, beritahulah ana,’ cepat saja Syafiq menduga rakannya.

‘Permintaan ni Syaf. Untuk program Sukaneka tu belum ada lagi Ketua Unit Programnya, ana ingat nak lantik anta saja yang jadi ketuanya. Itupun kalau anta sudi,’ sudah dijangka awal-awal lagi dalam kotak fikiran Syafiq. Dari gaya sahabatnya ke rumahnya tadi sambil memegang kertas kerja dia sudah dapat mengagak.

Syafiq diam seketika, mengukir senyuman walaupun hatinya berat mahu menerima. Bukan saja-saja mahu menolak, tetapi kerja-kerja di belakangnya masih berbaris menunggu giliran untuk ditouch-upkan.

Semuanya berstatus IN PROGRESS!! Hampir sepuluh kerja begitu statusnya. Tetapi Kalau ada 10 lagi yang bakal mendatang, barangkali dia tidak teragak-agak untuk berkata YA!

‘Oh yeke? Bukan macam tu Kamal, ana pun masih banyak kerja yang tak siap lagi. Minggu depan nak kena hantar. Pendapat ana, kalau ada orang lain lebih molek. Macam mana?’ Syafiq beralasan dengan harapan dia mendapat pengecualian. Tapi dia pasti kecenderunagn itu hanyalah sia-sia.

‘Ana dah puas cari. Tapi tak ada menerima. Yang ana minta semuanya tarik diri. Ada kerjalah, malulah. Please Syaf, anta sorang je lagi,’

Sayu saja hati Syafiq mendengar luahan Kamal tadi. Syafiq tahu, betapa sukarnya menjadi seorang pengarah bagi satu-satu program, mahu mencari ketua-ketua unit, mahu mengendalikan mesyuarat, mahu menyiapkan kertas kerja program, mahu mencari dana lagi dan mahu macam-macam untuk perlaksanaan yang terbaik bagi program. Syafiq sudah lalui semua itu sejak diawal penglibatannya di medan kampus, hampir 5 tahun sehingga kini. Syafiq tahu amat susah bila mahu mencari Ahli Jawatan Kuasa yang mahu bekerja untuk program, apatah lagi menjadi ketua unit. Syafiq amat faham perasaan seorang pengarah jika seorang yang telah dilantik sebagai ketua unit tiba-tiba menolak jawatan itu, frust!!

Syafiq senyum lagi, namun di sebalik senyumnya ada keletihan yang tidak siapa tahu, waimmah Kamal sekalipun. Syafiq tahu, permintaan dan kehendak Kamal mesti dituruti. Itu bukannya kemahuan Kamal tetapi persatuan. Sedari dulu lagi, Syafiq amat sukar bermain dengan ‘perasaan’ persatuan, sedih persatuan adalah juga sedih baginya, susah persatuan adalah susah buatnya. Syafiq sudah serasi dengan komuniti yang bernama persatuan, ibarat sudah menjadi darah dan juga dagingnya.

‘Oraitlah! Kalau sudah macam itu keadaannya, ana terima. Tapi dengan syarat, carikan timbalan ana yang baik-baik ya, jangan yang garang-garang, nanti kalau ana pengsan anta yang kena angkat ana,’ Syafiq berjenaka menyedapkan hati Kamal juga hatinya. Satu lagi tugas diambil dan disandang. Dia mengeluh seketika, tetapi tidak mahu sampai merungut, dalam-dalam dia menyedut udara baru cuba mencari nafas keikhlasan.

Mesej dan SMS yang diperolehi siang tadi mematikan mood Syafiq untuk menyudahkan Assignment yang sepatutnya dihantar dua hari lagi. Dua hari Syafiq adalah dua jam saja masanya, kerana ditimbuni dengan kerja-kerja lain. Kalau masa yang terpaksa terluang ini tidak disiapkan Assignment itu, bermakna dia bakal mencari nahas. Markahnya untuk kerja kursus akan dilayangkan begitu sahaja. Tetapi moodnya sehingga sekarang tidak lagi kunjung tiba. SMS petang tadi masih lagi terbayang-bayang.

‘SALAM USTAZ. KENAPA USTAZ TAK BERITAHU YG USTAZ X SEMPAT NAK SIAPKAN SENARAI NAMA2 TU? MINTA USTAZ DAPAT BERI KOMITMEN. ANA HARAP USTAZ DAPAT SIAPKAN DALAM MASA TERDEKAT INI. MAAF KALAU MENYUSAHKAN’

HATI Syafiq agak terluka dikatakan sedemikian rupa sedangkan banyak sudah komitmen yang diberikan dan dikorbankan hanya untuk persatuan. Masa belajar dikurangkan, masa tidur dihad-hadkan, masa bersembang untuk rakan-rakan dibataskan sedang itulah ruang penghilang tekanannya, banyak lagi masa yang penting-penting dan tidak penting dibuangkan semata-mata mahu melahirkan rasa ambil beratnya terhadap persatuan, itupun masih lagi dicerca sebagai tidak komitmen.

‘Tidak mengapa’ kata hati halus Syafiq, biar ALLAH saja yang menilaikan komitmennya nanti.

Akhirnya dia menoktahkan perbualan SMS siang tadi dengan berkali-kali lafaz maaf, Syafiq tahu itu kesilapan yang mesti diakui. Walaupun ketika tidak bersalah, maaf itu bukan susah untuk diucapkan. Maafkan atau memaafkan, itu etika Syafiq dalam bekerja. Yang penting jangan susahkan hati manusia. Syafiq mengalih duduknya, mencari kembali semangat. Mencapai sebatang pen lalu memulakan kembali kerja assignment.

'HAI SYAFIQ,SYAFIQ. SEJAK KEBELAKANGAN NI KAMI TENGOK KAU SIBUK MEMANJANG, SAMPAI TAK ADA MASA NAK BERBORAK MACAM SELALU. SOMBONG YE SEKARANG?'

'Oh, pedihnya,' Syafiq tahu mereka hanya bergurau. Dalam kelat-kelat menahan pedih dia cuba melontar senyuman manis.

‘Kita ada bisness baru ni Syaf! Kau kena tolong aku minggu depan. Banyak kerja kita nak kena setlekan. Jangan risau, ganjarannya lumayan,’ sapa seorang rakan karibnya. Sejak tahun pertama lagi Syafiq dan Thaqib tidak pernah keseorangan dalam team work. Kalau Syafiq ada keuntungan maka keuntungan itu pasti dikongsi berdua, tetapi dengan syarat kepenatan dan keletihan pasti terlebih dahulu perlu dikongsikan. Jawabnya, kerja berat bakal mendatang lagi dan digalas!

‘Apanya tu? Nampak macam durian runtuh je,’

‘Jualan Gerai. Aku ingat nak jual makanan. Jadi kau kena tolong aku memasak,’ Syafiq tidak terkejut tetapi sudah tahu lebih awal. Kali ini, dia tidak dapat menolak lagi, kerana sudah dua kali dia menolak permintaan rakan baiknya itu. Terus saja Syafiq menyatakan persetujuan walaupun hatinya berat berkata mahu menolak.

‘OK! Kau punya permintaan apa saja aku turuti,’

Sepi.

‘Syaf. Malam ni kau free tak? Nak minta tolong sikitlah,’

‘Malam ni aku ada Usrah dengan adik-adik baru di Kolej Melati. Kenapa ya Azrul? Ada apa-apa yang aku boleh bantu?’ Soal Syafiq. Mudah-mudahan kerja ringan saja yang yang bakal mendatang. Duga Syafiq.

‘Nak bincang tentang taqwim sikit, aku ni tak berapa mahir bab-bab nak merangka taqwim. Kau ada pengalaman sikit’ terang Azrul, sekarang dia menjawat jawatan Ketua Kelab Kebudayaan dan Kesenian Islam di Kampus tempat dia dan Syafiq menuntut. Tanggungjawab merangka aktiviti Kelab itu diletak di bawak pengedalian Azrul.

‘Oh yeke? Kalau sekarang kau busy tak? Kalau free boleh kita create sikit-sikit dulu. Yang lebihnya aku akan complete kan,’ akhirnya, Syafiq terpaksa mengiyakan saja permintaan Azrul tadi. Rancangannya untuk ke pekan mencari barang-barang keperluan dapur dan belajar petang itu ditangguhkan ke hari yang dia pun belum pasti bila.

‘Syaf nak tanya sikit ni. Tapi anta jangan marah ya,’

‘Insyaallah tak marah. Apa dia? Tanyalah, banyak pun tak mengapa,’

‘Jadi ke anta nak bertunang hujung tahun ni?’

‘Isyy! ke situ pula perginya. Ingatkan soalan apa tadi, rupanya cepu emas,’

‘Laa..kata tak mahu marah?’

‘Ehh, ana marah ke ni? Sory-sory. Anta punya soalan tu susah ana nak menjawabnya, terkejut adalah. Tengoklah macam mana, ada rezeki adalah. Lagipun buat apa nak tunang-tunang ni, kahwin je terus, tak begitu?’

‘Ewah-ewah. Kita tanya sikit, dia dah berangan jauh,’

‘Tak adalah gurau-gurau dengan anta. Calon pun belum comfirm lagi, macam mana nak betunang,’

‘Cakaplah macam tu, nanti jadi betul-betul baru tahu,’ kedua-duanya berderai ketawa.

Kadangkala Syafiq merasa lucu, kesibukkannya bekerja sehingga melupakan seketika akan masa depannya. Hingga yang mengingatkannya tentang itu adalah sahabat-sahabatnya, iaitu hasrat mahu membina masjid. Selalu saja dia memikirkan soal itu, tetapi belum sempat mencari ruang untuk serius dalam hal kahwin, mungkin kerana terlalu sibuk atau dihujani dengan kerja yang pelbagai lalu ruang dan peluang memikirkannya menjadi terbatas, akhirnya terus menjadi lupa begitu sahaja. Puncanya hanya terlalu sibuk.

Sesekali dia juga ada terfikir, bagaimana jika selepas berkahwin nanti dia bakal menjalani kehidupan dalam kesibukkan yang lebih dua kali ganda berbanding sekarang. Bagaimana keadaan dan hati bakal isterinya jika kesibukkan itu menjadikan dia terpaksa meninggalkan rumah dan insan tersayang, isteri dan juga anak-anak. Oleh itu, masa sekarang inilah dia mesti bijak membahagi masa dan kerja. Syafiq tersenyum sendirian. Dia mungkin tidak kisah dengan keadaan yang akan mendatang itu, kerana ada pepatah yang masih dipegang hingga kini: ‘Sayang isteri tinggal-tinggalkan’

Kerja dakwah memerlukan banyak pengorbanan. Tidak kira perasaan diri atau kesusahan diri. Semua itu ertinya pengorbanan. Kurangkan kehendak untuk diri dan berikan pada orang lain, itu juga bentuk pengorbanan.

Sedang tekun dan khusyu’ Syafiq mengulang kaji dia disapa. Final exam sudah semakin hampir, rasanya lagi 4 hari. Semester ini sahaja bagi Syafiq terpaksa menduduki sebanyak 6 kali exam bagi subjek-subjek penting. Kali ini juga penentu untuk menaikkan nilai pointernya yang agak menjunam pada semester lepas. Harapannya dia boleh buat yang terbaik!

‘Tengah study ke? Maaflah menganggu kau. Nak minta kau ajarkan aku subjek Fiqah. Susah benar nak faham. Agak-agak ada masa tak malam ni?’ Perlahan-lahan Syafiq meletakkan pen serta buku teksnya. Baru setengah jam sahaja dia sempat menumpukan perhatian pada subjeknya. Baru saja dia mahu menyambungkan sudah ada yang menegur. Masih ada baki setengah buku yang perlu dilangsaikan, jika tidak………………

'Oh apa salahnya,' Syafiq menyambut saja pelawaan juniornya. Anak muda itu perlu dibimbing, jangan kisahkan tentang kesusahan diri dahulu ketika itu, orang mahu pertolongan mesti dibantu. Lagipun bukan kerja berat, mengajar sahaja. Akhirnya, malam itu pengajiannya dan niat mengkhatamkan sebuah buku terbantut untuk kali kedua. Dia menyimpan buku, berdoa moga esok masih punyai masa dan diluaskan ruang untuk diri.

______________________________________________

Malam itu tidurnya sengaja dilewatkan, selepas Maghrib tadi dia terlelap seketika selepas balik daripada stesen bas menjemput rakan-rakan yang baru pulang bercuti. Hari ini seharian dia bekerja, hanya sempat singgah bersembahyang untuk mencuri masa rehat. Sedari pagi dia keluar dari kolej kediamannya sehingga lewat petang baru kembali.

Dalam menungnya malam itu dia mula berfikir-fikir, sungguh unik Tuhan yang mentakdirkan dia hidup begini. Hidup dalam kesibukkan yang sentiasa menggembirakan hatinya, kekalutan dan pengorbanan masa yang amat memberikan ketenangan pada jiwanya. Masalah dan tekanan adalah sahabat karibnya yang sentiasa mengekori, selepas satu, satu yang lain pula akan datang. Tetapi dia pelik, masalah dan tekanan itu sentiasa membuatkan dia tersenyum dan ketawa. Bukan masalah dan tekanan untuk dirinya sahaja yang perlu dilalui, tetapi masalah orang lain juga dia terpaksa hadapi.

‘itulah hidup. Banyak pengorbanan yang tidak harus aku tolak ke tepi,’ luah Syafiq.

Pada Syafiq, prinsipnya tak akan pernah berubah. Menjaga dan menghiburkan hati orang adalah pegangannya sejak dahulu lagi. Kegembiraan orang lain adalah kegembiraan dirinya ketika sedih. Bagaimana pula jika diri terguris? Biar diri terguris, jangan mengguris perasaan dan hati manusia. Tuhan jauh sekali.

Dulu pernah dia ditanya seorang sahabat sejati, ‘Tak penatkah ke sana ke sini semata-mata untuk orang lain? Dengan rendah diri Syafiq menjawab:

‘Entahlah, rasa gembira bila dapat gembirakan orang lain’ itu prinsip Syafiq. – memberi bukan untuk mendapat.

Dia masih ingat pesan seseorang, bagi Syafiq itu sebuah amanat yang sungguh keramat: ‘bantu orang lain, nanti Tuhan akan mudahkan urusan kita’. Hingga sekarang kata-kata itu disimpan sebagai penguat ketika putus harapan dan keletihan. Kurniaan Tuhan memudahkan urusan seseorang lebih bermakna ertinya daripada nilai sebuah kepenatan atau keletihan. Itulah Nikmat tanda sayang.

Adakala dia pun tidak sudah memikirkan kudratnya. Walaupun dalam kesibukkan dia masih lagi dikurnia kekuatan. Kekuatan berupa ketabahan menghadapi sesuatu dan ketenangan mendepani resah hidup. Semua itu sudah dia lalui.

Syafiq menyudahkan bait-bait akhir diarinya. Esok dia akan bergerak ke Kolej seawal 6 pagi. Kerja persatuan, kerja kursus subjek dan lain-lain kerja luar mesti dilangsaikan sebelum buka semester baru yang hanya berbaki seminggu. Cuti sebulan kali ini bukanlah rehat baginya meskipun itulah yang direncanakan di awal-awal percutian, dia tidak hampa tetapi seronok kerana cutinya diisi dengan kerja-kerja membantu persatuan dan kebajikan. Jalan pahala itu sungguh banyak terbentang, dia harus mengambil peluang sebelum mata dipejamkan.

Esok atau lusa, dia belum pasti bila akan tiba waktu rehat untuknya. Kalau ada, dia harus bersyukur, jika tiada dia perlu redha. Redha dan syukur adalah pengorbanan yang mententeramkan hatinya. Dia bangkit, menuju ke bilik air. Ibadah malam seperti kebiasaan jangan ditinggalkan meski keletihan terlalu mencemburuinya.

Berdoa agar ALLAH sentiasa menilai dan menerima amal kebajikannya selama dia berbakti. Amin!



Sumber: http://afiqsaleh.blogspot.com

Ikhtilat Tak Ajak !



Nice pic
ni, sahaja suka-suka release tension habis exam! Dua lagi boh!...



Sumber: http://butangshutter.blogspot.com

Kisah Duriyen



..."enta tak datang buka puasa masa tu, Pak Cik beli durian untuk enta, Pak Cik kata enta suka makan durian", dia carikan. Tunggu juga. Hampa. Tetap tak datang!


p/s: Maaf. Pak Cik terlalu baik, Terima kasih.

Wasiat Imam Abu Hanifah Kepada Pelajar

ولا تتزوج إلا بعد أن تعلم أنك تقدر على القيام بجميع حوائجها واطلب العلم أولا ثم اجمع المال من الحلال ثم تزوج فإنك إن طلبت المال في وقت التعلم عجزت عن طلب العلم ودعاك المال إلى شراء الجواري والغلمان وتشتغل بالدنيا والنساء قبل تحصيل العلم ; فيضيع وقتك ويجتمع عليك الولد ويكثر عيالك فتحتاج إلى القيام بمصالحهم وتترك العلم

واشتغل بالعلم في عنفوان شبابك

- غمز عيون البصائر لابن نجم




Maksudnya:

Jangan kamu berkahwin kecuali setelah kamu merasakan kamu mampu melaksanakan tuntutannya. Dan tuntutlah ilmu terlebih dahulu kemudian barulah bekerja untuk menggumpul harta kekayaan dari yang halal, kemudian barulah berkahwin. Ini kerana jika engkau sibuk menggumpul kekayaan ketika masih belajar, maka kamu akan merasa berat untuk mencari ilmu dan harta membuatkan kamu leka hanya dengan membeli hamba, sibuk dengan dunia dan perempuan sebelum mendapat ilmu. Lalu waktu-waktumu akan habis begitu sahaja, sebaliknya akan bertambah tanggunganmu seperti anak-anak dan isteri. Pada waktu itu kamu sibuk untuk memenuhi keperluan mereka lalu kamu meninggalkan ilmu dan tuntutannya sedangkan kamu masih dalam usia remaja.

Kitab Ghamzu Uyunil Basair: Ibnu Najm


Sumber: http://wacanailmuan.blogspot.com

Copyright © muhammad syafiq
Designed by Templates Next | Converted into Blogger Templates by Theme Craft