Ehsan; Tuah Mohd Bakheet


Kisah-kisah ini dipetik dari ruangan komen seorang kawan di Facebook.

Semoga bermanfaat.


Nobita: Awak, sy ade something utk awak.. taraaa..

Sizuka: Eh.. (smbil buka) Jam tangan! Mahal ni, nape awak bagi sy?

Nobita: Awakkan byk tolong sy, support sy.. bagi sy semangat..

Sizuka: ... (diam) Awak penah x bagi jam kat ibu awak?

Nobita: Owh.. (tertunduk) Yelah.. tak penah kot.. huhu.

Sizuka: Jadi awak tahu kan ibu awak lbh berhak.. Pengorbanan dia jauh lbh besar.

Nobita: Thanks awak, kerana ingatkan sy.. :))


***


Sizuka: Waa comel la spek mata awak. Ce bukak jap, nak tengok..

Nobita: Eh, nanti pandangan saya kabur.. tanak la.

Sizuka: Alaaaa.. kejap pon xley?

Nobita: Kennot! Spek mata ni adelah pelengkap hidup saya!

Sizuka: Haa.. Camtu lak jugak mata hati kita, perlukan spek jugak!

Nobita: Lorh, hati nak tengok ape? Cane spek dia?

Sizuka: Hati nak tengok mana betol mana salah. Spek dia adalah baca Quran!

Nobita: Owh..

***


Sizuka: Awak, nape awak ske pkai sluar pendek ek?

Nobita: Senang tau wak.. senang pakai, senang nak basoh..

Sizuka: Owh, ade lagi satu senang..

Nobita: Ape dia? Senang nak lipat kan?

Sizuka: Tak la, senang dapat dosa! hehe. Kan nampak lutut tuu..

Nobita: Uhuk3~

***


Nobita: hai awak, selamat hari jadi awak.. ni hadiah utk awak. Bukak la.

Sizuka: Waa sweetnye awak.. (sambil bukak hadiah) Eh, minyak wangi?

Nobita: Haa.. msti awak suke kan? Pasni bleh la awak wangi2 sket..

Sizuka: Hah? Awak tak tau ke pompuan xley pkai minyak wangi bila keluar?

Nobita: Eh, ni tade alkohol pon. 100% halal!

Sizuka: X.. wanita wangi same je ngan wanita buka aurat, bleh timbulkan shawat.

Nobita: Gulp!!

___________________


Kisah No. 4 mencatatkan statistik 'like' hampir 70 dan sebanyak 27 respon. Tertinggi berbanding kisah 1,2, dan 3. Aku sangka pasti ada perbincangan atau perbahasan yang menarik. Sangkaan tepat. Antara intipatinya, terdapat dua fikrah yang berbeda;


pertama, dia berhujjah;


"ler..patut le ramai perempuan melayu Islam malaysia selalu bau masam, peluh dan kadang2 boleh menimbulkan kesukaran bila berinteraksi dgn pensyarah dan orang2 lain dalam macam2 aspek harian kehidupan normal..nak jaga aurat rupanya".

"Kadang2 ...mungkin konsep tindas dan ketidak-sama rataan mungkin adalah buatan diri sendiri akibat ekstrimis terhadap konsep keagamaan yang di terjemah bulat-bulatan".

kedua:

"bauan yg busuk itu bukan boleh ditutup dengan wangian yg dipakai.....Islam menganjurkan kebersihan, jadi apabila kita menjaga kebersihan badan, bauan kurang enak pasti akan hilang...."

"jika kita hanya berfikir secara lojik banyak ketidaksamarataan yg berlaku di atas dunia.....yakinlah setiap larangan itu pasti ada kebaikan untuk kita.."


apa jawapannya;

“Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi, kemudian dia keluar, lalu dia melewati satu kaum (orang ramai) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina.”

(Hasan riwayat Ahmad, Nasa’i, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah dan Thahawi dari jalan Abu Musa).


konklusinya, Tuah Mohd Bakheet kata;

Berbeza pendapat itu fitrah,
Oleh itulah kita bermesyuarah,
Namun biarlah kita berhemah,
Dan kembali pada Al Quran dan Al Sunnah.



Renungan bersama;

Dalam kita asyik mempersoalkan perkara-perkara furu' (cabang) sehingga boleh membawa kepada perselisihan faham, pergaduhan dan pertengkaran, pihak musuh sedang berbincang hendak pancung kepala kaum Muslim dari depan atau belakang. Ironinya, yang tak faham agama pun mahu bersuara lagak dialah singa dihutan rimba. Dialah yang betul, semua orang salah belaka. Maaaasyarakat!