Wkum Salaam Syafiq,

Apa yang hendak dikagumkan. Saya tidak melakukan perkara perkara yang besar pun. Hanya memberi sedikit perkongsian ilmu dengan peserta MBO sahaja.

Bagi saya apapun bidang yang dipelajari di Jordan ni ia bukan tiket untuk mendapat rezeki. Rezeki itu Allah yang beri. Kena usaha gigih ke arah itu. Ilmu adalah jalan bagi kita membuka minda dan mendekatkan diri kepadaNya.

Belajar bersungguh-sungguh dalam bidang yang diceburi dan buka minda anda supaya berfikir di luar kotak. Jangan terlalu emosi dengan politik sehingga tidak boleh dikritik langsung.

Kritikanlah yang mendewasakan kita. Kita mengkritik tidak bermakna kita menentang seseorang tetapi mengkritik dengan tujuan untuk memperbaiki. Ikhlas dalam perjuangan.


Wallahu a'lam


Zainul Rijal Abu Bakar