د. صلاح الخالدي


10 Disember lalu, bersama kawan ke Amman semata-mata untuk hadir pembentangan kertas kerja Maqasid: Disiplin & Faedah oleh Ustz Rozaimi, tapi tak sangka dapat 'hadiah' istimewa, peluang hadir ke Kuliah Tafseer Dr. Solah al Khalidi, Surah al Baqarah: 52-57.

21 Disember, dapat hadiah lagi. Dr. Solah datang sendiri ke Mu'tah. Beliau mensyarahkan tajuk:

Prioriti Pemuda pada Masa Kini

''Syeikh Solah Al-Khalidi menekankan tentang prioriti terhadap 3 perkara iaitu, kepada diri, masyarakat dan musuh Allah. Tidak layak kepada mahasiswa untuk hanya hidup bermatlamatkan kesenangan diri tanpa memikirkan cara untuk memberi manfaat kepada masyarakat seterusnya menjadi agen memerangi musuh Islam.

Syeikh juga menasihati supaya setiap mahasiswa meletakkan seorang ikon sebagai ikutan bagi memudahkan kita mencapai cita-cita. Syeikh turut menasihati agar mahasiswa mengambil peranan dan pendirian dalam isu-isu dunia, pemerintahan, politik, terutamanya isu penindasan dan kemanusiaan di Palestin.''


Aku mencintai orang-orang soleh, malangnya aku bukanlah dari kalangan mereka.
 

(c) hasanhusaini.com

Zahid & Adibah

15 Sept 2012, tarikh bahagia buat mereka. Kami dulu, tingkatan 3 kelas bersama. Lepas PMR bawa haluan masing-masing. At the end, Zahid grad UTP. Adibah tahun akhir MS UiTM.

Tiada kata seindah doa,

BaarakAllahu lakuma wa baraka alaykuma wa jamaa baynakuma fee kheir!


"Membina rumah tangga dengan takwa itu bukan retorik. 
Ia adalah sendi terpenting dalam menjaga kesejahteraan 
rumah tangga yang berlayar dengan indah dan payah" - ATN.

Fetih 1453 - Resensi dari Cairo


Filem Fetih 1453, dari sudut videografi, ia sungguh dramatik dan mampu menembusi pasaran komersial. Ia mampu menempah nama seperti Troy. Krew produksi dan lakonan sangat berwibawa.

Namun, jika anda ingin secara serius mengambil filem ini sebagai bahan bantu kefahama berkenaan pembukaan Kota Konstantinopel, sila buat ulangaan tonton, bagi memahami beberapa kekurangannya.

Ada sedikit misleading berkenaan hadis Pembukaan Konstantinopel; "Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera - Riwayat Ahmad"

Kehebatan yang dimaksudkan, adalah kehebatan Iman. Bukanlah semata-mata ketenteraan Erdine (Sultan Mehmet).

Kalaupun nak kata Erdine miliki kekuatan tentera yang hebat, ia tetap tidak dipamerkan dengan baik.

1) Kehebatan Erdine mengalahkan Mora dan menundukkan Orhan, adalah sebuah pencapaian kecil di mata musuh, yang tidak menandingi kehebatan pemerintah sebelumnya.

2) Dalam filem, Meriam Basilica diceritakan bukanlah dari ciptaan Turki, tetapi hasil seorang jurutera Kristian Orthodox dari Konstantinopel. Ini bermakna tentera Erdine kuat dan berkeyakinan setelah berjaya menyeludup teknologi tersebut.

3) Tentera Erdine gagal menembusi mana-mana bahagian kukuh kubu, melainkan di Golden Horn yang menjadi titik lemah kubu (yang dimaklumi kedua2 pihak). Meriam Basilica hanya dapat meruntuhkan dinding yang paling lemah. Ia juga merupakan last resort dalam perangkaan Sultan Mehmet.

Maka, secara deduksi, Konstantinopel masih lagi memiliki kubu terbaik ketika itu. Sekalipun, Erdine berjaya menembusi Konstaninopel, ia bukanlah penembusan yang membanggakan dari sudut kehebatan ketenteraan.

Berkenaan jika hadis itu dirujuk sebagai kehebatan IMAN, filem ini juga gagal mempamerkan ia sebagai kekuatan, melainkan sedikit laungan Allahuakbar dan satu shot solat.

Sila rujuk beberapa kesilapan berkenaan IMAN

1) Hasan sebagai salah seorang warlord untuk front terakhir, diceritakan selalu berdua-dua dengan Era. Hasan juga telah berzina dengan Era. Era mengandungkan anak Hasan.

2) Budaya mewah Isteri Sultan Mehmet, yang dipamerkan tiada bezanya dengan mana-mana Emperor lain, sehingga boleh menaikkan martabat Sultan Mehmet sebagai yang terbaik dari sudut IMAN.

3) Tidak digambarkan dengan bagus obsesi Sultan Mehmet ingin menawan Konstantinopel itu dikaitkan dengan Iman. Ia hanya disebut ringkas di awal filem, tanpa penegasan di mana-mana bahagian war campaign, melainkan di akhirnya ketika White Sheikh datang. Jika Sultan Mehmet dikira istimewa berbanding dengan sultan-sultan lain, seharusnya dengan penuh galak ia diceritakan.

Berbeza dengan filem legendari Lion Of The Desert, ia disusun kemas dengan pendetailan keistimewaan Omar Mokhtar yang menjadikan beliau sebagai tokoh Islam secara khusus dan tokoh perjuangan dunia umumnya.

Maka, saya secara peribadi, mengambil filem ini sebagai sebuah filem aksi dan epik, yang diLATARkan secara langsung kepada sejarah Islam, namun bersifat fiksyen.

Ia bukanlah filem sejarah yang mendukung nota-nota sejarah menurut kaca mata muslim.

Tahniah sekali lagi untuk kejayaan Fetih 1453, ia sebuah filem hebat yang berjaya menandingi Hollywood.

Sekian.
Cairo.


Merdeka 55

Ikutkan tak pernah cerita pun tentang Merdeka.

Tambahan pula kempen Merdeka tahun ini yang banyak 'pencemaran'.

Entah macam mana jatuh hati pada gambar hasil lensa jurugambar jalanan ini.



Burung yang sinonim dengan erti kebebasan, namun Jalur Gemilang yang tersepit itu?...

1001 tafsiran, anda tentukan!

Hakikat Merdeka sebenar;

Dari (membebaskan) hamba (manusia) dari menyembah sesama hamba, kepada menyembah kepada Tuhan hamba (Allah).


Selamat menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke- 55.

Eid Mubarak 1433H


Happy Eid to everyone! Next year in a free Palestine, from the river to the sea!

Fiqh Al-Tufūlah

Kongsi cerita Kak Ha, Lihatlah...

Macam-macam cara orang dewasa melayan kanak-kanak, future leaders, di masjid.

Terutamanya sempena Ramadhan ini.

Pilu melihat anak kecil dijerkah oleh orang yang 'sedang' solat. Sehabis solat ibu si kecil itu pula dimarahi.

"Budak tu pakai 'pampers'. Bawa najis. Kalau sentuh, boleh batal wuduk."

Fiqah siapakah ini? Bukankah ia jelas sangat berat?

Membuak-buak rasa ingin melihat sendiri bagaimana cucu perempuan Nabi bernama Umamah, berada di atas kepala Nabi tatkala Nabi mengimamkan solat jemaah.

Sedih mendengar cerita suami. Ada anak lelaki yang masih kecil disebat oleh ayahnya sampai menggelupur di lantai kerana masuk ke saf dewasa. Kehadirannya dianggap boleh memutuskan saf.

Sukarnya fiqah sebegini...

Kata suami, inilah juga layanan orang dewasa kepadanya ketika kecil dulu. Tatkala dia ingin solat di tepi ayahnya, kerana budak-budak di belakang suka ajak bermain, pak-cik pak-cik di sebelah ayahnya akan 'halau'..

"Kalau tak sunat lagi, duduk belakang."

Indahnya fiqh yang mudah lagi memudahkan.

Nikmatilah fikrah pertengahan ini dalam hukum-hakam berkaitan kanak-kanak.

Link (click): Hukum Berkaitan Kanak-kanak.


Kenang-Kenangan Hidup

"Cinta adalah perdamaian dan benci adalah permakluman perang. Dan perang adalah maut, dan perang adalah neraka."

"Cinta ialah airtirta kehidupan. Benci adalah racun yang membawa maut."

"Kata orang, cinta adalah perangai yang utama. Kataku, cinta adalah kemestian."

"Cinta lebih diperlukan daripada nasi dan air. Lebih perlu daripada cahaya dan udara."

"Cinta tidak perlu diangkat-angkat kerana ia sudah tinggi dengan sendirinya."

"Kerana cinta, kita tidak perlu meminta upah. Sebab cinta sendiri sudahlah upah."

"Bercinta tidak meminta perhitungan. Sebab cinta tidak menghitung, selain dari dirinya sendiri."

"Cinta tidak berhutang dan tidak berpiutang. Cinta tidak dapat dibeli dan tidak dapat dijual."

"Kalau ia (cinta) memberi ia memberikan segala-galanya. Kalau ia mengambil, ia mengambil kesemuanya."

"Ia (cinta) selalu cukup seperti mana adanya, tidak pernah lebih dan tidak pula kurang. Begitu dahulu, begitu kini dan begitu untuk selama-lamanya"

"Cinta mencari dan mendorong, bukan menunggu dan menyerah."

"Cinta menghimpunkan dan benci memecahkan."

"Cinta bukan buta. Cinta mempunyai suatu penglihatan yang dapat menembus segala hijab."

"Langsungkanlah cinta itu kepada Zat. Adapun Zat yang hakiki, Zat yang mutlak, ialah Zat Allah. Itulah wujud yang sempurna, yang tidak berbelah lagi"

"Janganlah cinta diletakkan pada SIFAT, sebab sifat boleh berubah, kerana perubahan tempat dan zaman."

" ... cinta yang sejati itulah Allah. Sebab Allah cinta akan dirinya."



HAMKA, Kenang-Kenangan Hidup, m/s 224-230 via FSR.
 

Kelopak - kelopak Sakura, Suwon 2012



















Qaf: 16

 Copyright © Krun Rozman

[Photo] Remaja Rai Ramadan (3R)





Siyar A'lam al-Nubala'

عبد الله بن صالح ، حدثنا معاوية بن صالح عن أبي الزاهرية ، عن جبير بن نفير ، عن أم الدرداء ،

أنها قالت لأبي الدرداء عند الموت :

إنك خطبتني إلى أبويَّ في الدنيا فأنكحوك ،
وأنا أخطبك إلى نفسك في الآخرة .
قال : فلا تنكحين بعدي.

فخطبها معاوية فأخبرته بالذي كان ،
فقال : عليك بالصيام.


Isteri Abu Darda' iaitu Ummu Darda' telah berdoa di hadapan suami tercintanya, “Ya Allah, sesungguhnya Abu Darda’ meminang diriku di dunia dari ibubapaku, lalu aku menerima pinangannya. Sekarang ini, aku meminang dirinya dari-Mu untuk menjadi suamiku di syurga.” 

(Siyar A'lam al-Nubala')


Link (click here) via Ahmad Saifuddin Yusof

Iblis Ketua Malaikat?

Iblis Asalnya Malaikat?

Kalau ditanya Iblis asalnya siapa kepada orang Islam? Kadang-kadang kita akan dengar ada segelintir orang islam kata MALAIKAT , benar ke kepercayaan ini? Kekeliruan ini bermula daripada mana? Ia bermula berdasarkan kefahaman mereka terhadap kenyataan Surah al-Baqarah ayat 34 yang berbunyi:

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.

Berdasarkan ungkapan yang bermaksud: “Mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis” maka mereka ingat Iblis berasal dari kalangan malaikat.

Jawapan:

1) Quran ada 4 jenis Tafsir yang utama iaitu:

1) Quran tafsir Quran 
2) Sunnah tafsir Quran 
3) Para Sahabat tafsir Quran 
4) Ulama tafsir Quran , 

dan kalau kita lihat dalam Surah al-Kahf ayat 50 berbunyi:

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.

Kenyataan Al Qur’an di atas dengan jelas menunjukkan Iblis berasal dari golongan jin bukan malaikat.

2) Perbezaan kejadian Iblis serta malaikat. (Surah Ar Rahman ayat 15) Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang tetapi Menurut Imam Ibn Kathir dalam tafsir terkenalnya “Tafsir Ibn Kathir”, Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam menjelaskan bahawa iblis diciptakan daripada api manakala malaikat daripada Nur (cahaya). Ini berdasarkan hadith Sahih Muslim (no. 2996) yang diriwayatkan daripada Aisyah radiyallahu ‘anha yang berbunyi:

Malaikat diciptakan daripada unsur cahaya, sedang iblis diciptakan dari unsur api yang meluap (kepanasannya).

Berdasarkan sabdaan Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam, nyatalah perbezaan kejadian iblis serta malaikat.

3) Di antara sifat Iblis ialah melakukan maksiat serta menderhakai Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Namun sifat malaikat ialah ketaatan mutlak terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ini sebagaimana kenyataan surah al-Tahrim ayat 6 yang berbunyi:

Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan.

Jelasnya, para Malaikat mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

Ada sebahagian athar tidak sahih yang diriwayatkan sebahagian kecil ulama salaf bahawa Iblis merupakan pemimpin para malaikat dan termasuk salah seorang penjaga syurga. Sehubungan ini, Imam Ibn Kathir memberi komentar terhadap kenyataan ini dengan berkata:

Dalam masaalah ini, terdapat beberapa athar yang diriwayatkan daripada ulama salaf, tetapi kebanyakkannya bersumber daripada Israilliyyat. Sebahagian daripadanya memerlukan kajian lebih lanjut, namun sebahagian lainnya boleh dipastikan pendustaannya. Ini disebabkan ia bercanggah dengan kebenaran yang menjadi panduan kita. Dalam konteks ini Al-Qur’an dipenuhi dengan pelbagai penceritaan zaman dahulu sehingga tidak diperlukan lagi cerita-cerita yang meragukan.

Kisah-kisah Israilliyyat tidak seperti Al-Qur’an serta hadith. Ini kerana ia tidak terlepas dari menerima perubahan, penambahan serta pengurangan dan bercampur dengan pelbagai anasir yang meragukan. Tukang cerita kisah Israilliyyat tidak memiliki ilmu serta kaedah yang dimiliki umat Muhammad sallallahu ‘alayhi wa sallam yang berupaya menolak penyelewengan serta pembohongan golongan yang melakukan kebatilan. Mereka berjaya membukukan hadith, mengkritiknya serta memperjelaskan antara hadith yang sahih dengan hadith yang doif, munkar, maudhu, matruk dan makzub. Sehubungan ini mereka mampu mengenal pasti tukang pembuat hadith palsu (maudhu), pendusta, individu yang tidak dikenali serta kedudukan perawi lainnya. Kesemua ini bertujuan memelihara kemuliaan Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wa sallam sebagai penutup rasul-rasul serta pemimpin umat manusia. Ini supaya tidak wujud sebarang pendustaan yang disandarkan kepada baginda.

Iblis asalnya malaikat yang memberontak sebenarnya adalah ajaran dalam Bible bukan ajaran Quran.

1) Menurut Bible, pada peringkat permulaan Tuhan menciptakan makhluk ghaib yang dinamakan malaikat. Begitu banyak jumlah malaikat sehinggakan kitab Revelation 5:11 menyatakan begini:


Then I looked and heard the voice of many angels, numbering thousands upon thousands, and ten thousand times ten thousand. (NIV)

Maka aku melihat dan mendengar suara banyak malaikat sekeliling takhta, makhluk-makhluk dan tua-tua itu; jumlah mereka berlaksa-laksa dan beribu-ribu laksa. (LAI)

2) Namun agak malang di mana “satu pertiga dari keseluruhan malaikat” yang diciptakan ini menderhaka lalu melancarkan pemberontakan terhadap Tuhan. Ia diketuai malaikat bernama Lucifer (Satan). Kitab Isaiah 14:12 menceritakan perkara ini seperti berikut:


O shining star, son of the morning!... For you said to yourself, I will ascend to heaven and set my throne above God’s stars…I will climb to the highest and be like the Most High. (NLT)

Wah, engkau sudah jatuh dari langit, hai Bintang Timur, putera Fajar. Engkau yang tadinya berkata dalam hatimu: Aku hendak naik ke langit, aku hendak mendirikan takhtaku mengatasi bintang-bintang Allah. Aku hendak naik mengatasi ketinggian awan-awan, hendak menyamai Yang Maha Tinggi. (LAI)

Kitab Revelation 12:4 menyatakan jumlah malaikat yang menyertai Lucifer:


His tail dragged down one-third of the stars, which he threw to the earth. (NLT)

Dan ekornya menyeret sepertiga dari bintang-bintang di langit lalu melemparkannya ke atas bumi. (LAI)

3) Kesan dari penderhakaan ini, berlaku peperangan besar di langit. Ia antara golongan malaikat yang masih taat yang diketuai Michael (Mikail) dengan golongan malaikat penderhaka yang dipimpin Lucifer (Satan). Namun Lucifer dan pasukannya mengalami kekalahan lantas dihalau dari mendiami langit. Kitab Revelation 12:7-9 menyatakan:


And there was war in heaven. Michael and his angels fought against the dragon, and the dragon and his angels fought back. But he was not strong enough, and they lost their place in heaven. The great dragon was hurled down—that ancient serpent called the devil, or Satan, who leads the whole world astray. He was hurled to the earth, and his angels with him (NIV).

Maka timbullah peperangan di sorga. Mikhael dan malaikat-malaikatnya berperang melawan naga itu, dan naga itu dibantu oleh malaikat-malaikatnya, tetapi mereka tidak dapat bertahan; mereka tidak mendapat tempat lagi di sorga. Dan naga besar itu, si ular tua, yang disebut Iblis atau Satan, yang menyesatkan seluruh dunia dilemparkan ke bawah; ia dilemparkan ke bumi, bersama-sama dengan malaikat-malaikatnya. (LAI)


Wallahua'lam.
 

Sumber: Kamaliah Abbas (Kim)

[Photo] Masjid Biroo


© Mus'ab Al-Khair Dzulkefly

83 days away from RAMADAN

[Photo] Library Uni Mu'tah


Pasrah 2012

dari status facebook kawan aku:

kawan saya kerja di restoran burger. bos dia kedekut nak mati. hari-hari dia kena dera. kerja lebih masa tak dapat upah lebih. ambil lesen berkali-kali gagal. dalam bilik dia bela siput. macam mana nak tolong kawan saya ni ???



selang beberapa hari, aku teringat status ni dan terfikir macam manalah keadaan dia sekarang, lalu aku utus message kepada pemilik akaun facebook itu bertanyakan nasib si dia...

ini respon dia:


wasallam.. pertama, terima kasih sebab prihatin. kedua, sebenarnya kawan yang bela siput tu nama dia Spongebob Squarepants. haha

- Fuad SR


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; `Kami telah beriman', sedangkan mereka tidak diuji?''.

Surah Al-Ankabut: 2



p/s: Imtihan untuk minggu ni dah habis, berbaki 3 lagi untuk minggu depan. Release tension sedikit. hewhewhew

Bashar Al - Assad

Friday, March 9, 2012 – Khatib Sheikh Jamal of the Abdul Rahman bin Auf Mosque said:

The Bashar al- Assad regime went into a Syrian home in which a mother was cooking lentils for her children.


The regime said: How long has it been since you eat meat?

The mother said: It has been months since.

Army back again: Today you will be able to eat meat. Then, he took one of the children, slaughters than skins it, and then asked the mother to eat it!

Indeed, they were worse than the Jews! Such a soulful story, want to go there to defend our brothers there!


الجمعة، 9 من مارس 2012 – قال الشيخ جمال الخاطب في مسجد عبد الرحمان بن عوف :

قد دخل جيوش البشر الأسد إلى بيت من عائلة في سوريا وفي داخلها والدة تطبخ العدس لأبنائها.

فسأل الجيش : منذ متى لم تأكلين اللحم؟

فأجابت الأم : منذ الأشهر

وقال الجيش : اليوم ستأكلين اللحم.

فأخذ الجيش واحد من ابنائها وذدبحه وقطععه وأمر الأم لتأكله.

إنهم أشد الظلم من اليهود!!

هذه القصة قد أهزت قلوبنا والرغبة للدفاع اخواننا في تلك الأرض.



Jumaat, 9 Mac 2012 - Khatib Jumaat, Sheikh Jamal di Masjid Abd Rahman bin Auf berkata :

Tentera Basyar Assad masuk ke dalam sebuah rumah penduduk Syria, di dalamnya si ibu sedang memasak kacang dal untuk anak-anaknya.

Si tentera bertanya : Dah berapa lama kau tak makan daging?

Si ibu menjawab : Dah berbulan lamanya.

Tentera tersebut membalas lagi : Hari ini kau akan dapat memakan daging.

Lalu mengambil salah seorang anak si ibu, menyembelihnya, melapahkan dagingnya dan kemudian menyuruh si ibu memakannya!!!

Sesungguhnya mereka lebih teruk daripada Yahudi!

Kisah yang menggetarkan jiwa, ingin ke sana membela saudara-saudara kita di sana!


Aina antum ya ummatal Islam?!!


Src : Wan Abdbaith Izzuddin, Uni of Jordan
Trans: Nur Areefah Ezani, IIUM & Faizal Sabhon, Cairo Uni.

Anugerah

“Belumlah besar kegembiraan seorang budak jika ia diajak tersenyum oleh penghulunya; belumlah besar sukacita seorang pelayan istana jika ia dianugerahi sebentuk cincin oleh rajanya. Surat tanda cinta dari seorang perempuan, perempuan yang mula-mula dikenal dalam kehidupan seorang muda, adalah lebih berharga daripada senyuman seorang penghulu kepada budaknya, lebih mulia daripada sebentuk cincin yang dianugerahkan raja kepada pelayannya. Satu hati lebih mahal daripada senyuman, satu jiwa lebih berharga daripada sebentuk cincin.”

- Fuad SR

Belenggu Dosa

“Mengapa dengan kamu?”Abu Bakar bertanya.

“Hanzalah sudah jadi munafiq. Hanzalah sudah jadi munafiq. Hanzalah sudah jadi munafiq!” kata Hanzalah, penuh kesal.

Terkejut Abu Bakar mendengarnya.

“Mengapa kamu berkata begitu?” Abu Bakar meminta penjelasan.

“Semasa aku duduk di dalam majlis Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan mendengar tentang Syurga serta Neraka, iman aku meningkat kepada keadaan yang baik. Tetapi tatkala aku bekerja dan kembali kepada keluargaku, imanku terjejas dan menurun. Hanzalah sudah jadi munafiq!” cerita Hanzalah.

Keterangan itu menggusarkan Abu Bakar. Beliau juga merasainya.

Mereka berdua pergi bertemu dengan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan menceritakan kisah kebimbangan Hanzalah yang amat signifikan itu. Lalu Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:

“Demi Dia yang jiwaku berada di tangan-Nya, jika kamu sentiasa berada di tahap yang sama seperti ketika mana kamu bersama denganku dan semasa mengingati Allah, nescaya Malaikat akan berjabat tangan denganmu ketika kamu berhenti rehat atau berjalan! Akan tetapi, wahai Hanzalah, ada masa untuk ini dan ada masa untuk itu

(Baginda mengulang menyebutnya tiga kali)”

[Hadith riwayat Muslim]

Dalam bahasa yang lebih mudah, jika keadaan dirimu sentiasa baik seperti di dalam majlis ilmu dan ketika di luar majlis ilmu, nescaya Malaikat itu akan tabik spring dengan kamu! Hebatlah jika begitu. Namun ia menyalahi tabiat manusia. Iman itu pasang dan surut. Agama Islam, tidak pernah menafikan hal yang amat fitrah ini. Lalu Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menegaskan kenyataan berikut:

“ada masa untuk ini dan ada masa untuk itu…”

Masa bekerja, perlu bekerja. Masa mengaji, perlu mengaji. Masa sibuk, sibukkan diri. Masa berehat, perlu berehat.

Link

Src: Abu Saif

03 March 1924



Fatwa Hati

Rasulullah saw bersabda;

"Mintalah fatwa kepada hatimu. Kebaikan itu adalah ketika jiwa dan hati menjadi tenang kepadanya. Sedangkan dosa adalah yang meresahkan jiwa dan meragukan hati. Meskipun manusia memberi fatwa kepadamu."

(HR Muslim)

Macam mana nak ikut fatwa hati?

Minta fatwa hati, tidak boleh merubah yang wajib jadi tak wajib, yang haram jadi tak haram. Minta fatwa hati merujuk kepada perkara yang asal hukumnya harus namun hukum itu boleh berubah mengikut niat masing-masing. Maka, jika kita lakukan perkara harus itu memberi ketenangan hati, itu tanda-tanda ia suatu kebaikan. Jika kita lakukan perkara harus itu meresahkan jiwa, itu tanda-tanda ia lari dari niat asalnya.

Bentangkan depan Allah, kalau kita yakin kita mampu jawab depan Allah, yakinlah dan teruskan.

Terima kasih Kak Ha (Fatimah Syarha) - Novelis Syabab Musafir Kasih.


Bertahan !

“Dia yang terbaik akan bertahan hingga garis akhir, menunggu dalam diam, dalam doa. Sedang dia yang datang dan pergi memberi erti, adalah takdir-Nya untuk melahirkan kedewasaan saat menjumpai dia yang setia.”



— (Noviandri Nurlaili Khairina )

Kill the Cat !





Kelip-kelip disangka api,
Kalau api mana puntungnya,
Hilang ghaib disangka mati,
Kalau mati mana kuburnya.






Sungguh Allah tidak pernah kecewakan hambanya!


Takut !

Mahasiswa takut pada dosen
Dosen takut pada dekan
Dekan takut pada rektor
Rektor takut pada menteri
Menteri takut pada presiden
Presiden takut pada mahasiswa


- Taufiq Ismail, '98.


*Dosen dalam erti kata lain, Pensyarah.

Copyright © muhammad syafiq
Designed by Templates Next | Converted into Blogger Templates by Theme Craft