...
Penah jugak aku hantar emel kat Izzah. Tapi langsung tak berbalas. Facebook pun aku tak sure ade ke tak. Lepas 2 bulan aku dah geram apsal la minah ni poyo sangat. Aku tanye kabar je pun. Ke dia memang tak suka kat aku? Akhirnya suatu hari dia balas, tu pun lepas 4 kali aku hantar emel! Yang last tu memang tulisan aku emo gile. Tensen. Tapi tulisan dia tu membuatkan aku sedar diri dan rasa bersalah sangat.
Nak tahu dia tulis ape? Ni aku dedahkan;
Waalaikumussalam w.b.t. untuk salam-salam awak selama ini.
Maafkan saya kerana mendiamkan diri
Menyepi dari membalas surat yang diberi
Bukan kerana ada perasaan benci
Jauh sekali kesal dengan ikatan pertunangan ini
Telah lama saya yakinkan diri
Bahawa awaklah bakal suami
Bukan sebarangan orang tapi hebat sekali
Apatah lagi ibubapa pun telah merestui
Namun sebelum kita punyai ikatan hakiki
Eloklah rasanya kita menjaga diri
Dijauhkan dari berhubung semahu hati
Bimbang kerana syaitan sentiasa menanti-nanti
Menjerat hati kita yang mudah lalai
Membuat kita rasa indah sekali
Bila dapat meluahkan isi hati
Walaupun belum bergelar suami isteri
Tak perlulah bertanya setiap hari
Sihatkah atau tidak saya di sini
Jika tiada keperluan yang penting lagi
Biarlah dulu kita dengan kehidupan sendiri
Wassalamualaikum.
-- Petikan dari notes Tuah Mohd Bakheet.