Ketika sang mentari bangkit dari lena gerhana yang sekian lama menindih kelesuan umat manusia, kini semakin merasakan bahana ALHAQQ meruntuhkan segala kebajetan AL-BATIL! Negara TUNISIA dan MESIR telah melaungkannya, semoga QUDWAH LAUNGAN ALHAQQ terus kekal sampai ke bumi MALAYSIA.

Gambar ini metaforanya: Burung ini sifatnya terbang meninggi namun hakikatnya sudah lama menyepi merindukan ketinggian umat Islam berada dipuncaknya. Jadilah kita seperti burung, tidak mahu terbang rendah kerana mengerti "bahaya hakikat dunia yang sementara..."

"Hanya IMAN mampu menyelamatkan..."

6.50 pagi 27 Jan. 2011,
MESIR dalam REVOLUSI

oleh: Muawwidz Al Ansori


memperingati peristiwa Nakbah, 15 Mei 1948


NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara rasminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.