Kisah semalam, pertama alhamdulillah urusan equalization dengan Kementerian Pelajaran Tinggi Jordan selesai. Kedua, solat hajar perdana sempena peperiksaan akhir.

Cerita urusan dengan Kementerian Pelajaran Tinggi bukan cerita gembira. Urusan yang amat penting bagi melayakkan kami untuk konvo nanti. Bayangkan saja, untuk mendapatkan dua cop rasmi pada sekeping kertas, jarak perjalanan yang sampai tahap mengharuskan seorang hamba solat jama' dan qasar pulang dengan sia-sia.

Itu kali pertama kami pergi, dan semalam untuk kali keduanya, alhamdulillah selesai. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat Arif dan Fauzan. Tak perlu melatah panjang, sifirnya mudah jika berurusan dengan Arab, sabar, sabar, dan sabar. Kenangan manis, tengok senior yang pada aku lembut orangnya boleh marah pada kakitangan kementerian pelajaran tu dek tersangat lembap membuat kerja dan mungkir janji. Marah dalam Bahasa Arab, ohh sila bayangkan!

Semalam juga berlangsung solat hajat perdana, dan sedikit tazkirah. Suka aku titipkan pengisian dalam tazkirah yang menghurai potongan ayat Quran;


"Siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya..." Al-Mulk: 2


Menarik kupasannya. Hatta bergelar sebagai mahasiswa Pengajian Islam pun bukan jaminan untuk aku terus istiqomah dalam mempertingkatkan amalan. Disana nanti, tidak ditanya berapa A kau dapat, dan berapa CGPA kau?!

Lepas tazkirah ada jamuan ringkas. Tak tahu pulak ada. Hehe. Karipap sardine tuu. Fuhh !

Akhir tazkirah diselitkan adab-adab dalam menuntut ilmu. Pernah dengar restu ilmu? yang mana sebelum peperiksaan, pelajar digalakkan meminta maaf kepada guru. Masih dalam mood Hari Guru. Suka aku naqalkan tulisan lama ni, semoga beroleh manfaat bersama...

Kita diharuskan untuk menghormati atau mencontohi mana-mana individu yang dirasakan baik kerana ilmu dan maklumat yang telah disampaikan. Hal ini dipraktikkan sendiri oleh Imam Abu Hanifah yang meminta tukang gunting berhenti seketika kerana beliau ingin memberi hormat kepada seorang Yahudi. Tindakan Imam Abu Hanifah mencurigakan si tukang gunting dan bertanya kepada beliau. "Kenapa tuan hamba memberi hormat kepadanya sedangkan dia seorang Yahudi?" Jawab Abu Hanifah "Sebab dia telah mengajar aku satu ilmu berkenaan anjing. Jika dilihat anjing yang kencing sambil mengangkat sebelah kakinya, itu adalah anjing yang matang dan begitulah sebaliknya."

Di sini beliau tidak memilih kepada sesiapa untuk dihormati sekalipun insan tersebut berbangsa Yahudi dan bukan memiliki PhD.