Hoho, lagi 4 hari peperiksaan akhir semester akan mula. Tekad nak mula study Sabtu lepas 14 Mei, tapi memandangkan Hari Guru 15 Mei, juga peristiwa Naqbah, 16 Mei, Hari Lahir adikku comel, dan 17 Mei Hari Lahir Haizam, rasa perlu untuk dedikasikan sesuatu untuk mereka. Ini sahaja salurannya, sekadarnya.

Jadual peperiksaan kali ni sangat-sangat membebankan, 2 subjek dalam 1 hari. Insha Allah dipermudahkan. Nak tengok sejauh mana usaha kita lihat pada natijahnya (keputusan) nanti. Pernah semester lepas, ada 1 subjek tu pulun gila-gila, natijahnya, Alhamdulillah. Puas!

"Sungguh kejayaan itu milik orang yang berusaha,

Allah tidak pernah mengecewakan hambanya"


21 Mei - Ahkam Waqf & Fiqh Qodo' (Sistem Kehakiman Islam)

23 Mei - Talak (Cerai)

30 Mei - Maqosid Syariah (Tujuan/matlamat pensyariaatan)

31 Mei - Firoq (Pecahan dalam agama Islam) & Aqidah


Mohon jasa baik teman-teman doakan ye ^_^