Adaptasi dari novel ini, dahulu pernah ditayangkan di RTM1, dalam bentuk drama. Masih ingat lagi waktu siarannya, Sabtu, jam 11.30 pagi.

'Tenggelamnya Kapal van Der Wijk' merupakan karya HAMKA yang ditulis pada tahun 1938 ini berkisah tentang Zainudin, keturunan orang Minangkabau tetapi dibesarkan oleh keluarga Bugis, ditolak permintaannya untuk menikah dengan Hayati kerana Zainudin miskin dan dianggap tidak kufu’ (setara) dengan Hayati.